Koleksi Tiga Jenis Sambal Idaman Kalbu

Koleksi Tiga Jenis Sambal Idaman Kalbu


ASSALAMUALAIKUM 
Salam magrib dari Brunei Darussalam
Malam ni kaknoor hanya nak kongsikan antara koleksi sambal-sambal
Yang telah di keluarkan pada entry-entry tahun-tahun lepas
Mana tau ada yang teringin dan kebetulan ada bahan kan..
Lagipun masakan ni memang kita ulang tayang hari-hari
Tak mungkin seseorang  tu akan masak menu yang berlainan setiap hari ye dak kan!!
Menu apa yang menjadi kegemaran keluarga, yang tulah kita masak 
Walaupun di ulang tayang beberapa kali..
Kadang-kadang kalau menu fav tu sampai 2-3 kali seminggu haha kan..




Masa ni ada ke kulit rambai ??
Kalau ada boleh lah try testing ya

SAMBAL KULIT RAMBAI MASAM MANIS PEDAS


 BAHAN NYA
1/2 cawan ikan bilis di bersihkan
10 biji cili padi di hiris kasar nak lebih terpulang lah ya
1 biji bawang bombay di hiris
3 ulas bawang putih di hiris
2 kuntum bunga kantan di hiris kasar
1/2 cawan kulit rambai di hiris kecil
minyak masak secukupnya
sedikit garam dan gula sebagai perasa

CARA NYA
1.   Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan gorenglah ikan bilis sehingga rangup angkat.
2.  Tinggalkan sedikit minyak tumislah bawang bombay sehingga layu, masukkan kulit rambai.
3.  Kacau rata sehingga kulit rambai lembut, masukkan cili hiris, kantan, garam dan gula.
4.  Bila dah secukup rasa tutupkan api sebab kalau terlalu lama di atas api jadi terlalu layu kantan tu.
5.  Taburkan ikan bilis goreng didalam sambal, gaul rata.
5.  Sambal kulit rambai sedia untuk di nikmati bersama dengan nasi panas.



Kalau takde kuini gohead je guna mangga ok jugak tu
Tapi jadi sambal mangga lah bukan sambal kuini kan..

SAMBAL KUINI STYLE KAK NOOR


BAHANNYA
2 biji buah kuini masak
7 biji cilipadi merah dan hijau
1 sudu kecil belacan bakar
2 sudu besar ikan bilis goreng
garam dan gula secukupnya


CARANYA
1.  Buah kuini di kupas dan di potong kecil.
2.  Tumbuk cilipadi dan belacan bakar sehingga lumat atau pecah2 saja pun ok.
3.  Gaulkan buah kuini dan cili tumbuk, tambahkan dengan garam dan gula sehingga sesuai rasa nya.
4.  Masukan dalam pinggan dan taburkan dengan ikan bilis goreng.
5.  Sedia untuk dihidangkan.





Sambal ni je kot yang boleh di masak dengan serta merta
Kalau tak suka ulam pun ok tapi kalau ada ulam lagi lah ok kan makan sayuran fresh..

SAMBAL BELACAN THAILAND STYLE


BAHAN
10 biji cili Thailand merah
10 biji cili Thailand hijau
1 biji bawang putih
1 inci belacan bakar
1 sudu air asam jawa pekat
1 biji air perahan limau nipis
garam dan gula

CARA
1.  Tumbuk cili merah dan hijau sehingga lumat.
2.  Kemudian masukan bawang putih dan belacan, tumbuk lagi sehingga sebati
3.  Tambahkan dengan air asam, air limau, garam dan gula.
4.  Gaul sebati dan rasa lah ikut kesesuaian sendiri.
5.  Hidangkan dengan ulam pilihan sendiri.

Sambal ni adalah mengikut cara sambal dari Thailand yang menggunakan bawang putih, memang rasa nya ada sikit kelaianan, kalau ada yg tak suka boleh lah abaikan bawang putih, tapi kalau tak cuba tak tau kan kesedapan dan khasiat bawang putih.


17 comments:

  1. salam alaik kak noor
    1st time dengar org masak sambal rambai ni
    mmg betul yek kena guna kulit buah rambai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmusalm SM
      memang betul lah kena guna kulit buah rambai
      Rasanya kulit ni agak msam2
      Mmg sdp utk yg suka sambal SM

      Delete
    2. Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

      Delete
  2. Rambai dimasukan dlm sambal belacan sedap juga..boleh cuba masak kulit rambai pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul P rambai dan belacan berpisah tiada
      Tpi pelanggan dlm rumah tk suka belacan
      Jadi kaknoor jarang letak belacan
      Kecuali desperate sngt ngidam haha

      Delete
  3. kecur air liur tgk ke tiga2 sambal kak noor tuh....
    tp sambal kulit rambai tu je yg dana tak penah mkn kak noor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba try bila rambai sdg bermusim Dana
      Pasti memikat selera

      Delete
  4. Kak Noor, sedap belaka sambal2 ni. Memang berselera lah makan nasi kalau ada sambal. Kulit rambai tu PH tak pernah tengok walaupun masakan sayur lemak Terengganu ada letak kulit rambai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH cyg! kulit rambai kena tunggu musim buah lah
      Last2 musim buah ada keluar buah rambai
      Isinya dimakan kulitnya jgn dibuang
      Hiris2 buatlah sambal mcm ni
      Pasti memikat selera

      Delete
  5. sukanya yang mula2 tu kak.. sedap sangat.. kecur air liur menengoknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ita kena tunggu rambai bermusim
      Kaknoor pun menunggu musim rambai jugak ni
      Hehee

      Delete
  6. Kakak ni suka asal aje sambal KakNoor
    Kalau dpt salah satu tu pun dah suka sangat
    Apa lagi kalau ada ulaman..

    ReplyDelete
  7. huiih meleleh ayaq liur tengok haha

    ReplyDelete
  8. Kalau bab sambal mmg fav SA ni kak...sedapnyaaa...hilang diet kalau mcm ni

    ReplyDelete
  9. Salam. Nak tanye.. Sambal kulit rambai tu.. Kulit rambai tu xperlu dicelur n dibuang asamnye dlu ke ek? Ke buat terus?

    ReplyDelete
  10. Kelur air liur..
    sambal kulit rambai aje Amy tak pernah rasa lagi.

    ReplyDelete
  11. Kak noor orang brunei rupanya. Bukak restoran lah kak noor. Serious semua resepi tempting sangat!

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home