Lopes Ubikayu

Lopes Ubikayu


ASSALAMUALAIKUM
Selamat malam untuk semua yang masih menunggu resepi hari ni ya
Jom terus ke resepi ok




Lopes Ubikayu

BAHAN NYA
1 kilo ubikayu di parut
1 1/2 cawan air pandan (5-6 helai dikisar bersama air )
1 sudu besar gula putih
sedikit garam
secukupnya kelapa parut di gaul sedikit garam
secukupnya daun pisang untuk membungkus

Kali ni kaknoor tak guna daun pisang untuk membungkus
Idea malas dah datang, jadi kaknoor hanya gunakan acuan tart yang silicon tu
Sapukan sedikit mentega dan masukan adunan yang telah digaulkan.
Masa kukusan pun lebihkurang sama jugak lah dengan menggunakan daun pisang
Untuk yang takde daun pisang boleh lah guna idea malas kaknoor ni hahaha..
CARA NYA
1.  Parut ubikayu dan toskan dalam penapis didalam sebuah bekas.
2.  Buang air jernih di permukaan bekas dan ambik pati nya ubikayu.
3.  Campurkan ubikayu dengan air pandan, garam dan gula, gaul sebati.
4.  Ambil daun pisang buatkan bentuk kon dan masukkan sesudu adunan dan lipatlah.
5.  Buat sehingga habis adunan dan kukus selama 15 - 20 minit pada kukusan yg telah panas.
6.  Gaulkan dengan kelapa parut dan hidangkan dengan sirap gula melaka.

UNTUK SIRAP GULA MELAKA
Masak 1/2 cawan air bersama 100 gm gula melaka dan 2 sudu gula putih, masukan daun pandan, masak sehingga mendidih, tapis, simpan semalaman untuk memekatkan sirap ni.




Kaknoor dah pernah buat sebelum ni tapi menggunakan daun pisang untuk membungkus tapi kali ni malas nak keluar rumah sebab hujan hahaha, alasan yang boleh di terima lah tu kan..
Jadi datang idea nak guna acuan tart atau apa-apa acuan yang sewaktu dengannya
Asalkan dapat muat dalam kukusan kita tu
Kebetulan ada acuan tart yang silicon kaknoor terus lah guna 
Alhamdulillah memang tak melekat langsung kira best lah nak mencuci pun senang..



Ok sessi jamu matalah ya
Pada yang teringin nak buat tu boleh lah guna resepi ni
Orang-orang lama yang sewaktu dengan kaknoor memang suka sangat ni
Tapi anak-anak muda rasa nya idok le suke beno ni kan..
Bagi kami orang V (vouge tau bukan veteren haha) memang LAZAT NI..


9 comments:

  1. belum pernah makan lg lopes ubi kayu..nmpk sedap..
    cantik presentation kak..suka2..food photography yg sgt cun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Nohas
      akak pun suka biar penat tapi hati gumbira bila time nk foto2 dengan makanan ni
      alhamdulillah tapi kadang2 tak menjadi jugak foto nya hehe

      Delete
  2. Replies
    1. mesti doc Ina suka ubikayu ni kan heee
      boleh geng kaknoor ni doc Ina ..

      Delete
  3. SEdapnya lopes ubi kayu guna acuan tart pun asal jadi oklah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab malas nak bungkus daun pisnag P jadi lah guna acuan tart hehee

      Delete
  4. yummy!!! ak noor pos g sabah boleh x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Unni kat sabah ke ni dekat je
      boleh lah datang Brunei jom!!

      Delete
  5. Nak memarut pulak satu hal KN. Yg tak payah parut pun malas nak buat inikan pulak nak kena memarut. Adoyai KN.....

    Ni kiranya kuih seangkatan dengan lepat ubi jugaklah ye KN

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home