Ikan Merah Goreng Sos Epal Hijau

Ikan Merah Goreng Sos Epal Hijau


Assalamualaikum
Selamat malam semua adinda bloggers ya
Dah malam baru dapat mengupdate blog kesayangan ni
Seharian sibuk dengan macam-macam benda luar dan dalam rumah
Jom lah terus tengok resepi ikan merah goreng ni ya..




BAHAN PERAP IKAN
1 ekor ikan merah sederhana besar di bersihkan
3 sudu besar  tepung jagung
sedikit kunyit serbuk
sedikit lada hitam tumbuk
garam secukup rasa.
minyak untuk menggoreng

BAHAN SOS
1 biji epal hijau di hiris memanjang kecil
2 biji tomato di hiris panjang
2 ulas bawang putih di cincang
3 biji cili padi dicincang
3 sudu sos cili
garam dan gula secukup rasa.


CARA NYA
1.  Gaulkan ikan dengan bahan perapan dan biarkan 15 minit dan goreng sehingga garing.
2.  Panaskan kuali masukkan sedikit minyak, tumislah bawang putih sehingga layu, masukkan cili cincang, sos cili dan tomato.
3.  Kacau rata, masukkan garam dan gula secukup rasa.
4.  Akhir sekali masukkan potongan epal, gaul rata dan curahkan di atas ikan goreng.
5.  Sedap di makan begitu saja atau dimakan bersama dengan nasi macam sweet and sour lah rasa nya.




Sebenarnya ikan apa pun boleh lah kita buat macam ni
Taklah wajib ikan merah tau, sebab kita yang buat dia, ikan apa yang ada gohead je lah
Cuma rasa nya saja tak sama tapi kalau secukup rasa dah sos nya tu oklah tu..




Kalau kak noor ikan yang ada kepala macam ni, memang tak pandang dah isi nya
Mesti dok aiming tang kepala tu je hahaha
Mata nya pun sodap tu kan, apa punya maktok ish ish ish


18 comments:

  1. sedap ni..masam2..layan kepala ikan mmg syok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedappp ooo kapla ikan nohas kan meratah tk hingat donya ni

      Delete
  2. allahu masuk sini susah lah nak kuar..tempting melting sgt...soon bila ramai2 kat umah nak cuba jgk...sensorang tak syok jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Husna kkau ramai2 lagi sedap dan lajak mkn nasi kan masakan simple pun laris nasik

      Delete
  3. silap tgok time ni...memang berbunyi perut SA kak nor oiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha SA pun rajin kedapur kan
      Moh le goreng2 jom!!!

      Delete
  4. sedapnya kak noor.. mcm 3 rasa tp ni di tukar ngn epal... ok jgk kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah Dana asalkan ada masam sikit boleh saja kita tukar tpi klau nk lebih masam boleh tmbh lima or yg sewaktu dgn nya

      Delete
  5. Replies
    1. Sesekali mmg best ni Rai
      Akak pun jarang beli tpi klau beli mmg buat mcm ni besttt

      Delete
  6. samalah kak noor tang kepala tu yang duk aim nya hahaha

    ReplyDelete
  7. tergugat diet tgk mkanan mcm ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedang berdiet ke ni Unni?? pejam mata jab je ok tu
      tapi ikan ok ape kannn

      Delete
  8. Macam masak sweet sour ye kekdahnya KN.... cuma ada epal hijau. KN, kalau kita makan berdua ni, nampaknya ada yang bergaduh ni sebab berebut mata ikan haha

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home