Tarindak D ' Seni Restaurant Brunei Darussalam

Tarindak D ' Seni Restaurant Brunei Darussalam


Selamat petang dan salam kasih sayang dari kaknoor
Ini semalam punya cerita
Anak kaknoor bawa jenjalan ke Bsb ( Bandar Seri Begawan)
Biasalah nak belanja mama lah konon kan
Sebab mama nya suka kat tepi sungai Brunei maka nya di bawa kat sini
Pemandangan memang best giler kalau ada yang suka tengok air yang tenang tu



Best sangat naik kat restoren ni dapat tengok pemandangan yang cantik dari atas.
Tapi sayang kaknoor tak berkesempatan untuk berlama-lama kat sini
Insya Allah pasti datang lagi kat sini dimasa akan datang.



Ini lah sudut-sudut yang di letakkan makanan kat restoren ni.
Memang suka sangat cara diaorang deco restoren ni.



Bunga yang besar-besar disana sini lagi pun buat teruja nak ambik macam-macam hahaha



Disini sudut mee kari yang dihidangkan disini.
Memang menyerlah kesedapannya.



Ini pulak sudut dessert nya macam-macam ada 
Sampai tak termakan rasa nya..
Berbaloii harga nya pun tak lah semahal mana..



Lagi sudut dessert yang menarik hati kaknoor



Antara pelanggan yang datang tenghari semalam
Kami asyik berjalan je meja kmi kosong sebab baby Umair dok nangis
Jadi nya ganti-ganti kami dukong hahaha



Ini lah nama restoren tu dekat screen tv lagi tu...



Ini je yang sempat kaknoor makan semalam
Ais kacang memang tak pernah miss apa lagi yang kita ambik sendiri
Apa yang kita nak suka je letak best kan..



hahaha ni nasi nya campur-campur sotong masak lemak, ikan sweet and sour dan sayur



Entah apa lah maktok tu membebel kat cameragirl tu kan hahaa..



Dah habis time nak balik sempat lagi bergambar kat bawah restoren tu
Baby Umair sampai tertidur, rupa nya dia nangis nak tido
Maktok ni asyik melayan selera je tak faham sungguh lah..



Ini lah cameragirl nya Nabilah
Lepas makan singgah solat di masjid Omar Ali Saifuddin
Alhamdulillah sesekali gantung periuk..
Esuk lusa kalau ada masa sambung cerita masuk masjid ni ya..

15 comments:

  1. wah... meriahnya desert nya.... fuhh kenyang... allhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. cantiknya deco dlm resto tuh... dia punya susunan makanan, segala makanan yg ada mmg menyelerakan

    sesekali gantung periuk best kan kak noor...

    ReplyDelete
  3. Bastnya Kak Noor makan buffet. Ada banyak pilihan. Time macam ni tak boleh diet hah..hah...

    ReplyDelete
  4. Brunei ni bagus. Bahagian aurat tu masih jaga. Tv dia pun macam tv al hijrah

    ReplyDelete
  5. nmpk mewah restoran ni...
    xpernah jejak kai brunei..

    ReplyDelete
  6. Saya suka masjid Omar Ali Saifudin.

    Itu masjid pertama saya jejaki ketika sampai Brunei tiga tahun yang lepas

    ReplyDelete
  7. Buffet ke KN.... rugilah kalau KN cuma makan tu aje. Dapat kat saya sampai petang tak balik balik haha...

    Si kecik tu nangis sebab tak dpt makanlah tu KN. Dapat bau jer huhh

    ReplyDelete
  8. tak pernah ke brunei lagi, walaupun dekat je dengan negara kita. kak noor jumpa sultan brunei dak?

    ReplyDelete
  9. Nampak menarik dan nyaman suasana restoran ni Kaknoor..makanan pun sedap2 belaka tu.. ais kacang tu memang peberet jugk.. hehe...
    *nanti nk suggest restoran ni kat kawan yg kerja kt Bsb sana lah..:)

    ReplyDelete
  10. kalau tukang masak kata sedap maknanya memang betullah tu sedap..hehe

    ReplyDelete
  11. Gambar-gambar yg dipaparkan itulah yg tambah menarik buat kakak tak berkelip tengok hidangan dan pemandangn yg cantik KakNoor

    Kamera bagus hasilnya pun menawan.

    ReplyDelete
  12. untunglah boleh gantung periuk sesekali kak.. ada peluang rebut je..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home