Cencaru Sambal Bakar Pedas

Cencaru Sambal Bakar Pedas

Alhamdulillah akhirnya tercapai hasrat nak makan cencaru bakar
Sejak PH buat entri cencaru bakar, hati bagai di garu untuk merasai nya hahaha
Baru ni kaknoor ke pasar Jerudong di Brunei ni memang banyak jumpa ikan cencaru
Cari punya cari punya takde yang kecik yang ado hanya yang besar bagang ni
Dah teringin sangat buat saja lah yang besar ni pun
Memang agak susah nak siangkan sebab besar semuanya keras belaka
Lepas tu sambal pun terpaksa banyak untuk isikan dalam perut ikan yang besar ni kan
Adoii sabo jelah, tapi sedap jugak yang besar ni tulangnya pun besar mudah kita asingkan
Bila nak makan kan..

Resepinya kaknoor intai dari blog Che' Nom Iresepi
jom semak yuk!!

Bahan-Bahan:

Bahan untuk memasak:
  • 4 ekor ikan cencaru kaknoor guna seekor je cencaru sebab besar sangat
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit
  • minyak untuk menggoreng tak muat kuali kaknoor bakar je haha
  • 1 senduk minyak masak, untuk menumis sambal kisar
Bahan untuk dikisar atau ditumbuk halus:
  • 5 biji cili kering, dibuang biji dan rebus ATAU 3 sudu besar cili kisar kaknoor letak lebih sebab suka pedas
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar jus pekat asam jawa
  • 1 batang serai, optional letak lebih sebab suka wangi serai
  • 1 sudu besar gula pasir atau gula melaka
  • garam secukupnya
  • tambah limau purut utk tambah wangi ikan tu

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk memasak:
  1. Bersihkan cencaru dengan cara belah belakang, tanpa belah di hadapan atau bahagian perut.
  2. Lumurkan garam dan kunyit ke atas ikan.
  3. Sumbatkan sambal yang dimasak ke dalam perut ikan secukupnya.
  4. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
Cara-cara untuk masak sambal:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pekat dan pecah minyak. Angkat dan sejulkan.


Gambar atas tu belum di bakar nampak tak besar gabak ikan ni kan..



Kaknoor bungkus lagi dengan daun pisang lepas tu baru masuk oven agak-agak je dalam 20 - 30 minit ya




Dah siap ikan bakar buka daun pisang aisssshhh wangi nya




 Kaknoor tak buat air asam lagi sebab sambal kaknoor ni dah pedas dan secukup rasa dah
Wah angkat bakul lagi sehingga ketulang hitam cencaru ni kami terokai haha..
Sedapp bangat...



16 comments:

  1. Aroma daun pisang ti kak....subhanAllah :)

    ReplyDelete
  2. Mengancam je rupanya ikan cencaru sambal bakar tu. Nanti nak 'curik' gak resepi tu, lam peti es kat rumah ni ada dua ekor ikan cencaru, beli kat pasar tani sabtu lepas. Tak tahu nak masak apa... kak Noor dah bagi 'idea' tu kita folow je, tinggal nak cari daun pisang je ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Curik idea no hal lah Sweetie, banyak curi pun tkpe haha, kalau dpt cencaru yg kecik lagi best kan manisss

      Delete
  3. sedap la nampak kak noor, siap balut daun pisang

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak daun pisang kat rumah Rai lebih baik di gunakan

      Delete
  4. Hihi, saya suka ikan cencaru, kalo yg kecik tu isinya manis sangat, goreng je pun sedap, cicah sambal kicap.
    Kalo ikan besar, bakar mcm kaknoor buat ni mmg mabelez

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Zimah yg kecik manis tapi dah tkde apa nak buat besar pun besar lah kan
      daripada tak dpt merasa cencaru bakar ni kann

      Delete
  5. Org cakap caru kecik manis ye KN tp saya lebih suka caru besar gini KN. Puas makannya hihi....

    Caru bakar gini kalau ikan baru sedapkan KN... basah jer isi dia. Adoiyai terliur pulak dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Brunei ni semuanya beso2 msa kaknoor gi pasar hari tu NOm
      dah malas nak ulangalik lagi rembat je yg beso tu
      tapi yg best yg beso gini mudah nampak tulang sbb tulangnya pun beso gabak jugak

      Delete
  6. Wah...Kak Noor, main bakar2 macam ni lagi best, kan? PH ni kurang suka goreng2 ikan walaupun part makan tu suka. Kalau ada kesempatan, nak beli lagi ikan cencaru dan try bakar pulak. Tengok ikan cencaru Kak Noor, terasa lapar pulak. Padahal, baru makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini gara-gara tengok pos PH jugak ni jadi kaknoor terhingin tau
      takpe lepas ni Ph buat versi kaknoor pulak
      bukan apa sayang jugak minyak kalau nak goreng caru beso ni kan
      lagi satu kena kuarkan kuali beso jugak adoiiiyaii tu lah yg malas tu
      nak cuci lagi yg beso2 ni
      cara mudah kita bakoooooooo je kann

      Delete
  7. Diana suka makan cencaru ini.
    Tapi sampai sekarang belum pernah buat lagi yang sumbat sambal ni .... kena rajin azam 2017 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe simpan dulu resepi diana tahun depan boleh buat
      rugi tau tk buat ni hehee

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home