Ayam & Kambing Peri-Peri Ala Nandos

Ayam & Kambing Peri-Peri Ala Nandos


ASSALAMUALAIKUM
Selamat petang untuk yang masih sudi singgah disini
Menu hari ni fresh dari dapur rumah kaknoor
Jom intai resepi yang sedap ni
Kalau takde fresh oregano boleh lah guna yang kering ya

Hari ni teelebih rajin letak gambar dan bahan-bahan sekali 
Kalau ada yang rajin lagi nak buat tak tau lah..


Inilah bahan-bahan yang kaknoor guna kan

BAHAN NYA
1 ekor ayam di bersihkan di potong 4
6 biji cili padi (ikut kepedasan masing2 nak tambah atau kurang)
1 biji cili capsicum
1 biji lemon di perah ambil nya
2 sudu besar paprika powder
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk oregano kaknoor guna oregano fresh di cincang
1/2 sudu kecil serbuk cili merah
1/2 cawan minyak sayur
5 ulas bawang putih
4 sudu besar cuka
1 sudu besar lada hitam tumbuk
1/4 sudu kecil pewarna merah atau oren


CARA NYA
1.  Kisar cilipadi, capsicum, bawang putih, masukkan air lemon, paprika, garam,serbuk cili merah, cuka, lada hitam dan pewarna dalam bekas besar.
2. Kacau sebati tambahkan dengan potongan daun oregano fresh dan ayam, gaul  rata dan peraplah selama 1 ke 2 jam.
3.  Panaskan kuali tak melekat panggang lah ayam tadi sehingga kekuningan sebelah luar nya, lepas tu baru lah dimasukkan dalam oven untuk masak sepenuhnya selama 30-40 minit dengan api 170'C.
4.  Lebihan marinade tadi ditambah dengan sedikit air dan masak lah sehingga pekat.
5.  Boleh lah dihidangkan bersama ayam peri-peri ni.




Sengaja di campur kambing sebab ayam tu macam sedikitttt je kan
Pastinya tak cukup sampai kepetang hahaa



Wanginya fresh oregano bila diramas sampai jadi kecik


Sebab nak cepat kaknoor hanya perap 1 jam je


Dah siap di fryer je malas nak masuk dalam oven dan pemanggang ajaib lagi
guna fryer sekali jalan je dah siap..



Teruja tak tengok yang dah siap ni
Yes dah boleh makan ni...



Yang ulam tu semua nya di kutip sekitar rumah
Hari-hari memang tak pernah miss makan ulam
Walau apa pun lauk nya ulam dan sambal memang adoooo..




Alhamdulillah dah siap makan dan boleh santai kejab ni
Yang lain dah makan tengahari ke belum ni??
Selamat menjamu selera untuk semua nya ya...


19 comments:

  1. Waduh Kak Noor! PH dah lama tak buat ayam panggang. Lepas dah tengok gambo ayam dan kambing panggang ni, mesti buatlah. Rugi kalau tak cuba resipi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni tkyh mkn kedai PH panggang2 lah ayam kt rumah tu mesti laris mkn nasik ditambh tempoyak lagi mmg hapening haha

      Delete
    2. Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

      Delete
  2. Replies
    1. Sesekali kitactry lah ada nandos pulak Dana kann

      Delete
  3. Petang petang singgah blog kak noor terus jadi lapar. Siapakah yang perlu dipersalahkan πŸ˜‚ adakah gambar ayam yang sedap ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slaah mata yg memandang tu Mazni kan
      Tak kan salah ayam pulak sedang kan dia tk tau apa2 hahaaa jngn marah hahh...

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah faizah membuka selera ni mesti try dik

      Delete
  5. sedapnya..ratah saja pun syok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. meratah memang lah cepat habis ni NOhas
      nak nak kambing tu memang laris bebenooooooooo

      Delete
  6. Wuiiii geramnya tengok gambo tu, rasa nak terkam je KN.... KN guna ayam kampung ke tu?

    ReplyDelete
  7. Aduh, KakNoor! Tak tahan nafsu ni tergoda sama nak merasa! Nasib baiklah jauh. Kalau tidak, memang tentu ada tetamu tak diundang nih...

    Nak cubalah juga buat ni. Nampak macam best. Tapi guna fryer tu memang nampak kering sikit ek KakNoor ayamnya. Saya suka yang nampak juicy gitu supaya lagi cepat rembesan air liur berlaku ^_^

    ReplyDelete
  8. Gerenti saya buat tak jadi.
    Saya kena pergi klass masakan.

    ReplyDelete
  9. Gerenti saya buat tak jadi.
    Saya kena pergi klass masakan.

    ReplyDelete
  10. Kalau masak 2 kali mcm yg kak Noor buat, memang sedap..mesti lembut gitu kan.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home