M&M Pretzel Treats Tak Semudah Yang Disangkakan

M&M Pretzel Treats Tak Semudah Yang Disangkakan


Assalamualaikum dan salam isnin
Ini sebenarnya kaknoor dah buat dua tiga kali
Tapi masih jugak tak sempurna memang frust sangat
Tapi sebab rasa nya sedap kaknoor kongsi lah resepi nya
Mana tau ada yang nak buat lebih cantik lagi dari yang kaknoor ni

Resepi ni kaknoor intai dari Pinterest cik omputih 
Terbekenan lah sangat sebab mudah lah konon nya
Tapi sebenarnya taklah mudah punnn


Bahan nya tak banyak pun hanya perlu 3 bahan je
Pretzel, Hershey's Kisses dan Choc M&Ms

Ingredients

  • 1 bag Pretzel Twists, Squares, Or Circles (9 Ounce Bag)
  • 1 bag Hershey's Kisses (12 Ounce Bag)
  • 1 bag (12 Oz. Size) M&Ms

Preparation

1. Spread your pretzels out on a cookie sheet, and place one Hershey’s Kiss on top of each pretzel.
2. Place sheet in the oven at 275 degrees for 3 minutes–just long enough for the Kisses to get soft.
3. Remove from oven, and immediately press a single M&M on each.
4. Refrigerate until eating to make sure they are deliciously solid!


Memang teruja nak buat bila dah baca bahan nya
Lagipun semua bahan dah ada kat rumah
Tapi dah buat aduhh agak frust jugak taklah semudah yang disangka kan.




Dah ikut semua step by step yang di berikan tapi coklat tu tak jugak lembut sangat
Mungkin oven kaknoor tak cukup kuat ke atau terlebih kuat pun tak tau lah
Bila di tekan coklat tu tak nak turun haha
Termasuk ni dah 3x kaknoor buat bermacam-macam temperature dah tukar



Dah kali ke3 buat ni, taklah teruk sangat macam first time tu
Tapi masih lagi tak lembut sangat coklat tu kannn..




Yang buat kaknoor nak buat berkali-kali ni sebab rasa nya memang sedap sangat pada tekak kaknoor lah, rasa pretzel yang rangup tu ditambah dengan  coklat hershey's dan m&m tu memang sempurna rasa nya untuk buat jajan..




Selagi belum habis memang kaknoor dok kudap ni je kat depan tv kalau U all nak tau
Jom belajar buat sama-sama ok
Tengok siapa yang lebih menjadi hehee..



Ini yang sebenarnya kaknoor ikut tu
Nampak cantik kan licin je
Tak macam kaknoor tu menggerutu haha
Tapi kaknoor tak putus asa lepas ni tunggu ada pretzel baru boleh lah try lagi 
Jangan lupa bagitau kaknoor kalau ada yang sudah try ya...


20 comments:

  1. Replies
    1. Tak jugak rumit Nur cuma tk mau menjadi je

      Delete
  2. Coklat ni tak boleh campur bendasing. Nanti susu lebur dia berubah. Maznee pernah campur 2 jenis coklat. Sepatutnya lebirlah bila double boiling.
    .
    Last last berjanggut tunggu. Tak cair cair

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini di bakar je Mazni 3 minit lembut nya sikit je bila ditekan tk nak turun lah pulak

      Delete
  3. oo camtu. mudah nampak tapi tak senang juga ya kak noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula mmg exited nk bust Rai sbb mcm senang sngt tpi bila dh buat aduhh tk mcm disangka kan coklatnya tk mau lembik

      Delete
  4. Kalau kakak awal-awal dah surrender KakNoor
    Tapi selalu yg leceh itulah yg sedap di makan
    Buat lambat tapi masuk mulut laju aje:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb nampak mcm senang kakzakie kan
      Itulah kaknoor tk mau serender dulu
      Lagipun kenapa omputih tu boleh buat
      Kita tk boleh pulak kannn hahaha

      Delete
  5. Kak, kena guna pretzel yg bulat saja dan kosong kat tengah kot kak, baru kepanasan dulang direct ke coklat...boleh try ini kalau ada bekalan coklat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb kat umah hanya ada yg pesen ni maka nya akak buat haha nnt kena cari pretzel yg kosong pulak mana tau menjadi jadi nnt

      Delete
  6. best tu. sy pon mcm dah taubat dah bab pretzel ni. hari tu bkn main lg buat yg celup colat tu...rumit jugak rupanya. cuma nak sabar lebih je kerjakan benda2 comel ni. tamak pulak tu beli pretzel tu, sudahnya terbuang jugak sbb dah expired.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nampak senang je kan Yan tpi bila buat lahaiii lmbt dah lah tk lawa sngttt tpi belum lgi taubat ni Yan hahaha

      Delete
  7. sedap ni..very chocolatey..kisses + M&M..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap sngt Nohas akak suka bangat ni
      Cuma kejadiannya kureng memuaskan

      Delete
  8. sedapnya kak noor.. nak cubalah.. mungkin boleh guna coklat lain yg lebih mudah cair kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ita boleh try coklat lain
      Mana tau kejadiannya lebih cantik kan
      Mesti kena try and error

      Delete
  9. Pelik kenapa coklat tu tak mancair. Kak Noor, mungkin sebab Hersheys Kisses yang Kak Nor guna ada almonds kot. Ada tak yang jenis milk chocolate sahaja. PH kurang pakar sebab tak makan coklat ni. Bersemangat ya, Kak Noor dah cuba 3 kali. Tapi tak rugi pun sebab masih boleh makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tukar PH ke milk chocolate tapi masih sama jugak tak dpt di tekan hahaa
      tak putus asa jugak lepas bila ada masa akan try lagi ni

      Delete
  10. Allah... Comelnya! Nak makan pun rasa syg

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sayang laparrrrrrrrrr lah Reenn hehee

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home