Sambal Udang Petai Terung Pipit

Sambal Udang Petai Terung Pipit

Assalamualaikum dan salam rabu
Terus ke resepi ya
Menu pertama lepas balik dari KL 
Tukang masak memang tak dapat lari dari dapur
3 hari tinggalkan dapur kini ku kembali beraksi haha

 

Sayangkan terung pipit tu terus teringat nak buat sambal lagi, kali ni dengan udang pulak, resepi asal dibawah ya, kita boleh ubahsuai ikut citarasa dan barangan dapur apa yg kita ada. 

 

 

3 hari tinggalkan dapur bawang putih pun dah tumbuh daaa, tapi kalau ditanam betul-betul susah sangat nak tumbuh kan bawang putih ni.

 

Tadaaa dah siap sambal udang petai kaknoor, ada yang teruja  tak ni?? Atau ada yg tak suka busyuk-busyuk macam ni!! Kata orang makan petai dengan terung insya Allah mulut tak berbau, maka nya kaknoor masukkn terung pipit disini. 

 
 
Ini daging goreng lada hitam ala hentam-hentam je, kaknoor campurkan daging dan peparu sekaligus dalam noxxa rebus dulu baru potong nipis .

 

Sambal goreng dan ulaman segar untuk Mr. Boss sebab my boss tak suka busyuk2 ni jadi kaknoor buat sambal goreng takde belacan sebab belacan pun 'dia' tolak haha..

 

Nah ini dia sambal goreng tu
Hanya kisar cilipadi + sikit bilis + tomato + bawang putih + bawang merah + garam dan gula, kemudian tumis letak minyak agak2lah semua nya, pastu rasa lah dah cukup orait tutup api dah boleh dihidangkan.


13 comments:

  1. Salam Rabu kakNoor... memang tak dapt nak berpisah dgn masakan... hehe...sambal udang sentiasa menyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena bawa dapor kesna sini kan Atie hahaha
      Berpisah tiada dgn masakan

      Delete
  2. Replies
    1. Mmg sedap pada yg suka Nor
      Kena stanbye nasik lebih ni

      Delete
  3. Oh... baru kakak tahu makan petai campurkan dgn terung bagi hilang bau
    Boleh mencuba ni KakNoor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata org lah kakzakie terung dpt hilangkan bau petai jika kita mkn sama2
      Tapi rasa nya ada lah betul jugak

      Delete
  4. Kak Noor, saya suka masakan macam ni. Sedap! Pada saya, petai dan belacan tu harum dan membuka selera hee...hee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh PH makan petai ke??
      ingatkan tak makan yang busyuk2 macam ni

      Delete
  5. Saya tak makan petai mahu pun terung pipit. Makanya sambal goreng itu yang menambat hati saya. Next time kalau perut tetiba lapar dan tak tahu apa nak makan, bolehlah tanak nasi dan makan sambal goreng macam ni. Kesukaan saya nih kalau makan dengan nasi panas-panas.

    KakNoor baru balik KL? Awat saya tak tahu nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tau dah MD mmg tak makan jenis busyuk2 ni
      memang kaknoor tak bagitau sangat nak ke KL MD cyg
      anak2 ni marah hahaha kalau bagitau mesti ada yg nak jumpe hehee
      jadi kerja shopping dia tak menjadi
      so kaknoor diam2 je ke KL
      nantilah bila urusan tak banyak nnt boleh lah bgtau kita gether2 ok

      Delete
  6. Wow !

    Mmg btol eyh kk noor mmg tk bau klau mkn dgn terung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH Mek taklah bau sangat, kalau boleh lepas makan tu gigitlah terung sikit2 insya Allah

      Delete
  7. sambal udang petai sedap.. lama plak tak makan..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home