Resepi Keria Gula Melaka

Resepi Keria Gula Melaka


Assalamualaikum dan salam isnin
Kuih keria ni dah viral disana sini kan
Hari-hari kita dapat tengok tayangan perdana rakan-rakan dah buat
Kaknoor pun tak mau jugak lepas peluang
Nak buat jugak hahaa



Kaknoor dah salah beli keledek. sepatutnya keledek putih tapi terbeli yang oren lah pulak!!
Daripada buang jadi buat jugak lah oren pun oren lah kan
Keledek oren agak lembek berbanding dengan keledek putih..



Sedang tak sabar nak merasa tak berkelip mata bila sedang goreng tu hehee



Nampak kan montok keria kak noor tu..



Tadaaaaaaa dah siap tapi tengoklah hasil nya macam kureng je kan
Agak lembik sikit lah sebab dah salah keledek..
Yang nak try boleh guna resepi ni kaknoor intai dari blog

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk doh keria:
  • 800 gram ubi keledek putih (dalam 2 ketul besar)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam
Bahan-bahan untuk salutan gula/sira:
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 sudu besar gula batu
  • 1 sudu besar gula putih
  • 1/2 cawan air

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk kuih keria:
  1. Rebus ubi hingga empuk dan toskan airnya. Apabila ubi sudah sejuk, tumbuk halus dengan menggunakan lesung batu dan tarik keluar urat-urat kasar dari ubi keledek. Boleh juga gunakan 'potato masher' untuk hancurkan keledek.
  2. Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh kurang melekat.
  3. Leperkan bebola doh dan buat lubang di tengah.
  4. Ulang proses sehingga habis dan goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan.
  5. Kacau atau gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih sehingga sekata.
Cara-cara untuk salutan gula/sira:
  1. Tumbuk halus gula dan masak di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat.
  2. Sedia untuk digaul kuih keria

Tips

  • Tidak mengapa jika doh melekat sedikit. Sapukan sedikit tepung di tangan sebelum menggentel doh dan bentukkan menjadi bulat.



Ini kali kedua kaknoor try keria gula melaka
Kali ni guna keledek putih
Baru lah betul keledek nya kan, cuba tengok agak keras sikit tekstur nya tapi sedappp



Gula melaka pun bersalut pekat dan melekat tu kan



Jangan tak cuba tau resepi viral ni rugi
Nak beli yang original nya alahaiaii jauh sangat nunnn di Melaka sana
Nak makan kena lah rajin kan diri
ALHAMDULILLAH tak menghampakan...


19 comments:

  1. Dah viral keria gula melaka ni sy yg dekat dgn Melaka pun xpernah rasa lagi noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. P kena rasa jugak keria gula melaka ni jgn bagi orang dok bekunun kata mak mertua P.ramlie haha

      Delete
  2. msti sedap mkn panas2 kan kak...
    org kalau pandai msk tak pyh ssh2... buat sndiri je kan kak noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb teringin nak makan Dana tulah kena lah bersusah2 dulu

      Delete
  3. Replies
    1. selagi tak menggoda tak puas hati NOr haha

      Delete
  4. Waduh! PH teringin nak makan lah, Kak Noor... Yang second one tu, sekali pandang macam bersalut coklat gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan PH macam salut coklat tapi sebeno nya gula melaka je pun

      Delete
  5. Saya salin ye kak resepi ni..terkecur air liur sgt pulak bila tgk.

    ReplyDelete
  6. ramai yg terbeli keledek oren
    teringin lak nak makan keria viral ni
    nak try buat dulu
    el bookmark dulu sini ye kak noor

    ReplyDelete
  7. Ooohhh... barulah kakak tahu kenapa keria KakNoor gebu
    Lain kali kakak nak letak baking powder jugalah.
    Cantik berkilat bila dah kena sira gula:)

    ReplyDelete
  8. Betullah kak noor ,viral keria gula melaka ni kan.Kalau rajin saya nk buat juga ikut resepi kak noor ,sebab sebelum ni buat tak letak baking powder.Nak juga keria gebus spt kak noor buat .

    ReplyDelete
  9. ingtkan kuih keria x jadi., rupernyer keria keledek erk., hikhik2

    ReplyDelete
  10. Wah sedap tu...memang suka kuih keria berbanding donut..sbb kurang berminyak dan ada rasa keledek tu..

    ReplyDelete
  11. terliur juga kak, nanti nak cuba buat

    ReplyDelete
  12. org jowo panggil.. ngencis.. aka meleleh jer tgk..

    ReplyDelete
  13. Saya dah tak kempunan KN sebab dah merasa keria gula melaka hari tu.... Walaupun bukan antarabangsa punya tp bolehlah, domestik pun domestiklah hihi

    ReplyDelete
  14. Olih kerana viral kuih ni..terinyin juga.masa gi melaka minggu sudah kekonon nk beli..punyalah panjangnya beratur..langsung tak jadi beli. Nanti buat sendirilah..resepi pun noor dh bagi tu.. ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  15. Tq sudi share resepi. Tgk kuih keria antarabangsa tu terliur tp jauh sangattt nye ponn ๐Ÿ˜‚

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home