Rendang Kerang Menu Akhir Tahun 2016

Rendang Kerang Menu Akhir Tahun 2016


Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang sudi singgah disini
Hari ni hari sabtu dah hari terakhir tahun 2016 ni
Esuk dah masuk tahun 2017, yang lahir bulan January tu memang tak lama lagi tambah usia
Pada lahir pertengahan dan ujung tahun masih lagi senang hati belum bertambah usia 
Tapi usia jugak tidak mengenal tua muda
BIla tiba waktu nya kita di panggil oleh YANG MAHA ESA
Kita terpaksa REDHA UNTUK MENEMUI NYA
Jadi sementara masih ada usia ni ELOKLAH KITA MENCUKUPKAN
BEKALAN KITA DI SANA NANTI, SEMOGA ALLAH SENTIASA MENYEDARKAN KITA DALAM BERAMAL DAN BERIBADAH AMENN.




BAHAN RENDANG KERANG
1 mangkok kerang yang telah di rebus dan di kopek
2 cawan santan
1 sudu besar kerisik
4 sudu besar cili kisar
garam dan sedikit gula
2 helai daun kunyit
Boleh kurangkan santan kalau tak mau berlemak dan berminyak ya 
Sebab selera di tangan sendiri

BAHAN MESIN
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai

CARA NYA

1.  Masukkan bahan mesin dalam kuali masak sehingga wangi dan kering air
2.  Tambahkan cili kisar dan santan dan masak lagi sehingga mendidih dengan api sederhana
3.  Bila dah pecah minyak  tambahkan garam  gula dan kerang
4.  Masak lagi sehingga agak kering tambahkan dengan kerisik dan daun kunyit.
6.  Dah secukup rasa boleh di tutup api dan hidangkan bersama pulut atau nasi putih atau roti


Rendang kerang ni kalau kita masak betul-betul kering dapat di simpan lama tau.
Kak noor biasa nya kalau masak macam ni akan masak banyak dan bahagikan dalam bekas kecil
Masukkan dalam frezer bila nak makan keluarkan je 
Dah save time kita bila time malas tu hanya keluarkan masuk microvawe dan makan 
Cepat sangat kan, tapi kena bersusah dahulu bersenang kemudian lah..




Kalau ada ketupat atau kelupis memang sedap ni makan dengan rendang
Kadang-kadang kita bosan makan asyik rendang ayam dan daging
Boleh lah try rendang kerang ni memang sedappp utk yang suka seafood.


7 comments:

  1. Sedapnya menu akhir tahun, Kak Noor. Happy 2017, kak!

    ReplyDelete
  2. Sama jugak utk Farah ya
    Thanks sempt singgah sini ujung tahun ni

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaa....SA xde pun menu akhir tahun..

    ReplyDelete
  4. Rendang kerang yang KakNoor buat ni makan dgn pulut kuning pun sedapnyaaa KakNoor:)

    ReplyDelete
  5. sedapnya..kalau makan dgn nasi lemak ni..mmg berpinggan2 nihh

    ReplyDelete
  6. Pergh!! Memang sedap..
    Sha suka makan dengan lemang.. ohsem giler..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home