Sandwich Telor Mayo Sesedap Rasa

Sandwich Telor Mayo Sesedap Rasa

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT PETANG SEMUA NYA
Dah petang kan baru berkesempatan menggodek blog ni.
Resepi paling simple kaknoor nak kongsi hari ni
Dah lama sebenarnya buat sandwich ni tapi belum terupdate
Sehingga semalam buat lagi sekali letak kat FB macam ramai pulak yang suka
Dan tak kurang bertanyakan resepi jadi kaknoor letaklah disini
Untuk rujukkan pada teringin nak buat sandwich versi kaknoor



Sebenarnya boleh saja kita tambah apa-apa fav family udang ke, sotong ke
Selain dari telur ni, sebab selera ditangan sendiri, boleh olah ikut kreativiti sendiri.



Roti pun boleh kita bakar kejab or terus letak inti nya tanpa bakar
Kadang-kadang kalau buat sandwich kaknoor tanya anak-anak nak roti yang dibakar ke roti polos
Ikut ramai lah yang mau hehee..




Bahannya
Roti putih secukupnya ( gardenia atau apa-apa brand pun boleh)
3 biji telur rebus dan hancurkan
1/2 batang carrot dihiris halus
3 lembar daun salad dihiris kecil
mayonis ikut sesedap selera anda
Kalau kaknoor memang suka agak banyak dan semestinya letak dalam 4-5 sudu utk 10 keping roti
sedikit lada sulah atau lada hitam serbuk
garam dan gula secukup rasa
boleh letak cheese slice jika ada stok
Kalau takada cheese slice pun ok je sandwich kita masih sedap dan lazat

Caranya
Gaulkan semua bahan-bahan inti sandwich, kecuali cheese slice
Dah secukup rasa sapukan di atas roti dan tutup dengan sekeping lagi roti
Untuk yang guna cheese letak dulu cheese sebelum inti nya ok.
Kemudian potong lah segitu atau segiempat ikut selera.
Letakkan dalam cup dan susunlah dalam pinggan
Sedia untuk di nikmati.



Kalau ada yang tak tahan layan gambar ni boleh lah kedapur layan selera pulak



INi versi semalam takde cheese slice letak je inti nya bebanyak pun sedap jugak
Makan pulak di waktu hujan turun memang nyaman sekali dong!!!

39 comments:

  1. gebu nya sandwich telor kak noor! =)
    lps tu letak pulak cheese mmg berganda ganda sedap nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera org muda Aina suka bercheese2
      Semua benda nk letak cheese kan haha

      Delete
  2. nampak sedap sgt Kak... nak buat pun tak susah mana kan..boleh lah cuba nti..si abg Pae suka sandwich...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atie boleh try mmg tk susah sngt pun
      Nk cepat lgi inti boleh disejukkan buat malam
      Esuk pagi terus letak atas roti
      Lagi mudahkan abg Paie pun cpt boleh makan haha kann

      Delete
  3. Versi cheese of course akn jd plihan mek klau dhidgkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg ni cheese dimana saja Mek
      Apa pun benda kalau letak cheese mmg thorbaikk

      Delete
  4. Sandwich telur pun nampak sedap sangat kalau kak noor buat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat mmg nk anto dua piring sandwich utk Siqah sbb selalu puji kaknoor hehe

      Delete
  5. Replies
    1. Yg ni boleh Dana buat sbb senang amattt ni

      Delete
  6. Syioknya makan sandwich telor! PH suka makan sandwich tau, Kak Noor. Tapi sejak kebelakangan ni, tak buat sandwich pulak. Kenapa ye? heh..hee..kena buat lah nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sandwich lah yg paling senang PH anytime anywhere boleh buat jnji ada bahan
      Mesti PH buat versi kaknoor ni rugi tu sedappp sngt hahaha angkat bakul la pulak

      Delete
  7. Sedapnya sandwich kaknoor. Saya punya selalu telur togel ajer tanpa sayur.
    Kalau roti dibakar dulu bermakna makannya krup krap lah ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun sbb anak kaknoor yg sorang tu suka sngt salad, semua benda nk letak salad jdi kaknoor gabungkan dlm sandwich ni KB alhamdulillah bolehlah kalau suka tu kan

      Delete
  8. Apa2 dari airtangan noor mesti sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboii KY dah melambung dan ringan je rasa badan ni di puji mcm tu haha

      Delete
    2. Macam mna kak yon tau semua sedap?
      Berjiran ke?

      Delete
  9. Tentulah sedap. Kita ni semua cuma dpt tengok gambar pun dpt gambarkan dia punya keenakkan sandwich yg KakNoor buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tau suatu hari dapat rasa betul2,kakzakie kann mesti lebih best lgi ni dpt jumpa sahabt maya

      Delete
  10. bila mai sini xpenah mengecewakan...

    ReplyDelete
  11. Salam kenal.. Mengamcam pulak tgk sandwich nie.. Nak share resepi dgn wife .. Thanks sharing.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jugak dari kaknoor dear
      sila lah share thanks sudi singgah sini ya

      Delete
  12. mesti sedap sbb kaknoor yang buat. sandwich telur always a favorite of mine. tp sejak diet memang dah lama jugalah tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali pecah lah sikit diet tu Rai
      telur je pun kan heeee

      Delete
    2. sejak pas raya ni banyak kali pecah diet kak noor. berat maintain. jauh lagi perjalanan. bulan disember memang kena meet target jugak. huhu tapi memang suka la sandwich, terliur sudah. hihi

      Delete
  13. Sedapnya... makchaq suka sandwich teluq.. terutama kalau banyak sayuq..
    Tapi anak2 langsung x mau makan.. sekali ja buat.. jenuh dok perabih sorang...
    La ni kalau teringin beli ja...

    ReplyDelete
  14. Aduh kak noor tengahari tgok pun mengancam ni.dh belim lunch..sedao berul ni utk bfast.mklu famili sy dinner pun layan sandwich..klu ibu malas masak.haha..

    Kami pun suka mayones lebih kak noor

    ReplyDelete
  15. sedap nih boleh buat masa cuti hujung minggu

    ReplyDelete
  16. Saya pernah buat jugak sandwich telur ni KN. Tp kosong, tak de carrot, tak de salad....
    Kalerful tu yg jadi menarikkan KN...

    ReplyDelete
  17. assalam kak noor...sedapnya sandwich ni...insyaAllah nanti dicuba

    ReplyDelete
  18. Hari ahad ni saya nak cuba buat sandwich tu.
    Harap2 jadi serupa dalam gsmbar tu.

    Saya ni:
    http:biarlembuyanglembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. nampak sgt sedap sandwich kaknoor.
    bak kata kaknoor..kena g dapur lah, layan selera! :D

    ReplyDelete
  20. tergoda saya tengok gambar sandwich .. esok suruh isteri buatkan :)

    ReplyDelete
  21. Sedap ni, bunda ada jugak buat tapau anak2 pergi kerja.

    ReplyDelete
  22. anak-anak pun suka yang macam ni kak.. simple je tapi sedap...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home