Majlis Pernikahan Siti Marni

Majlis Pernikahan Siti Marni

Assalamualaikum dan salam  manis
Hari ni jiran kaknoor ada majlis pernikahan anak sulungnya
Jadi sebagai jiran memang kena wajib datang lah kan
Jom tengok kad jemputan nya ni baru majlis nikah dan menerima berian, belum lagi malam berbedak dan majlis bersanding, biasalah orang Brunei memang agak banyak majlis nya ...

 

 

Ini gambar makcik-makcik vogue time gini baru terjumpa kawan-kawan, kalau tak masing-masing buat hal dirumah sendiri lah kan..alhamdulillah semuanya jiran sekampong sama-sama menghantar anak-anak sekolah masa kecil, sekarang anak-anak dah besar jadinya jarang dah berjumpa. 

 

Ini pulak dugaan untuk tuan rumah masa nak majlis akad nikah tu tetiba takde eletrik lah pulak, jadinya gambar tu sedikit gelap, apa nak buat rasa nya 5x jugak eletrik On Off je tadi tu..

 

Tapi Alhamdulillah jugak tak lama lepas tu baru lah suasana terang lagi, eletrik dah ada baru lah econ berfungsi semula haha, kalau tak memang panas lah tetamu ni kan. Alhamdulillah majlis berjalan lancar selepas ni dan 
Siti Marni dan Muhammad Farhan pun dah selamat menjadi pasangan suami isteri. Semoga pasangan kekal bahagia hingga ke jannah ameenn..

 

Tak mau kalah jugak makcik-makcik tu nak jugak bergmbar dengan pengantin baru. Semoga bahagia lah hendaknya ya Siti Marni dan pasangan nya..


7 comments:

  1. Alhamdulillah, selamat pengantin baru, semoga kekal hingga ke jannah..

    apa maksudnya..abis peremba/kaola..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ... selesai juga ye majlis walau ada dugaan kecil. Selamat pengantin baru, moga kekal bahagia hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  3. slmt pengantin baru...
    cuti sekolah minggu depan byk juga majlis kenduri kawin...

    ReplyDelete
  4. Kakak baca kad undangan dia speciallah KakNoor tak sama dgn di Semenanjung
    Nasib baik letrik cepat pulih kalau tak kesiannya...

    ReplyDelete
  5. kad jemputan brunei beza skit dengan kita kat sini kan kak noor ? macam terima jemputan, berian. hihi :)

    ReplyDelete
  6. berbeza kad jemputan di Brunei dan di semenanjung Malaysia kan..

    ReplyDelete
  7. Kalau blackout lepas lepas tu sure pengantin suka ek KN hihi...

    Esok esok saya ginilah agaknya KN. Kecik kecik sama sama menghantar ke sekolah tup tup dah bernikah. Alahai....

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home