Ayam Mentega Susu Mudah

Ayam Mentega Susu Mudah

Malam ni agak santai jadi rajinkan diri mengupdate satu resepi yang selalu dimasak dirumah kaknoor, kegemaran sangat anak-anak kat rumah ni, nak buat pun mudah je 

 

Tak banyak bahan yg digunakan, hanya mentega, cilihiris dan daun kari, resepi ni original nya memang takde letak bawang tau!!

 

Goreng ayam yg telah diperap

 

Biarlah agak kuning macam ni baru angkat

 

Mentega dan susu cair dipanaskan sehingga mendidih sekejab.

 

Dah mendidih teruskan campurkan ayam dan bahan2 lain jugak perasa garam dan gula.

 

Resepi lengkap disini ya boleh rujuk yang teringin nak buat tu, mudah dan sedap tak rugi mencuba

 

 

Ini lah hasilnya, tak perlu lauk lain pun ok dah ni makan dengan buttermilk chicken ni je pun dah dapat habiskan semangkok nasik tu...


23 comments:

  1. sedapnya! nak try la. tq for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti try Busyra mmg sedap resepi ni tak rugi mencuba

      Delete
  2. Kaknoor, frankly speaking i tak pernah buat. tp my son yang num 2 tu selalu sgt dia buat benda ni.
    tak pernah pulak sy mencubanya. tp ini mmg favorite dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohye ke Yan, mmg resepi ni fav anak2 pendekata fav orang muda, patutlah anak ke2 yang masak ek mama nya belum pernah try hehee

      Delete
  3. Assalam Kak Noor..
    Ayam mentega memang sedap.. Pernah buat dulu..
    Sekejap aje licin..tengok yg kak Noor punya ni..
    Lagi lah ngeces...nyum nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmusalm Ayu
      Kaknoor buat ni tunggu bila ada susu cair lebihan dari buat kueh tu sbb kalau simpan lama dlm petiais mmg tk baik kan, jadi itulah buat buttermilk chicken ni

      Delete
  4. Jamu mata ja lah nampaknya (^__^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi mudah sngt je pun Sue boleh buat anytime

      Delete
  5. mudahnya kak noor... nk try la nnti, macih sbb share kak noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakann buat Dana kaknoor happy kalau u all mencuba resepi ni mmg marbelesss

      Delete
  6. bahan2 simple, cara masak pun mudah ni kakNoor..bolehlah nak cuba nti... sy ni kadang klu terlalu byk bahan @ cara masak agak leceh memang give up nak masak... kurang rajin di situ..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atie resepi ni paling simple dan mudah sngt pun
      Jgn letak bawang tau nnt rasa nya akak lain
      Mudahkan cuma ayam je kena goreng dulu pasti masuk je dlm kuali

      Delete
  7. rasa lemak-lemak, pastu pedas, bau daun kari lagi.. ermmmm best-best..nanti nak cuba..tq kaknoor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Naily mmg sedap lemak manis pedas masin terangkat, buttermilk chicken ni originalnya agak manis2 sikit tpi ikut fav lah kalau tk suka manis kurangkan gula

      Delete
  8. menarik, nanti boleh cuba pelbagaikan resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan Eyda
      Mmg tk menghampakan gerenti ni

      Delete
    2. Harap anak2 suka..kekadang tak ada idea nak masak untuk anak2..pusing2 menu yang sama jer..

      Delete
  9. Mmmm...Kak Noor masak butter chicken! Hidangan ni sangat popular. Biasanya kat restoran PH makan butter prawns. Kalau versi ayam yang macam Kak Noor masak ni pun terangkat. Harum dan menyelerakan.

    ReplyDelete
  10. nak buat lagi resepi ni kak noor
    buat je lupa nak beli susu cayaq haha

    ReplyDelete
  11. macam sedap dan senang je yang ni.. nak cuba jugak la..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home