Pulut Noxxa Sambal Bilis IKan Goreng

Pulut Noxxa Sambal Bilis IKan Goreng


ASSALAMUALAIKUM 
Selamat petang pada yang masih sudi singgah sini ya
Hari ni menu lentok ni
Jom berpulut-pulut jom!!
Betul ke kata orang makan pulut boleh jadi ngantuk???




PULUT KUNING NOXXA

Bahannya
5 pot beras pulut (anggaran setengah kilo)
2 cawan santan pekat
1 cawan air
Daun pandan
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit kunyit serbuk untuk rendam pulut
2 keping asam keping

Caranya
1. Beras pulut dibersihkan dan direndam dengan sedikit kunyit dan asam keping. Ikut petua orang tua bila letak asam keping ni bila masak pulut kita akan berkilat dan bersinar. Kaknoor rendam dalam 30 minit je.

2. Kemudian tos kan beras pulut dan masukkan ke dalam inner pot. Masukkan sekali santan, air, garam dan gula jugak daun pandan. 

3. Tutup periuk noxxa,  pusingkan tombol ke HP dan tekan 4 kali bermakna 4 minit. Bila dah cukup 4 minit noxxa kita akan berbunyi, sila keluarkan wap tekanan periuk tu, dan kacau pulut kemudian tutup lagi sekali dan steam kan selama 1 minit kemudian keluarkan inner pot tu supaya pulut tak berkerak. 

4.  Dah siap pulut kuning noxxa kita dan bolehlah dihidangkan dengan lauk pilihan.

MUDAH DAN CEPAT SEKALI KALAU MASAK DENGAN NOXXA NI KAN




Kebetulan ada ikan tamban fresh kaknoor goreng tepung, untuk makan dengan pulut ni, sedap rangup dan crispy hee, yang best tepung nya tu..

Untuk tepung goreng ikan ni kaknoor hanya campurkan tepung gandum, air sejuk petiais agak-agak je, sedikit kunyit dan garam jugak mentega/planta sedikit. Bancuh biar pekat sedang saja jangan terlalu pekat nanti tepungnya tebal dan tak crispy sangat. Celupkan ikan didalam bancuhan tepung ni dan gorenglah sehingga keperangan dan rangup.




Sambal bilis pulak mesti semua dah tau kan!!!
Resepi kaknoor lagi simple dimple ni hahaha

3 sudu cili kering kisar
1/2 cawan ikan bilis yg digoreng
4 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
sedikit air asam jawa
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula

Hanya tumis dan masak je sehingga pekat dan likat memikat haha
Rasa lah ikut kesesuaian family, bagi kaknoor sambal bilis mesti ada rasa masin manis dan pedas baru kick kann, sedika untuk dihidangkan bersama nasi putih atau pulut atau apa saja roti pun ok jugak kan..




Memang sedap sesekali makan macam ni kan
Menu kampong yang tak lekang dek panas\
Tak lapok dek hujan lebat hahaa...


27 comments:

  1. sedapnya mkn plt.... mmg selalu org kata pas mkn plt msti ngantuk heheheh...
    lg2 klu ada santan kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah tu memang benar lah tu kan Dana kata orang tua2 tu
      lepas makan pulut ni pakat2 tidoqqq hahaa

      Delete
  2. Amboi kaknoor.. Kita baru berangan nak buat pulut dia dah siap terhidang... :p yummy yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkyahlah buat dinda Hazel mai makan sini je lah
      Dah terhidang jgn malu2 cepat2 lah ngap hehe

      Delete
  3. Sedapnya, Kak Noor! PH suka makan pulut tapi tak boleh banyak2 sebab nanti bertambah gempal hah..hah... Ikan crispy2 tu pun PH suka tapi tak pernah buat. Nantilah bila lebih senang, PH nak cuba masak. Sambal ikan bilis pun tak pernah masak. Since Kak Noor punya resipi nampak simple, PH test drive dulu ye hee..hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH mana gempal pun rasa nya kaknoor kot lgi gumuk dari Ph tpi tk takut pun mkn pulut selamba je maktok makan hahaha
      Tpi jgn ikut org tua dh tk sedar diri ni hihii

      Delete
  4. guna NOxxa mesti cepat dimasak, sedap dimakan...pulut kuning..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah yg best dgn noxxa ni Nohass semua nya cepat dpt save masa kita didapur

      Delete
  5. Saya suka pulut yang di kukus dari di tanak kak Noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera kita berbeza Sweetie hehe
      Tpi kaknoor asalkan cepat dimasak suka saajalah ahhahaa

      Delete
  6. aritu buat pulut kuning ni mcm x sedap pulak pakai noxxa jugak..nti nk try lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaknoor ok je pun El
      Mungkin El dh biasa guna kukusan kot
      Air tk boleh bnyk sngt kalau noxxa ni nnt lembek

      Delete
  7. Senangnya ada noxxa, 5 minit jer siap, knoor, belanja piuk noxxa sebiji, mwehwhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa Zimahhhhh
      Alahaiii kaknoor pun pak haji yg belanja ni hihi
      Mmg best utk yg nk cepat dan to mau lama2 didapur Zimahh, kena pujuk2 darling zimahhh tu hehe

      Delete
  8. MAKAN PULUT CARA KAMPUNG GOI NYOK KUKUQ MKN DGN TAMBAN KERING GORENG NOOR HMM DAPTU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lgi nostalgia P
      Tpi kalau buat mcm tu kita saja yg mkn
      Anak2 tk sentuh punn

      Delete
  9. Assalamualaikum kak noor.

    datang sini je rasa lapar.

    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmusalm Huda
      Amboii lama tk singah sini
      Lapar ke niii hahaaha

      Delete
  10. kelmarin makan pulut gak, tapi dengan ikan kering je. sedap kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dgn ikan kering lgi sedap Rai
      Nnt kaknoor nk try mkn dgn ikan masin mesti power ranger habis ni

      Delete
  11. Berbunyi semula perut ini minta diisi.

    ReplyDelete
  12. Pulut kuning dan sambal ikan bilis semua tahu KakNoor
    Tapi cara hidangan KakNoor itu yg buat yg tengok telan airliur berkali-kali:)

    ReplyDelete
  13. kak nor, cantik hias makanan tu dengan skill tangkap gambarnya..bila tengok, berselera rasa..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home