Pokok Rosemary Yang Alergik Hujan

Pokok Rosemary Yang Alergik Hujan

Assalamualaikum dan selamat petang
Hari ni kaknoor nak cerita pasai cik mary kaknoor yang sensitif sangat tak boleh kena hujan. Baru-baru ni kan hujan memanjang tak sedar rupa nya cik mary tu lencun kena hujan entah beberapa hari, bila sedar tengok daun-daun nya dah banyak hitam dan layu. Alahaiii kesian cik mary dah lah susah beno nak hidup. Tapi alhamdulillah dokter pakar cepat bertindak. Maka cik mary pun dah dapat diselamatkan.

 

Kini cik mary hidup subur dikoridor lah, supaya tak kena hujan lagi, itulah herba orang putih ni, tabiatnya pun sama jugak dengan orang putih yang tak suka banyak air, menurut apa yang kaknoor tau dari anak-anak kaknoor, orang putih ni tak mandi selalu, jadi herba diaorang pun gitulah jugak kot. 

Sebenarnya kaknoor teringin nak masak ayam panggang rosemary, nak ambil daun ni pun sayang, jadi biarlah besar sikit baru lah boleh dipetik. 

 

Ini gambar ayam panggang rosemary masa kaknoor kat Uk sebelum raya lepas, mewah sangat rosemary nya banyak sekali kat belakang rumah anakanda disini.

 

Lagi sekali belanja ayam panggang rosemary ni.  Insya Allah bila dah besar my mary tu pasti nak petik buat macam ni 
Sedap tau dah wangi rosemary tu ditambah dengan wangi lemon tu waduh susah mau cakap loh!!!
Ok jumpa lagi ya semua!!

21 comments:

  1. Manja pokok rosemary nih.. nasib tak mati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena jaga betul2 Eyda sbb nk hidup pun sukar jugak ni

      Delete
    2. kalau jenis tak banyak masa, susah nak tanam pokok macam nih..

      Delete
  2. Cantik pokok Rosemary Kak Noor. Yang PH punya so far OK pulak masa hujan. Tapi tak taulah sebab yang ni PH baru tanam beberapa bulan yang lalu. Yang sebelum ni, mati sebab time cuaca panas PH kadang-kadang terlupa nak siram pokok. Habis kering kontang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaknoor pun dh bnyk tanam dan banyak jugak yg mati PH, tpi baru ni baru perasan yg pokok baru ni terkena bnyk hujan daun nya terlebih hitam, itulah yg kaknoor rasa mungkin cik rose ni tk boleh bnyk air sngt

      Delete
  3. iols ada rosemary kering je kak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg kering pun ok El tpi kalau dpt yg fresh lsgi best dan segar jugak wangi U

      Delete
  4. Replies
    1. Mmg terlebih manja dah ji cik rose ni Amy kan

      Delete
  5. Alahai..manja nau plak pokok ni ye kak noor..kalau kak noor buat ayam panggang nanti kongsikan resepinya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah SA nnt bila dh akak masak mesti akak letak resepi nya dont worry ok

      Delete
  6. Mek bru thu yg pkok ni tk bleh kne air hujan yg bnyk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Mek biar kena panas sikit ok asal jgn kena hujan

      Delete
  7. Berapa kali entah beli pokok rosemary ni.. tiada yang kekal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan SS mmg agak susah tanam cik rose kdg ikut nasib aje dimana kita letak pokok ni

      Delete
  8. ohh pelik gak erk KakNoor rupanya rosemary ni tak boleh siram sllu.. sllu tanaman lain msti siram baru subur.. hihi.. sedap ayam panggang+rosemary tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg Atie bila kita dh nmpk masih hitam tanah nya tu tk payah disiram lgi, kalau tanah kering baru lah kita siram

      Delete
  9. haha..orang putih tak mandi sebab sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berul tu Sal org putih mmg tk selalu mandi hehee

      Delete
  10. Tak pernah lagi bau cik Mary yg segar gini KN....Mmg jarang sangat guna daun ni.
    Hihi.... sejuk KN....camnelah nak mandi, peluh pun tidak kot

    ReplyDelete
  11. tak pernah lagi masak guna rosemary ni.. rasanya pun tak tau macamana.. kampung sangat kan saya? hihi

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home