Seaweed Eggroll

Seaweed Eggroll


ASSALAMUALAIKUM 
Selamat malam untuk semua nya
Kesibukan dengan majlis kawin anak saudara Pak Haji membuatkan kaknoor terpaksa 
Stop sekejab mengupdate blog ni, biasalah kalau majlis kawin ni kan
Banyak benda nak kena settle apa lagi tentang bab makan
Tukang masak lah yang paling busy walaupun masaknya tak seberapa kan..

Resepi yang di kongsi hari ni agak simple sangat asalkan anak-anak kenyang dan gumbira oklah
Eggroll ni dapat di makan dengan nasi goreng, nasi lemak atau di ratah pun sodap.




BAHAN NYA
2 keping seaweed ukuran 8x8 atau lebih besar lebih ok
2 biji telur di dadar
sedikit alfalfa sprout atau taugeh biasa pun ok
sedikit cili flakes optional

CARA NYA
Bentangkan seaweed didalam pinggan leper
Letak telur yang telah didadar
Letakkan lagi sekeping seaweed
Taburkan ciliflakes jika suka pedas
Taburkan dengan alfalfa sprout ni
Gulung lah kemas dan potong, susun dan boleh lah dimakan
Makan dengan nasi lemak pun sedap atau di ratah begitu pun lagi sedap haha




Dalam telur dadar tu letak sedikit perasa atau garam, jika suka boleh letak sedikit mayonis kat dalam telur tu lebih sedap dan lebih kalori nya heheee..




Tips untuk buat telur dadar supaya senang di gulung adalah jangan terlalu lama masak telur dadar ni cukup sekadar seminit dua, asalkan bahagian atas tu masih lembik kat bahagian atas tu dan tak payah di terbalikkan ok..
BIla dah overcook  atas tu keras memang susah nak gulung dan akan terbuka



Ok selamat mencuba untuk semua nya ya
Resepi mudah dan sangat senang, cepat di makan dan cepat jugak licin pinggan


6 comments:

  1. Sebok sangat ni KN...Mesti jadi mak andam kan selain jadi chef haha.....
    KN menarik jugak ye telur dada cenggini. Bolehlah tiru nanti. Kalau hidang kat tetamu, mesti terbeliak mereka tengok saya.... tak sangka terer buat telur dadar kretif haha...
    KN...mana nak dapat alfalfa sprout tu.... halus ek bentuknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah Nom biar tetamu Anom terbeliak mata nnt memuji adik lawa ni eeee pandainyeee kann
      ohh alfalfa sprout ni kaknoor beli kat supermarket orang putih Nom
      DiBrunei ni ada satu supermarket yang banyak jual barangan dan makanan orang putih
      Pendekakta barangan disupermarket ni banyak yang selera mat salih
      sesekali kaknoor pun terjebak jugak kesini perasan orang putih tapi orang hitam hahah

      Delete
  2. Ringkas tapi diadun dengan keikhlasan dan kasih sayang pastinya menambahkan kesedapan... :)

    ReplyDelete
  3. Seaweed dgn telur dadar pun dah sedap apa lagi isi dgn taugeh bagai memang sedap
    Makan gitu aje cecah dgn sos pun dah sedap KakNoor.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
  5. Tak acilah cenggini, ingat org putih jer ke yg boleh makan togey halus halus cenggitu. Org itam hangus mcm saya ni pun teringin jugak haha...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home