Bihun Pink Polos

Bihun Pink Polos

Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Dua tiga hari lepas ternampak bihun polos/kosong kat wall
Rakan fb macam teringin nak rasa 
Hari ni terus buat sebab bahan utama memang dah ada

 

Bihun kaknoor rendam malam sebelum goreng
Campurkan sedikit warna pink
Dah pagi nya memang lembut dan tos kan je
Memang tak banyak guna bahan sangat bihun ni nama nya pun bihun kosong kan!!

 

Kaknoor hanya goreng dengan sedikit minyak jagung, letak bawang merah dan putih kemudian letak perasa dan sedikit lada hitam . Dah secukup rasa angkat. Sebenarnya kaknoor memang suka sayur mentah jadi kaknoor hiris nipis carrot, gaulkan dengan taugeh jugak fresh dan segar, dan akhir sekali gaulkan dengan bihun polos tadi. Jadi kita dapat makan bihun yang segar dengan sayuran. Nak lebih sedap goreng telor mata kemudian letakkan cili jeruk dan boleh lah dimakan dengan selera sekali pedas dan segar...

 

Resepi mudah dan cepat jugak fresh sayuran 
Suka sangat sayuran segar macam ni
Maka nya dirumah kaknoor hari- hari ada ulaman
Untuk digandingkan dengan nasi jugak sambal.
Jom breakfast yuk!!

 

Oh terlupa nak kongsikan dah lama tanam bawang merah dan bawang putih ni, bawang merah di tepi kiri dan kanan, dah dapat tuai 3x untuk dimasukan dalam mee, bawang putih tu ditengah2, baru tumbuh bawang putih sedangkan tanam nya sama waktu. Rupa nya bawang putih tu memang amik masa lama utk tumbuh berbanding bawang merah. Nasib baik kaknoor tak cabut bawang putih tu hahaha kalau tak memang rugi lah dia tengah nak tumbuh kita cabutlah pulak. Alhamdulillah kadang2 kita hanya perlu sedikit saja daun-daun bawang ni kalau kita tanam senanglah berlari je kat luar, takyah kelam kabut kekedai ye tak!!!

Aduh banyaknya kanoor tulis hari ni 
Ok happy 😊 🍳 breakfast ya utk semua.


28 comments:

  1. Kak nor, bijaknya warnakan bihun jadi pink...menarik la nak makan hehehe...suka tgk kak nor rajin tanam pokok daun bawang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kdg2 teringin yg lain dari biasa Julia
      Tak susah pun hanya letak kaler je
      Dah jadi satu kelainan pada bihun tu
      Tanam dan tinggal je Jul tk perlu penjagaan sngt hanya siram je

      Delete
  2. Cantiklah pulak warna pink tu ye KakNoor
    Lain kali kakak nak cubalah..

    Tanam bawang pun nak kena uji kesabarannya ye KakNoor hihi...
    Kakak tak pernah tanam bawang putih so memang tak tahulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak lebih menyerlah "ke pink ngan " bihun tu mesti rendam malam tau kakzakie, esuk sebelum subuh tos dan goreng mesti cantik menarik tertarik sapa yg nak makan

      Delete
  3. Stok bihun banyak kat rumah skrg ni KakNoor.. nak jugak lah goreng bihun pink ni.mesti abang Pae sy tu suka...pink2 colour.. hehe... simple2 letak sayuran pun dah kira ok ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada stok bihun jgm tunggu lama2 Atie sure Pae suka ni pinky2 lain dari biasa kan
      Sayuran tu tkyh masak Atie digaulkan selepas bihun dah masak tau baru rangup sedappp

      Delete
  4. mcm trend lak bihun pink nih kak noor...

    best lah tanam bawang nih... dana nh jns tak tetap tanam, aritu penah tanam bwg dh dpt daun nya beberapa kali pastu dana biarkan sampai kering jd nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah try Dana utk breakfast nnt mesti tergoda
      Dana pun ada jugak tanam ke daun bawang ni
      Jgnlah biarkan kering kesian pokok tu Dana oiii

      Delete
  5. selalu jumpa mihun pink kt gerai2 org Kelantan...mihun goreng banyak taugeh mmg sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lately mcm suka pulak dgn selera kelantan ni Nohas guano pulok doh ni!!!
      Hahaha nampaknya org kelantan mmg pandai bermain warna kan, bihun pink, nasi kerabu biru lagiii ??

      Delete
    2. Kan kak ...

      tu lah nak cakap.

      nasik depa biru.

      bihun depa pink.

      mee depa still kuning kot? ke hijau? hihihihi

      Delete
  6. Nak buat, nak buat, tapi lagi sedap kot kalo tambah isi ayam, sotong ke..kan;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tambah isi ayam dan sotong dah tak jadi polos dah Zimah
      dah complicated dah tu hahahaa

      Delete
  7. Sesuai sangat bihun polos ni dibuat kat rumah saya, KakNoor. Anak-anak saya tak suka yang complicated. Saya jarang buat sebab anak-anak tak berapa gemar bihun. Mi pun mereka dah mula muak. Kalau buat pun sama aje kekdahnya, polos! Kalau di rumah saya kami panggil mi togel jerk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 MD memang sama selera denga pak haji kaknoor
      tak suka snagat complicated tapi tetap suka ada sayur sikit lah
      tapi tak mau banyak2 benda kat dalam sana
      tapi mee tetap hari2 waktu pagi, kecuali kalau puasa baru mesti makan nasi goreng
      yang penting sarapan berat lahh MD

      Delete
  8. Kak Noor, cantik bihun warna pink. First time tengok hee..hee.. PH dah banyak kali cuba tanam bawang tapi tak menjadi. Kak Noor punya cantik jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini idea orang kelantan PH suka bermain dengan warna
      kaknoor just cuba2 je tapi tak boleh letak banyak sangat benda dalam bihun ni
      nanti tak nampak "kepink ngan" bihun ni hehee

      Delete
  9. bihun pink.. kevavoom... pencinta pink mesti suka ni sbb warna tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
      kemana menghilang ni lama dah tak nampak nama QASEH ABADI ni
      tak tau lah kevavoom ke tidak yang psti memang sedappp

      Delete
  10. Assalam kak noor,
    Pertama Kali tengok mee hoon pink..
    Menarik warnanya..macam dah kat bibir aje rasanya..bila tengok gambar kat atas tu..
    Dah dekat dah..oops sekali terkena screen pulak...aduii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumslam Ayu
      amboiii kesian dah kat bibir ke ni kesiannn
      meh lah sini Ayu akak hidangkan si pinky ni

      Delete
  11. Oo mek pun bru tahu pink tu pwrna sbnrnya :) nk cuba jgk la. Nmpk senang je ni :)

    ReplyDelete
  12. Ada kalanya mulut kita ni mmg teringin makan yg polos polos mcm beehoon pink KN ni. Jemu jugak... hari hari makan penuh lauk je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sngt Hainom kdgkala nk yg polos je
      Tak mau serba serbi yg bnyak songeh tu
      Sesekali mcm ni mmg sedap sngt

      Delete
  13. walaupun simple tapi menyelerakan..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home