Roti Kak Noor Bukan Roti John

Roti Kak Noor Bukan Roti John

Assalamualaikum
Dari malam tadi teringat nak buat roti macam ni
Ala-ala roti john gitu kan haha
Tapi dah kaknoor yang buat 
Jadi lah nama nya roti kaknoor
Sebab kita yg penat buat takkan John pulak dapat nama 
Ye dak hahaahaa

 

Ini lah roti yang kaknoor cakap tu
Roti Maktok Leleh

Untuk bahan inti kaknoor guna 
2 keping daging burger dicincang
1/2 biji bawang besar dadu
2 sudu besar mayonis
1 biji telor 
Sedikit cili flakes
Sedikit cili sos
Sedikit perasa /gula /garam 

Cara nya
Panaskan kuali dengan sedikit mentega
Dah cair masukkan bawang dadu
Tumis hingga wangi masukkan daging burger cincang
Kacau sampai masak dagingnya tambahkan telor
Tambah ciliflakes, sos cili dan perasa kegemaran
Dah siap tutup api dan boleh laj diletakkan atas roti
Kaknoor panaskam dulu roti yg dibelah dua
Letakan apa-apa salad yg ada kat petiais diatas roti
Kemudian letakkan inti tadi, buatlah ikut kreativiti sendiri
Lepas tu dah boleh disantap.

 

 

 

 

Alhamdulillah memang sedap sangat
Kadang-kadang roti ni kena ikut selera family jugak
Anak bungsu kaknoor ni yang paling suka macam ni
Tapi kalau ada yg nk unah tukar itu ini terpulang lah
Sebab kita yg buat, kita yg nk makan, jadi tk payahlah nak ikut resepi sesiapa ye dak!!
Ok selamat mencuba utk semuanya...


29 comments:

  1. hujan-hujan ni kalau dapat makan panas-panas sedap jugak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hujan apa pun sedap je kan Ct apa lagi roti mcm ni hehe

      Delete
  2. tetiba perut macam berkeroncong, baru lepas makan karipap sebiji ni... sedapnya kak noor, betul2 leleh ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti kena try ni Nani jgn biarkan si leleh ni begitu saja

      Delete
  3. Rasanya roti ala KakNoor ni lagi sedapppp berbanding roti John yang di jual kat luar tu... haha...hadoii! laparrrr :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Homemade puas hati makan Atie letak je apa yg terlintas di fikiran mesti lah sedapppp hahaa

      Delete
  4. mek suka mcm ni. bleh la nk buat jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti mi slera org muda mcm Mek jugak ni mesti Mek suka kann wajib try ni Mek

      Delete
  5. Roti Maktok Leleh. Hee..hee...saya suka nama ni :D Sedaplah Kak Noor, PH pun nak cuba. Dah lama pun tak makan roti cam ni. Kalah Roti John.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm PH suka nama roti maktok leleh ni haha
      Jgn tunggu lama utk cuba ni PH
      Dah cuba bgtau kaknoor tauuu

      Delete
  6. Replies
    1. Alhamdulillahhhh Nor terjilat2 jari lepas mkn ni

      Delete
  7. sdpnya kak noor... gara2 tgk roti kak noor ni lah dana beli jgk roti panjang gini..
    mlm ni nk bt lah... tp dana beli roti yg versi pendek2 je heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mmg dah tergoda sngt dgn roti ni kan Dana, mesti try tau esuk lusa mk tengok letak gmbrrr ok

      Delete
  8. mmg sedap mkn roti jon ni kak noor
    bulan pose ritu adalah buat sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan posa mmg laris roti jon ni El
      Ini roti kaknoor anytime boleh mkan hehe
      Tkyh tunggu bulan posa

      Delete
  9. dah la tengah lapar di waktu hujan ni..akak tayang pulak roti john sedap cenggini...huwaaaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat sendiri Ida bukan susah pun
      Janji ada roti panjang ni letak mayo banyak sedapppp ooo

      Delete
  10. perghh..meleleh mayo..sedapnya..

    ReplyDelete
  11. Wah meleleh mazni tengok roti kak norr ni :) Sedapnya

    ReplyDelete
  12. Mazni sila kan buat lepas ni ya mesti tk meleleh lagi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Kak Noor. Terima kasih share resepi ni. Psstt..lapar pula masuk blog akak ni

      Delete
  13. Betul KN .... kalau buat sendiri ni dapatlab makan daging sebeban kan haha....

    Beli daging seciput tp harga mahal...tak kisahlah kan KN, mana yg mudahlah. Ikut suka hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebeban dua beban pun boleh kita makan
      Kalau kita buat sndiri Hainom
      So no hal lah lebih baik rajinkan diri didapur ye dak
      Lagipun buat sendiri lebih berkat dan dijamin kebersihan dan kehalalan kan

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home