Brownis Kedut Zila Marbeles

Brownis Kedut Zila Marbeles


Assalamualaikum
Salam selasa untuk semuanya
Dah dua tiga hari buat baking brownis ni
Tak sempat nak mengupdate lagi
Resepi ni kaknoor intai dari blog ZILA NORAZILA 
Thanks Zila resepinya menjadi dan sedap
Izinkan kaknoor kongsikan disini jugak ok..




Brownies kedut 
olahan : zila
dicuba lagi oleh : kaknoor
Bahan-bahan
250 gram dark coklat - beryls dark compound
120 gram butter
140 gram tepung gandum/all purpose flour
30 gram coco powder
1 tsp baking powder
3 biji telur A saiz
230 gram brown sugar 
1 tsp esen vanilla
secubit garam
1 sudu kecil cofee emilco - jika suka

Cara membuatnya

  1. Panaskan oven 170c selama 15 minit,gliss permukaan loyang 10x10 dengan sedikit butter serta letakkan baking paper.Ketepikan.
  2. Cincang kecil dark coklat dengah kaedah double boiler,setelah cair masukkan butter kacau sehingga larut,matikan api.Sejukkan
  3. Ayak tepung dan baking powder,dalam bekas lain pecahkan telur dan masukkan beown sugar,essen vanilla dan coffee emulco,kacau sebati guna whisk dalam 2 hingga 3 minit.
  4. Tuang adunan coklat kedalam adunan telur kacau rata.Masukkan tepung sedikit demi sedikit kaub balik sehingga sebati.
  5. Masukkan adunan kedalam loyang ratakan permukaan adunan.Bakar pada suhi 170c selama 40 minit api atas dan bawah.Hingga masak jangan terlalu lama nanti brownies akan kering.
  6. Setelah masak buka pintu oven sedikit biarkan brownies dalam 10 hingga 15 minit dalam oven.potong brownies ketika masih panas.



Disini kaknoor tambah coklat kinder mini kat atas brownis tu sebelum brownis tu dikeluarkan dari oven, memang terlajak sedap bila letak tambahan coklat ni, boleh jugak letak nutella atau apa-apa coklat kegemaran lah..



Baru beberapa jam buat dah nampak kurang brownis hahaa
Memang sedap lah tu kan
Tunggu stok baru mesti nak try lagi..




Jangan tunggu lama-lama untuk mencuba resepi ni
Rugi kalau tak try resepi sedap ni..
Rasa nya resepi ni  tak lah sesusah mee rebus Hj Wahid kan hahaa
Jom MD ke Anom ke, Yatie try test resepi ni jom!!



25 comments:

  1. Zila punya resepi dapat pulak kat KakNoor memang menjadilah
    Kakak tengok yg tersusun, yg bertenggek semuanya dah terliurlah KakNoor:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap sungguh kakzakie
      Mesti kena try banyak resepi baru tau kan
      Esuk kita try yg lain pulak hehe

      Delete
  2. Sedapnya. Hr ni kne pegi kedai kek beli brownies :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli senang je kan Mek cepat boleh mkn
      Teringt nk mkn zoom je tkyh susah2 mcm kaknoor

      Delete
  3. sedapnya nengok brownies kedut kak noor nih...
    tp walaupun resepinya mudah entah bila agaknya mood membaking dana nk sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana nak seribu daya kan
      Tak nak seribu alasan haha
      Tpi tk kisahlah tu u all keje kan
      Mmg susah sikit lah nk baking2 ni
      Kaknoor mmg org dapur hari2 dan sentiasa ceruk dapur je keja haha

      Delete
  4. Wow, bestnya Kak Noor! PH pernah dengar pasal brownie kedut tapi belum cuba lagi. Sedap nampak. Boleh cuba weekend nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trylah PH tk susah sngt pun
      Kalau mcm ni sekali jentik je bg PH kan
      Dah siappp hehehe

      Delete
  5. Mmg menggoda betul tektur brownies kak noor ni..saya buat sekali terus buat untuk tempahan..
    Mmg kastemer kata sedap
    Tgk brownies kak noor tiba2 rasa nk buat mkn sndri plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brownies mmg sukar ditolak ni Lina
      Asyik makan je non stop hahaha

      Delete
  6. lama x buat brownis
    dulu rajin duk amik order
    la ni xdelah kak..xde masa nak buatnya
    buat tuk mkn sendiri bolelah hihi

    ReplyDelete
  7. Yakah El
    Ok lah buat utk makan sendiri asalkan family dpt makan air tngan ibu dan isteri ye dak

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Alhamdulillah Noor secantik rupanya heheee

      Delete
  9. sedap ni knoor, cuma saya kurang gemar brownies sebab tekstur dia agak kering. saya lebih prefer kek biasa. wah kek coklat lembap biasa tu pun mmg sedap dah knoor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rownies ni lebih lembab Rai akak suka
      Akak pun tk suka brownies yg kering dan keras
      Sbb tu kita to boleh bakar lama sngt

      Delete
    2. oo yang version kak noor ni lembap ya. nanti saya cubalah kak. tq for sharing

      Delete
  10. Replies
    1. Alhmdulillah eyda sedapppp boleh try nnt ya

      Delete
    2. bab baking nih agak malas malasan buat masa sekarang.. in shaa Allah bila rasa keinginan nak buat sendiri, Eyda try ya..

      Delete
  11. Kedut diluar, gebu didalam.. nampak memang marbeles..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Bunda eksen je kedut tapi sedap ooo kannn

      Delete
  12. saya kalau buat selalu lupa bubuh choco powder tu..hehe.. tapi masih sedap la rasanya di tekak.. yang ni mesti lagi best sebab ada coklat untuk toppingnya tu..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home