Strawberry Homemade Jem Cupcake

Strawberry Homemade Jem Cupcake

Assalamualaikum 
Salam hari minggu untuk semua nya
Musim cuti-cuti ni apa kata kalau adik-adik mencuba resepi ni
Mudah je sebab guna tepung segera optima




Bahan-bahannya
 325 gm tepung optima ( tepung utk kek span instant )
175 gm mentega
5 biji telur gred A
50 gm air sejuk dari petiais
1 sudu kecil esen vanilla

Caranya

Semua bahan-bahan diatas dimasukkan dalam mixer dan dipukul sehingga gebu dan putih 
Masukan dalam loyang 10" x 10" nak bakar lah didalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 220'C  selama 30 minit 

Ini versi sebiji kek, tapi kali ni kaknoor guna cup-cup kecil mudah nak makan takyah potong
 Kurangkan masa membakar sebab kek ni kecil je pandai-pandai kurangkan suhu oven ok
Topingnya kaknoor gunakan homemade jem strawberry je malas nak bercheese lah konon kan

Boleh jugak menggunakan loyang 8" x 8" tapi mesti 2 loyang lah untuk buat dua lapisan.
Dah masak sejukan sekejab

Bahan untuk cream cheese
125 gm cream cheese Philadilphia
375 gm susu segar atau susu cair
35 gm gula 
40 gm tepung jagung
1/2 buku cheese cheddar diparut boleh jugak dikurangkan

Campurkan sedikit air kedalam tepung jagung dan gaullah sehingga sebati,masukan susu dan gula dan kacau sehingga sebati masak di atas api dengan api yang perlahan sehingga pekat
Angkat dan tutup api masukan cream cheese dan gaul  sehingga rata..
Lapislah kek span tu dengan cream cheese,letakkan kek span lagi sekali dan cream cheese dan akhirnya taburkan cheese cheddar yang telah di parut
Masukkan dalam petiais supaya mudah untuk memotong dan lebih sedap dimakan sejuk




Kaknoor sengaja tak letak cheese sebab nak rasa masam-masam manis jem strawberry dan buah strawberry tu, asyik dok bercheese saja kadang bosan jugak kan, sesekali insaf jugak haha..




Homemade jem strawbeery tu sebenarnya dari UK 
Memang banyak botol kaknoor bawa balik dari dulu masa gi strawberry packing
Sedar-sedar berbakul-bakul di kutip tak habis makan maka jadi lah jem ni
Sedap sebab kita guna fresh strawberry  lebih manis dan segar..

Untuk resepi jem nya
Kaknoor hanya masak buah strawberry yang di potong kecil lama-lama, takpayah masuk air tau, masukkan sedikit gula perang dan kulit kayu manis, masak dengan api kecil sehingga pekat dan hancur semua nya, itu je cara kaknoor mudah sangat..



Versi kecil macam ni senang nak masuk mulut
Tak payah kotor tangan nak potong-potong haha
Jom sila mencuba jika terbekenan ok..

12 comments:

  1. Assalam kak noor
    Mmg lain la tektur jem stoberi h/made ni.Nmpk kaya dgn stiberi sebenarnya..kalau beli yg ready made tu cam pekat ngn tepung jer kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam Lina
      memang sedap lah sbb kita yg buat sendiri ikut citarasa sendiri lah haha kann

      Delete
  2. terseksa tekak dan mata ni memandangnya kak noor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar lah duhai tekak Kam hehee
      kalau tekak minta diisi rajinkan kedapur lah Kam

      Delete
  3. Kak Noor... copet seketoi noo... bawak lariiikkk!

    ReplyDelete
  4. hahahaha kalau hilang kat atas tu mmg Amie lah tu yg larikannn
    hhahaa

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak noor...merah stobery tu buat saya telan air lior...huhuuu.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum knoor. masakan kak noor tak pernah tak sedap.bilalah boleh kenal kaknoor ni so boleh makan :)

    ReplyDelete
  7. Assalam Kak Noor,
    ermm nampak sedap strawberry jem kak noor tu..
    nampak pekat boleh terbayang kefreshness nya dan kesedapan rasa strawberynya tu..
    memang strawberry kat luar negeri tu manis2 belaka..
    kenapa yang datang kat negeri kita mostly masam2 eh..huhu

    ReplyDelete
  8. Kak Noor, kek kecik2 gini senang nak makan. Just masuk mulut ngap gitu. Kerja tukang masak pun lebih senang.

    ReplyDelete
  9. Cantik jadinya KN, kuning campur merah.....sedap dah tentulah kan.

    Sampai sekarang saya belum dapat aura rajin KN ni. Bilalah agaknya ek?

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home