Singgang Ikan And The Gang

Singgang Ikan And The Gang


ASSALAMUALAIKUM 
Selamat tengahari semua nya
Selamat bercuti dan bersantai walapu dimana pun masa ni ya
Belum lagi giliran kaknoor bercuti masa ni
INSYA ALLAH january nanti akan bercuti jugak hehee..




Hari ni teringin nak makan yang rebus-rebus je
Dah boring makan bertumis dan berlemak hehee
Masa sedang ingat dan sedar diri ni
Kadang-kadang tak sedari diri jugak maktok ni




Untuk mudah semua bahan di atas kecuali ikan lah kaknoor kisar je
Biasa nya kalau singgang di hiris kan!!!
Kali ni kaknoor kisar je semuanya, kunyit, halia, lengkuas cili, bawang
Hanya serai je di ketuk dan tomato di hiris
Eh terlupa asam keping dalam gambar tu
Memang kaknoor letak asam keping secukup masam lah dalam 3-4 keping




Bila dah mendidih masukkan garam, perasa dan sedikit gula untuk melazatkan lagi singgang ni
Singgang sedap di minum kuah nya, rasanya masam masin pedas dan sedikit manis hehe




Inilah geng singgang kaknoor, bersama pekasam goreng, ulaman segar dan sambal budu
Layan sampai tak hingat donya lah hari ni



Budu pun kaknoor tumbuk kasar, cili dan tomato lepas tu letak asam limau dan hirisan bawang merah sedikit biar power ranger



Pekasam ni masa balik KL baru ni adik kaknoor bagi, dia buat sendiri tau!!
IKan sepat tu memang sedapp giler kaknoor goreng letak serai, bawang merah dan cili hijau



Inilah dia singgang ikan kembung kaknoor
Memang sedap di hirup kuah nya suam-suam panas tu
Boleh kurus tau kalau makan singgang ni hari-hari
Sanggup ke U all makan kalau everyday haha...
Lu pikir lah sendiri kan...


35 comments:

  1. Replies
    1. Itulah Nor bahaya jugak kalau masak cam gini kan

      Delete
  2. Assalamualaikum Kak Nor...terliur rasanya sebab saya tak makan tengahari lagi...nampak sedap sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmuslam fida
      Boleh lah try lepas ni ya

      Delete
  3. Mujur baru lepas lunch :) Sedap singgang kak noor. Sekarang minyak harga dah naik, baik makan yang rebus2 je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sngt Siqah
      Skrg ni kena lah bnyk mkn yg rebus2 utk saving minyak haha

      Delete
  4. Powerlah Kak Noor ada budu! Rebus2 macam ni pun OK, mudah dan yang penting janji sedap. Dulu grandma PH pun selalu buat tapi dia punya lagi simple, cuma ikan kembong, serai dan asam keping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budu mmg sentiasa ada je PH kat rumah ni
      kawan2 yg balik bercuti di kelantan ganu mesti bawa balik budu utk kaknoor hehe
      maka nya selalu ada stok anytime nak makan

      Delete
  5. PH pun tau singgang knoor, haha..mmg dia peminat masakan melayu kot.

    Kalau kat terengganu arwah mak guna ikan tongkol yg isi putih lembut tu, tapi kena letak ketumbar, bawang putih, asam keping dgn cili je, tu pun cilinya belah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zimah kaknoor pun mmg salute lah kat PH ni
      kalau orang tak tau mmg sangka dia melayu dah hehee
      dari cakap dia sampai makanan melayu semua dia konker ye dak PH
      jangan marah kaknoor tau, tapi memang betul lah tu kan
      salute sangat kat PH
      kalau dpat jumpa depan2 entah lah macamana agaknya ya

      berbalik pada singgang ni
      best jugak tu Zimah letak ketumbar mmg lain sikit lah rasa nya kan mesti lebih sedapp

      Delete
  6. Replies
    1. laju je nasik ni kalau makan panasss Anum kan

      Delete
  7. KakNoor ni pandai posingkan perencah/bahan semua
    Sampai ikan pakai daun disirip pun jadi cantik dipandang mata
    Bila dah siap dihidang lagilah mata terus tak berkelip tengok
    Tempting betul:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish mata kakzakie ni memang terang sangat lah
      sampaikan ikan pakai daun disirip pun kakzakie nampak heheee
      memang dah hobi dan suka posing apa saja bahan masakan kakzakie
      kena redo la teman2 ya tengok bahan masakan kaknoor beraksi hahaa

      Delete
  8. Allahuakbar, terliur pulak saya. Hehehee..saya selalu ckp pada Eady nak pegi Brunei la nak makan kawan masak..dia ckp uii jauh nyer semata nak makan..hehehe..

    Jom mak tok tgk gmbr adik mok yg baru.

    http://nurul-izwa.blogspot.my/2016/11/selamat-bercuti-korang.html?m=0

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang lah Idzwa dah dekat tak singgah brunei
      lain kali bila nak datang belah2 borneo ni bagitau lah kaknoor ok
      taklah sedap sangat kaknoor masak tapi boleh lah sekadar utk kenyangkan perut yang kosong tu

      Delete
  9. aduh... kecur liur tgk ikan singgang kak noor n gandingan2nya...
    semua serasi bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu kampong macam ni kan Dana kalau seminggu makan macam ni confem berat naik berkilo2 ni
      sangat serasi dengan selera orang kampong macam kita ni kan haha

      Delete
  10. Oh! Kak Noor... masakan beginilah yang bahaya kak! Menambah selera, menambah nasi, menambah lauk... makan berpinggan-pinggan ha ha ha haaa....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah jugak Mie Allah bagi ada selera utk makan kan
      nanti bila dah takda selera masaklah macam2 serba mak nenek pun mmg tak jalan jugak
      bahaya sikit ok lah kannnnnnn

      Delete
  11. elok makan rebus2 je kaknoor...asben noe suka masak singgang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rebus2 cam gini save minyak ye dak Noe
      minyak mahaiiii ni kan

      Delete
  12. sedapnya lauk singgang.. orang tengah tak sihat ni sedap makan ni dengan bubur nasi je kan kak..
    tengok ikan tu dalam dulang macam dalam frame gambar pulak.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. musim minyak mahai ni eloklah kita bersinggang2 je kan Ita
      tapi itulah bayaha kt perut ni sbb lajak makan nasik pulakk

      Delete
  13. kaknoor..kita memang suka singgang yang camni kak..kalau mak yang masak lagi la sedap.Tapi kita panggil singgang serani..hehe..memang terliur ni..uiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naily ohhh singgang serani ke kalau cam gini
      kaknoor ni semua nya singgang je
      serani melayu semua nya sama je pun bagi kaknoor hehee
      ape da kann maktok ni

      Delete
  14. Sedappp kak noor! makan dgn nasi panas n kicap skit perghhh umpp.! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha Aina sama dengan selera anak kaknoor
      semua benda nak letak kicap kalau makan nasik

      Delete
  15. Dulu semasa saya sekolah kerap ikut atok berkebun. Dia masak kat situ jugak. Lauknya boleh katakan tiap2 hari singgang ikan, ikan aja jenis lain2 setiap hari. Tepi kebun tu ada sungai. Ikan kami ambik dari sungai. Best masa tu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan sungai lagi best lah Adam
      tapi skrg ni nak dpt ikan sungai pun susah sangat
      dah susah mahai pulak tu kann
      untungnya Adam masa tu kann

      Delete
  16. mmg sedap masakan simple2 ni kak noor..bertambah2 nasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ni kan Kam masak simple pun susah jugak
      masak complicated lagi susah selera tetap adooo je

      Delete
  17. saya mmg suka singgang / pindang mcm ni kak..dapat pulak sambal belacan...ya ampunnn...bertambah nasik kak oiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa orang melayu mmg tk dpt lari dari sambal belacan ulam kan Ida
      singgang pulak adooo memang menjadi2 lah selera

      Delete
  18. KN....geramnya saya tengok kembung gemuk tu. Rasa nak jilat skrin pulak hihi...

    Saya fobia nak beli ikan kembung ni KN. Saya jarang dpt yg fresh. Tulah pasalnya.
    Mesti KN selera makan ni kan. Ada ikan pekasam lagi...terliur pulak dah

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home