Nasi Goreng Kampong Bunga Kantan

Nasi Goreng Kampong Bunga Kantan

Assalamualaikum 
Selamat berhari minggu semuanya
Dari seawal pagi tadi sesudah subuh hingga kini
Hujan turun dibumi Brunei ni masih belum berhenti
Alhamdulillah masa sejuk dikala hujan ni makan apa pun
Memang terangkat
Ini nasi goreng dua hari lepas memang sengaja nak tayang
Sebab hari ni pun makan nasi goreng lagi hahaha
Perut nasi ni memang tak dapat lari dari nasi goreng 
Kalau tak nasi goreng nasi lemak aduiii..

 

Bahan nya
2 mangkok nasi sejuk
1 sudu besar udang kering tumbuk
1 sudu besar cili kisar (kaknoor campur cilipadi+cilibesar)
2 ulas bawang putih tumbuk
3 ulas bawang merah tumbuk
1-2 kuntum bunga kantan (kaknoor guna dua) sebab banyak kat rumah hehe
Secukupnya ikan bilis goreng
Sedikit terung pipit tak nak pun takpe
Sedikit minyak, garam dan perasa
Sedikit kicap manis dan kicap masin

Caranya
Panaskan kuali, tumis lah bahan tumbuk sehingga wangi.
Campurkan cili kisar, udang kering, kicap manis dan masin
Kacau sehingga pecah minyak, tambahkan nasi sejuk
Gaul rata masukkan terung pipit jika suka
Rasa lah ikut keselesaan family jika kurang rasa 
Tambah lah garam dan perasa kemudian tutup api
Taburkan dengan bunga kantan dan ikan bilis goreng
Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.
Sedap dimakan waktu pagi petang ke malam haha

 

Cantik tak kakton tu!!!
Kaknoor memang suka buat hidangan cantik-cantik
Biar sedap dipandang sedap jugak dimakan

 

Close up sikit, wangi bunga kantan ni alahaiii 
Macam nak makan dengan pinggan-pinggan tu sekali haha

 

Lepas makan nasi goreng jom kita ambik sebijik dua epal ni
Kata orang sebijik sehari epal ni bagus kan 
Usaha tangga kejayaan ye dak!!
Kalau tak cuba mana kita tau kannn..
Ok selamat bersantai ya adik-adik kaknoor.

22 comments:

  1. NASI GORENG DGN AROMA KANTAN YG HARUM N RASANYA YG LAZAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang suka sngt dgn aroma kantan ni P kadang buat asam pedas pun I blender kantan utk rasa yg lebih kuat hehee

      Delete
  2. warna pink tu tmbh nmpk cntik and sedap je kan kak noor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kdg warna pun main peranan jugak kan Mek utk tambah selera makan, sama jugak Mek dh tukar gmbr baru ni cantikkk

      Delete
  3. alamak mana nak cari bunga kantan ni...terasa nak makan pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh ambik sini Neida masih ada tu di pokok belum petik hehe

      Delete
  4. Suka2..hidangan cantik & sedap mnambat selera..dari mata turun ke perut..hihi..

    ReplyDelete
  5. Suka2..hidangan cantik & sedap mnambat selera..dari mata turun ke perut..hihi..

    ReplyDelete
  6. Suka2..hidangan cantik & sedap mnambat selera..dari mata turun ke perut..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Nohas hidangan cantik membangkitkan semangat nak makan haha

      Delete
  7. Cantiknya nasi goreng kampong Kak Noor! Berwarna warni. Tengok pun dah rasa lapar. PH suka bunga kantan. Bau did wangi. Selalunya letak dalam kerabu best! Next time nak cuba pulak letak dalam nasi goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH pun makan kerabu bunga kantan ke!!
      kaknoor yg belum pernah buat kerabu ni
      mesti nak try masa ni bunga kantan sedang banyak ni PH

      Delete
  8. Kami pun rajin buat nasi goreng Kak Noor..tapi takdak lah secantik Nasi goreng KakNor ni...haha.. sllu buat simple2 ja.. klu nasi goreng kt atas tu, mau bertambah2 pinggan makan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang simple je pun sebenarnya Atie
      cuma diambil gambar je tambah itu ini jadi lah cantik sikit heee

      Delete
  9. KN....anak dara dlm rumah ni kalau nasi goreng campur bunga kantan confirm diaorang asingkan. Buat penat jer mak dia hiris halus....

    Kita yg mak mak ni for surelah suka kan. Kecuali MD haha....

    ReplyDelete
  10. Mesti best cium bau dia kan (^_^)

    ReplyDelete
  11. sedap ni.. sambil kunyah2 bunga kantan tu kan.. macam nasi ulam je pulak.. tapi kalau anak2 ni mesti dah asing2 tepi dah ni..hihi

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home