Makan-Makan Biasa

Makan-Makan Biasa

Assalamualaikum dan selamat pagi
Just nak kongsi gambar-gambar makanan
Suka suki pagi minggu 
Waktu yang paling bahagia bagi seorang tukang masak
Bila dah siap semua makanan dihidangkan 
Jom layan selera mata 

 

Masak kicap ayam pesen lama
Hanya blender sikit halia, bawang merah, bawang putih.
Goreng dulu ayam yg telah diperapkan dengan garam kunyit
Tumis bahan kisar kacau sehingga wangi, masukkan ayam dan kicap manis dan masin secukupnya, tambah sedikit air asam jawa, tambah sedikit lada hitam dan jika suka ada kuah tambah air panas sedikit, akhir sekali tambah bawang besar dan cili hijau, tadaaaa siap sudahkannn..

 

Rebung masak lemak cilipadi dan pucuk labu
Kaknoor hanya blender cilipadi (banyak) haha suka pedass
Bawang merah jugak dikisar + cilipadi 
Masukkan santan dalam periuk + pucuk labu yang telah digentel terlebih dahulu + rebung jugak yg telah direbus dahulu, masaklah sehingga mendidih dengan api perlahan
Tambah garam dan sedikit gula dan akhirnya tambah ikan tamban tahai/salai yg telah ditumbuk
Tadaaaaa dah boleh dihidangkan kann

 

Closeup sikit biar terang mata yang memandang ...

 

Dah penuh meja dengan hidangan kampong yang biasa-biasa
Tak lupa ulam dan sambal 

 

Dessert ni lebih sebab pepagi dah ada yang mengorder ni 
Jadi memang dilebihkan untuk tuan rumah jugak lah


20 comments:

  1. Desert tu...tu..tu kan..Ya Allah...sedap!
    Lama PC tak majan rebung kak..dulu setiap kali balik kampung eajin jugalah ngambik sebab bekajang rumah MIL banyak pokok buluh..sekarang dah ditebang diganti tanam pokok kelapa sawit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke PC sama lah kaknoor sbb kalau masak rebung anak2 tak suka sngt jdi kalau masak rebung mesti msk sayur lain utk bebudak tu
      Bestnya kalu ada pokok rebung sendiri dot mkn rebung fresh dari ladang ni

      Delete
  2. nice idea kak nor.... rebung masak pucuk labu tu... kat rumah ada rebung 1st beli dan tak tahu nak masak apa... tambahan lak tak pandai nak masak rebung... huhu.... thanks for sharing....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah sheila masak mcm ni tapi kalau tkde pucuk labu boleh saja letak sayur lain, contoh pakis ke, cekur manis ke, kadang kaknoor campur pucuk ubi jugak sbb nak kan warna hijau dom masakkan rebung ni, ikut kreativiti dan apa yg ada kat rumah je Shiela

      Delete
  3. Saya lama dah nk try buat cheese tart ty, tapi asyik lupa nak beli bahan2 utamanya, bilalah boleh nk try buat nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke Zimah, mesti stok cheese kat rumah baru senang, nak cepat buat dulu tart shell nya, sbb tart shell dpt simpan lama dlm petiais, lepas tu bila dh ada cheese teruslah buat saja jdi kita tk fikir susah dan lambt sngt membuat tart cheese ni

      Delete
  4. Mek hr tu buat goreng halia tp xckup perap ayam dengan garam --' tk rase sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaknoor pun kalau nk cepat kdg tk sempt nk perap jugak tpi seeloknya kita perap lah dlm 15 minit baru ayam tu mesraaaa kan, nak sedap lagi perap bersama kicap dan bahan kisar sedikit Mek baru power rasa nya

      Delete
  5. Pesen lama lah pling sdppp
    Jnji perut kenyang...knnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah Nor dulu2 mak kita masak tk letak banyak bahan pun tapi sesap nya ya ampunnn kann

      Delete
  6. Banyak lauk yang Kak Noor sediakan. Semuanya nampak sedap-sedap belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa rajin tu PH kalau masa malas tk taulah entahlah mungkin nasi dgn kicap je haha

      Delete
  7. Adoi KN..... yg biasa biasa tulah yg sedap weyh....
    Saya pun masak ayam kicap hari ni KN tp saya tak potong kecik ayam tu.... saya lebur je suku ayam mcm kenduri nasi ambeng tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohyee ke Hainom mesti lebih lembut kot buat mcm tu kannnn boleh lah try tpi nk mkan sisah sikitlah kecuali masuk sesuku tu dlm pinggan hahaha

      Delete
  8. hidangan kampung laa membuka selera.. sedapnya desert kak noor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul eyda kampomg menu mmg terbaik kan

      Delete
    2. memang terbaik, kalau masa tak ada selera, baik laa cari lauk kampung.. mesti makan bertambah2..

      Delete
  9. Lepas tu gumukkkk kan Eyda, mcm Eyda oklah kaknoor tk boleh amalkan sngt haha

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home