All About

Good Food



Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semalam tersangat sibuk dengan macam-macam tempahan, hari ni baru dapat masuk ofis maya ni.
Alhamdulillah  semua nya dah sampai ke tangan customer happy sikit lah dengan feedback yang menggumbirankan.
Jom rileks kan minda dan mata pagi ni tengok pokok belimbing buluh dengan bunga yang cantik ni.
Kalau ada yang cakap tak cantik memang tak reti tengok lah tu hahaha
Jangan marahhh lawak santai pagi minggu ni..






Antara Kegunaan Belimbing Buluh Yang Kak Noor Intai Dari Internet.

Kegunaan
Buah belimbing buluh digunakan dalam perubatan tradisional untuk melembutkan kulit muka dan menghilangkan jerawat. Caranya ialah dengan memarut buah belimbing muda, sedikit air dicampurkan dan disapukan pada muka. Buahnya yang amat masam digunakan dalam masakan jenis kari untuk menggantikan cuka. Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan kotoran pada pakaian.
Jus belimbing buluh muda digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggikencing manis dan untuk menggelakkan pitam. Bunganya digunakan oleh sesetengah masyarakat untuk melegakan sakit gigi. Daun, bunga dan buah belimbing buluh yang direbus sehingga mendidih dalam kuantiti yang sama banyak dan diminum setiap pagi boleh menyembuhkan batuk.


Cara-cara perubatan
Sekiranya mengalami demam panas, anda boleh cuba petua di bawah;
1. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar.
2. Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat.
3. Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih.
4. Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit.
5. Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan.
6. Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.

Untuk penyakit darah tinggi
1. Ambil beberapa biji buah belimbing asam yang masih segar.
2. Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat.
3. Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya.
4. Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada pada waktu pagi ataupun petang.
5. Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu ataupun gula batu.



Bahan nya
Beberapa biji belimbing buluh di hiris nipis
1 biji bawang bombay di hiris
10 biji cilipadi
1 sudu kecil belacan bakar
3 biji limau kasturi ambil jus dan hiris kulit nya
sedikit daun sup atau daun bawang dihiris

Cara nya
Tumbuk cilipadi dan belacan bakar . Jangan terlalu hancur sangat tak sedap. Boleh jugak nak blender tapi lebih sedap kalau di tumbuk.  Gaulkan cili, belimbing, air limau dan kulit limau bersama garam dan sedikit gula.  Rasa lah ikut kesesuaian sendiri.  Sambal ni sedap dimakan dengan ikan bakar atau ikan lengat atau makan dengan nasi putih  dan ikan masin pun ok jugak. Selera ditangan sendiri.



Memang sedap kalau ada yang belum pernah try, rasa nya kena buat lagi dan lagi ni, sebab memang sedap jadi pelaris nasi kalau ada sambal belimbing ni.



ASSALAMUALAIKUM 
Selamat malam ya adinda-adinda semua.
Hari ni kaknoor nak show menu tempe ni, sejak ada bibik baru kena lah makan tempe selalu.
Lagipun bibik sorang ni tak reti nak makan ayam, daging segala, dia hanya makan tauhu tempe ikan masin dan sayur je.  Kak noor sebenar nya memang suka tempe, tapi dalam rumah ramai yang tak suka jadi nya malas lah nak beli, sekarang ni dah ada yang makan, kaknoor syoklah ada kawan makan tempe, ini resepi tempe dari bibik baru ni jom baca resepi jom.



Bahan nya

  • 3 keping tempe di potong  panjang 
  • 5 ulas bawang merah hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih hiris nipis
  • 3 biji cili merah besar di potong kecil
  • 20 biji cili padi hiris kecil 
  • 2 cm lengkuas  diketuk
  • 1 batang serai diketuk
  • 2 lembar daun salam
  • kicap manis secukupnya
  • 1 sudu teh garam halus
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 1/2 sendok teh serbuk perasa
  • minyak goreng secukupnya
  1. Panaskan minyak lalu goreng tempe yang sudah dipotong sampai benar-benar kering, angkat toskan
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak sampai wangi
  3. Masukkan daun salam, lengkuas dan serai, dikacau sampai layu
  4. Masukkan tempe yang sudah digoreng dan masukkan potongan cili  merah dan potongan cili padi
  5. Tambahkan kicap manis, gula pasir, garam dan secukup rasa
  6. Kacau semua bahan sampai bercampur rata dan tunggu sampai masak
  7. Tempe kering pedas manis siap untuk dinikmati


Ada tak yang suka tempe di sini??
Bagus tau kata orang makan tempe kulit jadi halus dan mulus haha
Tak tau lah sejauh mana kebenaran nya 
WALLAHUAKLAM



Sedap makan tempe ni dengan nasi panas dan sambal gesek.
Adus memang tak nampak telinga lah jawabnya.

Assalamualaikum dan salam kamis untuk semua yang masih sudi singgah di blog kaknoor.
Hari ni kaknoor hanya nak kongsikan sedikit renungan buat kita semua bagi mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan pada kita semua.  Sesungguhnya kita harus selalu pandang ke bawah baru lah terasa diri kita bertuah  dan sangat bersyukur diatas nikmat ALLAH brbanding dengan orang lain yang lebih kurang dari kita,  jangan sekali kita memandang keatas kerana ianya buat kita mengkufuri  nikmat Allah dan  semakin terasa tak cukup apa yang telah Allah berikan, bersyukurlah apa saja nikmat ALLAH kerana itu lah yang sudah ditetapkan untuk kita.
Begitu jugak dalam menjalani kehidupan seharian kita baik dengan jiran, saudara mara, rakan-rakan tempat kerja, rakan-rakan maya dan rakan-rakan reality kita, semua kerenah orang-orang sekeliling kita yang berbagai-bagai tu bagi mematangkan kita dan buat kita sentiasa bersabar dan bersyukur dan itu lah pelajaran yang harus diambil .
Selamat pagi dan selamat bersarapn dari kaknoor untuk semua nya.☺

ASSALAMUALAIKUM  dan salam sejahtera semua nya.
Petang semalam kaknoor membuat bawang goreng, biasa lah tukang masak memang tak puas kalau bawang goreng beli, macam-macam komplen banyak tepung lah , tak rangup lah, terlalu masin lah itu lah ini lah hahaha last-last kena lah buat sendiri supaya tak payah nak komplen lagi. 
Sebelum ni kaknoor ada kongsikan resepi bawang goreng yang di letak dengan tepung jagung, tapi baru-baru ni ternampak di fb ada yang letak tepung beras jadi kaknoor pun cuba lah, rupa nya yang menggunakan tepung beras ni memang lebih rangup dan tak berminyak 
Alhamdulillah dan akhirnya memang lah cepat habis sebalang kalau yang rangup macam ni.
Sedap dimakan dengan nasi goreng, mee goreng atau apa-apa menu kegemaran, hatta di ratah gitu lah adoiii sangat lah sedap nya.





Bahan nya
1/2 kg bawang merah di hiris nipis
2-3 ulas bawang putih hiris nipis
2 sudu besar tepung jagung *kali ni kaknoor letak tepung beras
sedikit garam dan gula utk perasa
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara nya
1.  Bawang merah dan putih yang telah dihiris perapkan dengan tepung jagung, garam dan gula.
2.  Biarkan selama 1/2 jam atau lebih.
3.  Panaskan minyak agak banyak untuk tenggelamkan bawang kita.
4.  Kalau sayang minyak masukkan sikit-sikit bawang tu dalam minyak .
5.  Goreng sampai agak kuning saja angkat dan tos kan.
6.  Gorenglah sehingga habis .

SEDIKIT TIP MENGGORENG

Tujuan letak bawang putih adalah untuk merangupkan bawang goreng
Masa menggoreng jangan sampai terlalu kuning  diatas api sebab bila kita angkat bawang tu akan lebih kuning.
Jadi agak-agak je tau sebab kalau terlalu kuning didalam minyak, bila kita angkat akan menjadi oren kecoklatan dan agak pahit jadinya..
Sedap di ratah kalau yang homemade ni rangup krup krap krup krap
Biarkan sehingga sejuk dan minyak nya kering baru masukkan dalam bekas kedap udara.

Alhamdulillah yang menggunakan tepung beras lebih rangup lagi dari yang tepung jagung, kalau tak percaya kena cuba lah kedua nya 



Bab potong-potong bawang ni kena lah bibik yang buat kan, kalau tak menangis tersedu-sedu lah  kaknoor tukang gaul tepung dan goreng je, nanti-nanti bila bibik dah pandai boleh lah lepas kan pada bibik untuk goreng bawang ni kan.



Assalamualaikum dan selamat petang.
Ini adalah kerepek dua tiga hari lepas selepas bibik lepas geram mengorek ubikayu di belakang rumah, kalau buat kueh lain yang kukus ke bakar ke memang kurang mendapat sambutan oleh anak-anak kaknoor ni, tapi kalau buat kerepek gini memang laju je licin. Jadi yang kukus panggang bako tu buat jugak tapi sedikit je sekadar untuk orang veteren ni yang terhingin.
Yang mudah ni jugak di cari oleh diaorang ni , tapi ok jugak kan mudah dan senang dan cepat jugak habis.


Bahan nya
Ubi kayu, garam dan minyak secukupnya

Cara nya
1. Kupas ubikayu, cuci bersih
2. Hiris nipis atau guna mandoline yang khas untuk kerepek ni
3. Rendam dalam air garam dan sedikit kunyit dan tos kan.
4. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan angkat dan tos kan.
5. Taburkan dengan cili flakes atau makan begitu saja pun dah sedap.
6. Simpan dalam bekas kedap udara.






Seruis cakap tak sampai dua hari habis ni kerepek kaknoor walaupun dapat dua balang besar, sebab sorang bawa kebilik untuk ngap-ngap, sorang lagi bawa ke ruang tamu utk jajan sambil tengok tv haha



Esuk lusa suruh bibik cabut lagi ubikayu tu biarin hari-hari makan ubikayu selagi tak jemu kan



Yang nipis memang sedap krup krap bunyi dia bila kita makan.
Tak sedar sebalang habis, apa lagi kalau ada pedas2 sikit memang terangkat, tak pandang orang lain dah bila makan ni. Itu lah nak sedap ni tak perlu yang terlalu complicated kan, yang simple macam ni pun dah kalau kita goreng dengan kasih sayang memang sedap gilerrr...



Assalamualaikum dan salam isnin
Sedikit renungan untuk ibu-ibu dan adik-adik yang belum 50 pun boleh baca jugak ni.

💥PESANAN PROF DR HARLINA.... ANAK BEKAS KADI SG. BESAR.

PADA YG 50, 50++,

Nasihat untuk KITA yang dah umur 50 tahun lebih ni.....

PERTAMA:
MASA MENGUMPUL HARTA SUDAH HABIS. FOKUS SEKARANG UNTUK GEMBIRAKAN ORANG

Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.

KEDUA:
JANGAN TINGGALKAN APA-APA UNTUK ANAK-ANAK. MEREKA PERLU USAHA DAN CARI SENDIRI

Rancang macam mana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini. Kalau mampu pergilah melancong.

Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

KETIGA:
BUAT KERJA JANGAN BERTANGGUH

Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

KEEMPAT:
DIDIKLAH ANAK CUCU DENGAN AGAMA

Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri.

Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

KELIMA:
KALAU SAKIT BERSABARLAH

Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.

KEENAM:
DUNIA NI BUKAN TEMPAT KAMU DAPAT APA YANG KAMU HENDAK

Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

KETUJUH:
BERSAMALAH DENGAN MEREKA YANG IKHLAS MENYAYANGI ANDA

Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan sahabat-sahabat anda. Merekalah yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.

KELAPAN:
BERLAPANG DADALAH

Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

KESEMBILAN:
SEGERALAH MEMBINA AKHIRAT ANDA. IA PASTI BERLAKU

Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik.

Jadi bersedialah! Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.

KESEPULUH:
BAYANGKANLAH KEGEMBIRAAN HIDUP DI SYURGA YANG KEKAL.
IA SANGAT HAMPIR

Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

Petikan:
PROFESSOR DR. HARLINA SHIRAJ
29 Dis 2015.


Assalamualaikum dan salam ahad untuk semua nya.
Selamat berehat di hari minggu ni ya.
Hari minggu makan pun simple dimple je
Kalau hari ni makan bihun sup je agak-agak boleh kenyang tak??
Ke mesti cari nasik jugak hahaa..
Kalau kat rumah kaknoor kalau hidangkan mee seharian anak-anak ok je
Cuma yang veteren ni kalau dah seharian mesti nak cari nak nasik sejuk jugak.
Nak buat cemana dah perut nasik, sehari tak kena nasik memang terasa kosong, walaupun makan bihun sup dua tiga pinggan...






Bihun Sup Utara

Bahan-bahan:

§  500 gm tulang daging
§  200 gm perut
§  1 bungkus bihun
§  Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga secukupnya

Bahan A
§  2 inci halia
§  2 biji bawang besar
§  3 ulas bawang putih
§  1 sudu jintan putih

Bahan tabur
Taugeh, daun sup, limau kasturi, daun bawang, bawang goreng, cili hiris, lobak masin.

Cara membuatnya
1.    Celurkan bihun dan ketepikan
2.    Bersih kan tulang dan perut dan rebus sehingga kedua-dua nya lembut.
3.    Mesinkan bahan A dan masukan kedalam air rebusan tulang.
4.    Masukan jugak kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga
5.    Masukan garam dan gula kedalam kuah sup dan kacau biar rata.
6.    Masa menghidang nya masukan bihun, daun sup, daun bawang, perut yg dihiris kecil, bawang goreng, lobak masin dan sambal cili dan boleh lah masukan kuah sup.


Cara membuat sambal cili merah
1.    Panaskan sedikit minyak dalam kuali masukan 3 ke 4 sudu cili kisar atau serbok cili.
2.    Kacau sehingga cili betul-betul masak masukan garam dan gula dah sesuai rasa bolehlah diangkat.

 


Bihun sup utara ni yang best nya kat sambal tu, mesti pedas baru best, nak bagi kick letak lah dua tiga sudu baru berpeluh puas hati makan kan...
Yang tak tahan pedas  boleh jugak letak sos cili je sebab pilihan di tangan sendiri.



Assalmualaikum dan salam sejahtera
Semalam kaknoor buat pau ni inti kacang hitam dan dan inti ayam.
Yang inti ayam tak sempat nak snap dah habis disantap anak-anak.
Tinggallah yang inti kacang hitam ni sebab anak-anak dan hubby tak suka kacang.
Nampaknya kaknoor lah yang habiskan pau kacang ni .
Nampak tak habatussauda yang hitam kat atas pau tu.
Untuk menandakan yang ayam dan kacang tapi sayang nya dah boliaw yang ayam nya.
OKlah nampak nya takde rezeki adik-adik semua nak tengok pau ayam kaknoor.
Jamu mata je lah dengan pau kacang hitam ni ya.

Resepi ni kaknoor intai dari blog YATIE MEMORIES memang tak rugi mencuba resepi dari blog Yatie ni cornfirm menjadi, untuk Yatie thanks ya kaknoor kongsikan resepi Yatie kat sini.




Bahan-Bahan
  • 1 kg tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*(bahan bertanda * diayak bersama)
BAHAN DILARUT BERSAMA
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 2 1/4 cwn air
  • 11 gm yis
  • 1 sudu  makan gula
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 1 biji telur
**Inti pilihan anda

Cara2nya

  1. Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung dan b.powder.
  2. Kacau bhn diatas hingga gula larut.
  3. Tuangkan sikit2 ke dlm tpng hingga menjadi doh tak melekat ditangan. Biarkan 5 minit.
  4. Ambil sedikit doh, leperkan & masukan inti pilihan, kemaskan dan alaskan dngn plastik/kertas minyak yg di potong kecil. Susun dlm loyang dan jarak2kan sedikit.
  5. Biar hingga doh naik 1 kali gnda (jngn terlalu naik, dah penuh 2 loyang pengukus saya mula mengukus)
    Kukus 7-10 minit (saya kukus 7 minit shj) balut tudung pengukus
  6. Buka tudung pengukus dan angkat kuih pau. Sejukkan di redai kek dan bolehlah di makan.
***Pastikan air betul2 mendidih bila hendak mengukus kuih pau. Balut penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis di permukaan kuih. 





Pau ni bolehlah dikatakan menu sihat jugak sebab ia nya kukus je kan, jadi eloklah sangatlah pada siapa yang nak berdiet buatlah pau ni banyak-banyak nak makan kukus je semula.



Paste kacang hitam ni kaknoor beli yang ready made je biasalah rajin ada sikit, malas nya ada banyak, tak kisah lah janji dapat makan pau homemade hasil titik peluh sendiri kan.
Jom jamu mata ya..



Assalamualaikum dan salam jumaat yang barokah.
Menu simple lagi untuk tatapan semua.
Sebenarnya ni menu pagi semalam selepas bibik mengorek ubikayu dibelakang rumah dengan banyaknya.  Yang paling cepat boleh makan ialah dengan rebus je, rebus pulak guna noxxa lagi cepat kan, dalam 3-4 minit dah boleh makan.  Sementara menunggu ubi masak boleh masak sambal hijau ni.  Pada yang suka memang sedap ubi kayu cicah sambal hijau ni.  Ada jugak yang suka cicah kelapa parut jadi letak je dua-dua pilihlah yang mana satu bekenan.

Resepi sambal hijau ni kaknoor ambik dari blog 
CIK MAT GEBU izinkan kaknoor letak di blog kaknoor resepi Cikmat ni ya.
Terimakasih banyak in advanced ya 




BAHAN-BAHANNYA :-)
8 biji cili hijau, cuci dan toskan
20 biji cili padi hijau thai, cuci dan toskan
5 biji bawang merah, hiris
1 biji tomato hijau, dicincang
1/2 genggam ikan bilis, dibersihkan, cuci, tos dan goreng garing
2 camca besar jus lemon
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kukus cili hijau dan cili padi selama 8 - 10 minit, angkat dan sejukkan. Kemudian tumbuk cili tadi bersama2 bawang merah hingga lumat. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga sambal garing, gunakan api perlahan dan kacau selalu.
  2. Masukkan jus lemon, kacau dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ubi rebus...



Kelapa ni sudah di gaul dengan garam sedikit, yang tak suka pedas boleh cicah ni je,  macam budak-budak lah jadi ni heee...



Tak payah nak story banyak memang confem sedap ni kalau ubikayu cicah sambal hijau.
Cepat siapa yang ada ubikayu boleh rebus guna noxxa cepat boleh makan tau haha
Memang pedesss sambal kaknoor ni boleh try siapa yang suka...



Assalamualaikum dan salam kamis untuk semua yang sudi singgah sini.
Hari ni kaknoor nak makan pulut lah ada yang nak join tak ni??
Memang sedap pulut gulung serunding ni, apa lagi kalau serunding free kita cuma masak pulut je
Nak makan mesti nak yang cantik-cantik jugak selain dari kita sendukkan letak dalam pinggan
Lepas tu letak serunding kat atas, kenapa tidak buat macam ni lebih cantik di pandang.
Idea ni kaknoor ambil dari blog KAK RUBY KAYUMANIS kebetulan dah serunding dalam frezer
Jadi rajin - rajin lah masak pulut dan gulung.






PULUT KUNING GULUNG BERINTI SERUNDING

Bahannya
500 gm beras pulut
2 cawan santan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
1/2 sudu teh garam
serunding secukupnya untuk inti

 Caranya
Cuci bersih beras pulut, kemudian rendam bersama kunyit, asam keping dan air, air biar lah menutupi beras pulut selama 1 malam.
Toskan beras dan buang asam keping, panaskan kukusan, bila air sudah mendidih, kukus lah beras pulut hingga masak.  Sementera itu satukan garam dan santan kacau hingga garam larut.
Bila pulut sudah masak, masukkan kedalam bekas besar dan masukkan santan secara sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.  Kukus pulut sekali lagi selama 10 minit, ini supaya pulut tahan lebih lama. (tidak cepat basi). 
Ambil pulut ratakan diatas loyang, ratakan dalam ukuran 11in x 7 in, kemudian letakkan serunding diatas pulut ratakan, gulung macam nak buat kek gulung.
Potong gunakan pisau plastik. 

*dalam 500gm pulut dapat 2 batang pulut gulung




Mesti ada yang teruja tengok close up pulut ni kan!!!




Sebenarnya kaknoor buat separuh saja dari resepi diatas dan gulung dalam daun pisang.



Ini lebihan yang di ambil untuk di jadikan model dalam pinggan tu.
Kesian kan jadi kaknoor letakkan jugak lah takut kecik ati pulak lebihan ni heheee...
Jangan marah hahh..............



Assalamulaikum dan salam rabu.
Masak apa agaknya hari ni adik-adik semua?
Hari-hari memasak memang tak tau menu apa lagi yang nak di masak kan.
Tambahan pulak memasak untuk orang yang banyak sangat pantang ni.
Biasa lah walaupun serumah tak semestinya selera sama kan!
Ada yang suka ayam, ada yang suka daging dan kambing, ada yang suka seafood, ada jugak yang langsung tak mau seafood, ada suka sayur ada jugak yang langsung tak mau makan sayur.
Jadi untuk save kan masa tukang masak kena pandai jugak kan, hari ni masak ayam, kalau ayam memang semua nya makan, kecuali kalau masak daging mesti nak kena masak ayam atau ikan, sebab seseorang tu tak mau langsung makan daging haha aduhhh...
Ayam kali ni rasa lebih simple main bako je dalam oven mudah sangat, jom baca resepi kat bawah ni.
Resepi dari Pinterest lah ni yang kaknoor ikut dan di tukar ke bahasa melayu.






Bahan nya
2 sudu besar minyak zaiton//minyak jagung
5 ulas bawang putih cincang
1/3 cawan air rebusan ayam atau stok ayam
1 biji parutan kulit lemon
1 biji lemon di ambil jus
1/2 sudu kecil oregano kering kaknoor guna oregano segar
1/2 sudu kecil thyme kering
3 boneless atau dada ayam kaknoor guna hole chicken
garam kasar, lada hitam tumbuk secukupnya
1 biji lemon di potong wedges

Cara nya
1.  Panaskan oven 150'C ikut kepanasan oven masing-masing.
2.  Panaskan minyak zaiton didalam kuali, masukkan bawang putih dan tumislah sehingga kuning.
3.  Masukan air rebusan ayam atau stok ayam, parutan lemon, jus lemon, oregano dan thyme.
4.  Tuangkan di dalam bekas yang telah disediakan.
5.  Salutkan ayam dengan garam dan lada hitam yang telah di tumbuh sehingga rata.
6.  Masukkan ayam kedalam campuran air lemon didalam bekas tahan panas bersama dengan potongan lemon wedges dan sedikit thyme.
7.  Bakarlah selama 30 - 40 minit atau sehingga masak.
8.  Hidangkan lah panas bersama nasi putih atau apa saja fav family.




Disini kaknoor lebihkan ayam jadi nya semua bahan di lebihkan lah agak-agak dan pandai-pandai sendiri lah ok.




Sesudah di ovenkan periuk kita memang nampak macam kotor sikit, sabor je lah lepas tu kena cuci bersih-bersih simpan lemari hehe, first time pakai tu jangan tak tau!! hahaha jangan marah ya saja suka suki je..



Kalau nak tau rasa ayam ni memang lah rasa masam - masam sikit lah tapi sedap kata pak haji kaknoor sebab fav dia memang yang masam2 ni, nasib baik mak andeh dia tak suka masam, suka wangi haha...



Assalamualikum dan selamat pagi
Semalam kaknoor try resepi brownis kedut ni kata nyaaaa, tapi bila di bakar tak kedut pun.
Tak tau salah nya dimana, mungkin jugak jenis coklat yang kaknoor guna tak sama atau sebab kaknoor letak dalam acuan muffin maka nya brownis kaknoor jadi macam tu.
WALLAHUAKLAM tapi walaupun takde kedut rasa nya memang sedap dan moist.
Kak noor suka brownis yang sedikit lembab dua tiga biji pun boleh habis.
Tapi sayang kat atas brownis tu agak hitem mungkin oven nya kuat salah set sebab kalau untuk yang kecil-kecil macam ni kena kurangkan temperature sikit.



Ini lah resepi brownis kedut yang kaknoor kongsi kat Fb yang tak kedut tu.
Tak kisahlah janji sedap kan

BROWNIES KEDUT
BAHAN A
400 gm - Beryls Dark Chocolate
130 gm - Butter
*masak kedua bahan di atas dengan kaedah water boil. Setelah cair dan sebati, ketepikan.
BAHAN B
100 gm - Gula perang
100 gm - Gula castor
1/2 st - Esen vanila
30 gm - Serbuk chocolate
110 gm - Tepung naik sendiri
4 biji telur A
Cara-cara :-
1) Satukan kesemua bahan di atas di dalam mangkuk, gaul hingga sebati dan tidak berketul.
2) Campurkan dengan BAHAN A.
3) Sediakan dulang saiz 10*10. Lapik dengan kertas minyak, pastikan kertas minyak melebihi sisi kiri dan kanan loyang supaya senang diangkat.
4) Masukkan bahan yang diadun ke dalam loyang dan ratakan.
5) Bakar pada suhu 200c/30 minit api atas bawah. Suhu mengikut saiz oven masing-masing.




Nampak tak kemoistsan brownis ni , abaikan tangan besor tu.
Tangan tukang masak memang selalu besor kan kalau tak cemana nak kacau masakan ye dok!!

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Pagi ni kaknoor nak kongsikan pemberian dari rakan-rakan sahabat maya kaknoor.
Yalah teknoloji kalau kita guna kan dengan cara baik, memang jadi baik lah, tapi kalau disalah guna memang sebaliknya lah berlaku.
Sebenarnya kiriman ni bukan lah di minta pun tapi keikhlasan kenkawan dan sahabat nak memberi  ni buat kaknoor terharu, gambar yang pertama tu kiriman dari sahabat fb dari Perak segala rempah dan bilis pangkor yang sedap.
Gambar yang dibawah tu adalah kiriman dari sahabat dari Ganu Kite biji benih macam-macam sebab dia tau kaknoor minat untuk menanam segala cili dan sayuran. Nampak nya lepas ni kaknoor boleh buat kebun utk tanam segala biji benih ni. Mudahan menjadi lah bakal kebun kaknoor nanti ya. Insya Allah kalau menjadi memang tak payah beli sayuran dan cili lagi kan.
Gambar yang dibawah-bawah lagi tu biasa lah bila kaknoor nak ambik gambar mesti ada cucunda ni kacau macam-macam aksi dia, layan je lah ya anggaplah Iman jadi model untuk segala biji benih maktok nya hari ni.
Ok lah salam isnin dari kaknoor utk semuanya dan selamat bersibuk-sibuk ya.






ASSALAMUALAIKUM dan salam ahad untuk semua ya.
TERIMAKASIH kerana masih sudi singgah di blog orang veteren ni.
HARI ni kaknoor nak kongsikan resepi nasi ayam hainan tapi kaknoor tak lah ikut bulat-bulat resepi ni sebab terlalu banyak bahan dan banyak step rasa nya. Jadi nya kaknoor shortcut sikit lagipun tkde yang paksa pun ikut sangat resepi ni kan, sukahati kita lah haha..
TAPI bagi yang nak resepi asal dibawah ni kaknoor letakkan resepi nya yang kaknoor intai dari blog




Resepi Nasi Ayam Hainan
Bahan-Bahan untuk Ayam Hainan
(5-6 orang) 

1 ekor ayam
3 biji bawang putih dicincang halus atau dicampur
1/2 buku halia saiz sederhana (dipotong nipis)
1 kiub pati ayam maggi
Sedikit garam 


Bahan-Bahan untuk Nasi Ayam Hainan
3 mug beras (mug standard tinggi adalah 4 inci.)
4½ mug air
2 inci halia (diketuk)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar majerin
3 ketul kuib ayam
2 helai daun pandan
Bahan-Bahan untuk Sambal 
1 biji capcicum merah
(boleh digantikan dengan lada merah)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan 


Bahan-Bahan untuk Kicap 
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula 


Bahan-Bahan untuk Sup 
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
Daun sup
Lobak merah
1 sup bunjut
Secubit garam 


Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan 

1 batang timun (dihiris) 2 biji buah tomato (dihiris) Salad (dihiris) Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup) Minyak bijan (ditabur ke atas ayam yang telah dipotong) 


Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Hainan 

1. Masakkan air sebanyak 4½ mug bersama dengan 3 kuib ayam.
2. Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.
3. Panaskan periuk dan cairkan majerin.
4. Masukkan bawang putih dan halia.
5. Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit.
6. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.
7. Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk nasi.
8. Masukkan daun pandan dan biarkan ia tanak sehingga masak.
9. Leraikan dengan garfu setelah nasi masak. 




Cara-Cara untuk Menyediakan Ayam Hainan 

1. Mula-mula letaklan seekor ayam dalam periuk dan masukkan air.
2. Biarkan ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia.
3. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan kiub pati ayam, rebus ayam sehingga masak lebih kurang 1/2 jam.
4. Angkat ayam dan ketepikan dahulu.
5. Selepas itu, bakarkan ayam tersebut dalam ketuhar sekejap lagi sehingga masak.
6. Potongkan ayam tersebut semasa ingin makan dengan nasi.
7. Letakkan sedikit kicap cair dan renjiskan sedikit minyak bijan di atas ayam tersebut.
8. Jangan membuangkan baki air ayam sebab boleh digunakan untuk memasak sup. 


Cara-Cara untuk Menyediakan Sambal 
1. Kisarkan semua bahan.
2. Masakkan semua bahan di dalam kuali dengan api sederhana sehingga kuah sos tersebut telah pekat dan sedia untuk digunakan. 


Cara-Cara untuk Menyediakan Kicap 

1. Campurkan semua bahan dan masak di dalam periuk sehingga mendidih.
Tips: Letakkan serbuk limau nipis dapat memberikan rasa limau yang segar kepada sos cili. Sos cili tersebut tidak perlu dimasak dan boleh tahan selama 1 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk. Batang ketumbar akan memberikan aroma yg wangi sekali tanpa membuat sos berwarna hijau.



Cara-Cara untuk Menyediakan Sup Ayam
 1. Masakkan sup ayam di dalam periuk lain sehingga mendidih.
2. Masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi.
3. Perasakan garamya dengan segera.
4. Akhir sekali masukkan pula daun sup dan tutupkan api. 





Ikut versi kaknoor macam dalam gambar ni, takde sambal kicap dan sup pun sebab macam dah tak sabar nak makan, jadi di shortcut je lah, ini pun dah habis sepeyok jugak, kalau lengkap ikut resepi ni tak tau lah mau dua tiga peyok jugak ni.



Kalau ada yang terlebih rajin bolehlah buat lengkap macam resepi yang kat atas tu, memang sedap dan wangi nasi ayam hainan ni.  Hubby kaknoor memang suka macam ni sebab ayam nya lebih lebih lembut, tapi kalau kaknoor memang suka nasi ayam biasa yang di goreng lagi selepas di rebus.
Selera masing-masing kan, nak buat macamana walaupun serumah macam-macam taste berbeza, sebagai tukang masak ikut  jelah selagi terdaya.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home