Tepung Pelita // Limas Memang Sedap

Tepung Pelita // Limas Memang Sedap


Selamat petang
Salam sejahtera untuk semua nya
Dah petang rupa nya ya
Dah time ngopi ni, apa agaknya teman sang kopi// teh kalian ya
Bagi kaknoor dah jatuh cintan cintun dengan kuih limas//tepung pelita ni.
Dah tiga kali buat baru dapat update hahaha




Kuih Tepung Pelita Asli
Oleh: Azie Kitchen

Lapisan Hijau:
1/2 cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan 

Cara cara: 
Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. 

Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh. 

Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya

Terimakasih untuk pengumbang resepi AZIE KITCHEN memang sedap dan lembut sangat kalau ikut resepi ni, mesti nak try berkali2, izinkan kaknoor letak di blog ya AZIE resepi ni..




Lapisan Santan
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan 
Secubit garam

Cara cara;
Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit. 

Nota;
Boleh juga jika mahu terus tuang lapisan santan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.





Ini sikitttttt derhaka dari asal sebab ada jagung jadi letak lah kan sedap jugak tambah manis dengan di jagung manis tu




Kali ke3 buat ni memang tak derkaha lah tak baik kannn
Polos memang sedappp




Sambil santai2 waktu petang gini memang sedap ni layan kuih tepung pelita ni..




Yang pasti mesti nak buat lagi dan lagi dan lagi..
Dah tua2 gini baru lah nak merasa kuih asli ni rugi kannn
Pada yang lain mesti cuba tau, mudah sebenarnya kalau suka...


8 comments:

  1. FEPON PELITA LEMAK MANIS DGN AROMA PANDAN SDP SGT TU UTK MINUM PAGI R PTG

    ReplyDelete
  2. Paberet sue ni kak.. Tapi tak pernah la rasa yg ada jagung. Dah la hantu jagung juga..Kira double la tahap kesedapannya ni. Heheheh

    ReplyDelete
  3. sedap kak noor :) kat kelantan dia letak dalam bekas dah tak letak dalam daun pisang dah.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya! Kuih kegemaran dan mesti dibeli masa bulan puasa! Hehe

    ReplyDelete
  5. Saya tengok gambo Kak Noor ni sambil berangan makan kuih limas hihi.... Mmg lemak manis rasanya Kak Noor

    ReplyDelete
  6. Sdapnya kak nor,pebret ank2 ni..boleh ler pnjm resepi nk buat ni hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pinjam je yani no hal mesti anak2 yani suka ni

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home