Spaghetti Salmon Carbonara Kak Noor

Spaghetti Salmon Carbonara Kak Noor


Salam maulidul rasul untuk semua yang sudi singgah disini
Dari pagi tadi internet down sehingga lah ke malam ni baru lah settle
Memang dah merancang nak update pagi tapi apa kan daya
Hajat tak sampai, nasib baik malam ni dah ada boleh lah merayap sana sini
Memang zaman sekarang ni tak dapat nak hidup tanpa internet kan haha




BAHAN
1 bungkus spaghetti di rebus hingga lembut / toskan dan di lumurkan dengan planta
2 keping ikan salmon di hiris nipis dan di buang tulang nya
2 tin susu cair * kalau family kecil boleh dikurangkan
sedikit brokoli di hiris dan di celur *optional
sedikit carrot di hiris dan di celur *optional
1 sudu lada hitam di kisar
4-5 ulas bawang putih di kisar
1 labu bawang besar di hiris
2 sudu tepung gandum
2 kiub pati ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

CARA
  • Panaskan kuali  dan masukan sedikit minyak dan tumislah bawang besar sehingga layu dan masukan lada hitam dan bawang putih dan kacau agar tidak terlalu garing.
  • Bila dah agak wangi boleh lah masukan susu cair dan pati ikan bilis, kacau rata.
  • Masukan bancuhan tepung gandum kedalam periuk dan kacau sehingga sebati dan tambahkan garam dan gula.
  • Akhirnya masukan ikan salmon dan sayur brokoli dan carrot, masak sekejab saja sebab salmon tak perlu masak lama nanti takut isi nya hancur.
  • Untuk menghidangkan nya, letakkan sedikit spaghetti dan curahkan kuah carbonara ni kat atasnya dan hidangan ini sedia utk disantap.
  • SELAMAT MENCUBA UNTUK ADIK2 KAK NOOR SEMUA YA..


Disini kaknoor celurkan sikit bayam dan di gaulkan dengan spaghetti supaya nampak lebih contras ye dak kan...




Pada yang fav pasta boleh lah try resepi kaknoor ni ya
Memang sedap kaknoor suka lebih banyak kuah biar banjir baru besttt
Letak cili hiris baru kick berabis kata orang Brunei hehee..

27 comments:

  1. SALAM MAULIDUR RASUL NOOR..BGITU RESEPI CARBONARA YA..BARU TAU TQ NOOR BOLEH CUBA NANTI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama jugak utk P ya
      Ini resepi homemade P
      Takyah guna sis carbonara
      Kita buat sendiri je

      Delete
  2. teringin gak nak buat ni nanti boleh refer resepi kaknoor

    ReplyDelete
  3. aduh2 kak noor... menggoda betul lah spageti cabonara kak noor nih...
    bt prt berlagu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdondang sayang ke perut Dana tu
      Or sedang berlagu regge haha

      Delete
  4. Dah lama nak buat yang carbonara ni, tapi tak buat2... jamu mata jerlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali bercarbonsra mcm ni mmg syok jugak bunda, ubah selera kebarat sikit heheh

      Delete
  5. Kalau saya ke Brunei mau panjang list saya nak makan masakan Kak Noor ..hehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dah dekat hari tu tk mau singgah Idzwa
      Panjang no hal, tk cukup kertas pakai hp lagi hahaha

      Delete
  6. Nyum, nyum, Kak Noor...sedapnya spaghetti yang Kak Noor masak. Lebih kuah baru sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann PH mmg kena lebih kuah baru best versi banjir dan berair, kalau carbonara kuah ciput alahaiii kalau kt restoren mmg manyakkk tu kena ckp haha

      Delete
  7. Sedapnya kak noor. Maznee memang suka sangat spagetti carbonara ni. Sedapnya

    ikan salmon tu pulak kaya asid omega 3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg suka salmon mmg sedap Mazni
      Cuma mahaiii je salmon tu
      Mmg bagus yg kaya omega 3 ni kan

      Delete
  8. Assalam Kak Noor,
    cantik & nampak sedappp sangat spaghetti kak noor ni!!
    very creamy ..rasa nak dah dekat dah nak masuk mulut aje ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmusalam Ayu
      Hahaha lawaklah Ayu dh dekat benor ke dgn mulut tu hehe try la mana tau kali sampai betul dlm molot tu hihiii

      Delete
  9. Salam KN.....rindu saya tak? Hihi....
    Simple jer buat dia ye KN. Bila bila boleh try nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdg merindu Anom lah ni
      Gi mana ni sunyi je
      Tk ajak pun jalan eh

      Delete
  10. Salam maulidur rasul kak noor! boleh la aina mencuba resepi Kak noor lps ni.! mudah & nampak sedappppppp =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmuslm Aina
      Insya Allah boleh try lepas ni
      Mesti nk berkali2 lepas ni hehe

      Delete
  11. Minggu ini dah beberapa kali asyik pesan makanan ada salmon.
    Macam mengidam.
    Tengok ini nak pula pesan salmon lagi.
    Meleleh air liur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh betuk ngidam ke ni Diana??
      Salmon kan ke bagus utk semua org termasuk yg ngidam2 ni kannn pesan je bnyk2

      Delete
  12. Ada tambahan salmon itulah yg lebih sedap KakNoor.
    Kakak tak dpt makan dpt tengok jadilah hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah tengok mana tau terrajin nk masak kan kakzakie oklah tu menu sihat hehe

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home