Kerabu Kantan Bilis Goreng

Kerabu Kantan Bilis Goreng

Assalamualaikum dan selamat pagi
Menu murahan yang sedap hari ni 
Jom semak resepi 
Pasti semuanya ada kat dalam dapur masing-masing kan

 

Bahan nya 
2-3 kuntum bunga kantan dihiris nipis
1/2 cawan ikan bilis digoreng rangup (lebih pun ok )
20 biji cilipadi warna warni dihiris kecil (nak kurang atau tambah pilihan sendiri lah)
1 biji bawang besar dihiris nipis
2 biji tomato masak dihiris dadu
1 sudu besar air asam jawa/air limau nipis/kasturi
Terung pipit secukupnya
Daun pudina secukupnya
Garam dan sedikit gula

Caranya
Panaskan kuali masukkan sedikit minyak
Gorenglah bawang besar sehingga layu
Masukkan cilipadi, tomato, terung pipit dan kantan
Kacau rata tambahkan dengan air asam jawa/limau
Masukkan garam dan gula rasa lah ikut kesesuaian 
Akhir sekali tutup api dan gaulkan dengan bilis goreng
Taburkan daun pudina 
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas 👍

 

Ada tak yang pernah makan kerabu goreng macam ni!!
Kalau orang lepas demam atau tak lalu nak makan nasi
Mesti berselera tengok kerabu ni hehe

 

Kaknoor memang suka masak yang berwarna warni macam ni seolah-olah kehidupan kita jugak macam-macam cerita yang penting ceria seceria kerabu ni kan

 

Ok ya selamat menikmati hari-hari indah bersama family
Walau apa pun hidangan kita yang penting family suka
Walaupun nilai nya tak seberapa asalkan diaorang makan
Dengan berselera itu sudah cukup buat tukang masak happy.


20 comments:

  1. uihh, combination. nk try jugak la. tp jd ke tk cm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah jadi lh Mek
      Tk susah pun sebanarnya

      Delete
  2. Bunga kantan, ikan bilis, terung pipit, cili padi,..fuhhh! ratah macam tu pun dap dap dap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan farah menu kampong
      Cm ni mmg menyerlah sngt nasik sepeyok pun belum tentu cukup hahaha

      Delete
  3. meriahnya kerabu kantan ni akak... tak pernah makan.... syok tengok warna warni, cili purple lg... mmg perghhh la ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cili purple banyak kat rumah sheila jd timbul idea nk buat kalerful mcm ni best jugak pedasss

      Delete
  4. sedap dimakan dgn nasi panas2..wangi bau bunga kantan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tk cukup nasik kalau ikutkan hati Nohasss

      Delete
  5. BANYAK CAMPURAN ULAMAN HARUM N SEDAP TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulaman keliling rumah berbaloii tanam P
      Disamping dpt makan dpt jugak sedekah kan

      Delete
  6. kak...tak pernah lagi makan kerabu macam ni...wah nak tryyyy..tq kakak bagi resepi

    ReplyDelete
  7. Adoi Kak Noor! Cantiknya kerabu kantan bilis goreng! PH suka ada banyak kaler-kelar gitu. Sangat menarik dan menyelerakan. Memang pun tak pernah makan kerabu goreng macam ni.

    ReplyDelete
  8. Tak pernah buat cenggini KN. Mungkin jugaklah pembuka selera bagi yg lepas demam. Tekak org lepas demam kan pahit...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home