Sup Ikan Haruan Kurma Merah

Sup Ikan Haruan Kurma Merah

Assalamualaikum dan selamat petang
Hari ni kaknoor nak kongsi kan resepi berpantang lagi
Ada tak yang pantang tengok!!!!
Hahaha

 

 

Bahan nya
1 ekor ikan haruan dibersihkan /perap lemon dan potong
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
7 biji kurma merah ditumbuk kasar
1 labu bawang besar hiris
2 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris kecil panjang
Garam, perasa dan daun sup 
Air secukupnya
Sedikit Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga 

Caranya
Panaskan minyak jagung dan tumis lah rempah2 kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, masukkan bahan hiris dan tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan ikan haruan dan kurma merah, kacau biar sebati dengan rempah2 baru lah dimasukkan air ikut kepekatan  masing2. Tambahkan dengan lada hitam, garam dan sedikit perasa.  Bila dah lembut ikan haruan tutup api dan taburkan dengan daun sup. Sedia dihidangkan..

 

 

 

Ada tak disini yang akan berpantang?  Atau sedang berpantang? Atau yang pantang tengok? Hahaa rasa kaknoor mesti ramai yang pantang tengok kan sup ikan haruan ni. 
Bagus tau sup ni selain mempercepatkan luka2 dalaman kurma merah dalam sup ini jugak boleh membanyakkan susu pada ibu-ibu yang didalam pantang ni...


7 comments:

  1. kalau mcm ni rupe.. org tak dlm pantang pun geram hehehhe

    ReplyDelete
  2. Kalau macam ni memang tak jemu la berpantang. Tapi memang tak nafikan, menu dalam pantang la sedap sangat. Sue selalu numpang menu pantang kakak juga. Hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selama sda yg berpantang seumah pun ikut berpntang jugak Sue sbb nak save masa hahaaha

      Delete
  3. Yang tak pantang pun nak nie kak noor! Sedap tu.. Cuma maybe tukar ikan lain kot.. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti siqah tk suka ikan air tawar ke ni
      Boleh saja tukar ikan lain Siqah no hal

      Delete
  4. Smaa lah Dana org tk pantang ni pun pantang tengok jugak kann

    ReplyDelete
  5. FAV SA ni kak noor..tinggal x pernah masukkan kurma merah tu je lagi..apa khasiatnya kak noor?

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home