All About

Good Food


ASSALAMUALAIKUM 
Salam isnin untuk semua nya.
Semalam melawat kebun tepi rumah yang diusahakan oleh pembantu hehe..
Kaknoor tolong tengok je..
Taklah banyak sangat tanaman nya, untuk hari ni kaknoor tunjuk sikit dulu ya..



Sebenarnya lebihkurang 2 minggu lepas memang nampak timun ni berbunga lebat.
INgat belum ada buah yang jadi.



Sekali bila di sekodeng dekat-dekat menang betul dah agak besar jugak buah timun ni.
Alhamdulillah kali ni baru best dapat makan timun hasil tanaman sendiri lebih sihat kan takde racun segala.



Lagi buah timun yang dah besar memang best terpaksa kaknoor bongkokkan badan untuk mengambil gambar timun ni tau!!



Ini kebun kesum kaknoor, hari tu dah nak mati dan kering, lepas tu kaknoor potong, dan selalu siram dengan air yang banyak-banyak, kalau terendam lagi baik kesum ni, lepas tu tengok lah subur kan kesum ni anytime boleh buat asam pedas, laksa, nasi kerabu dan apa saja yang tergerak nak letak kesum ni kan.



Jagung pun dah tinggi jugak ni, alhamdulillah dapat bibik yang rajin buat kerja luar, sekurangnya hijau lah sikit rumah kaknoor yang dulu nya agak usang haha...
Sekarang ni sana sini hijauuuu....


Mesti ramai yang dah tau bunga telang ni, biasa nya kita ambil bunga telang ni untuk buat nasi kerabu, tapi baru ni ada kawan kaknoor bagitau bunga telang ni boleh buat jus jugak tau, tapi belum cuba lah, jadi biru lah jus ni, tapi kalau ada yang tak suka biru boleh perahkan air limau dalam jus ni dan warna nya akan bertukar pink, kabar nya lah kaknoor belum try lagi.  Jugak boleh buat laksam bunga telang jugak wah banyaknya kegunaan bunga telang ni kan...

Tunggu masa santai sikit kaknoor nak buat laksam bunga telang hehee
Angan-angan dulu mudahan menjadi.

Assalamualaikum
Hari ni first time kaknoor buat wordless
Biasalah kan hari minggu hari santai dan rehat jadi biarlah wordless je berbicara.

ASSALAMUALAIKUM 
Salam manis dan selama berhujung minggu untuk semua nya.
Makan apa agak nya adinda blogger time weekend ni ya.
Kalau kaknoor memang nak yang simple dimple macam ni je
Jom makan mee udang cara kaknoor yang simple
Janji kenyang ya dak!!






Mee Udang Kak Noor Style
Resepi :  Bicara Kak Noor


BAHAN UNTUK KUAH
1 kilo udang sederhana besar direbus sekejab
4 bungkus perencah mee bandung ADABI yang paling kecil
4 biji telur
1/2 cawan cili sos
1 - 2 sudu cili kering kisar
5 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
sedikit minyak
garam dan gula


CARA

  • Tumiskan bahan tumbuk dan sehingga layu dan masukan cili kisar dan gorenglah sehingga wangi.
  • Masukan perencah mee bandung dan air rebusan udang dan didihkan * air rebusan bergantung kepada keperluan family sendiri lah ya nak pekat atau sedikit cair.
  • Tambahkan cili sos, garam dan gula
  • Bila dah secukup rasa boleh lah masukan udang dan pecahkan telur dan biarkan sekejab baru lah di kacau, supaya telur tidak terlalu hancur.
  • Kuah dah siap untuk di makan dengan mee.
SEDIKIT TIPS
Masa merebus udang biarlah dengan kulitnya supaya lebih manis.  Bila nak hidangkan barulah di kopek isi udang supaya lebih senang untuk di santap.

BAHAN LAIN
Mee kering di rebus sehingga lembut dan lumurkan dengan minyak bijan
Sedikit daun sup atau daun bawang
Sedikit taugeh
Beberapa biji limau kasturi

Mee udang memang sedap di makan panas-panas, lepas kuah nya siap, masukkan mee dalam pinggan, letakkan perencah yang lain, dan tuangkan kuah di atas mee, memang sedap sangat di tambah cili hiris kalau suka yang pedas.



Mesti ada yang dah menitiskan air liur ni kan, hahaha, saje lah nak tayang-tayang supaya adinda semua rajin ke dapur, jangan lah asyik makan luaw je sesekali masak lah mee udang ni memang marbeles tau terutama kalau udangnya besaw 
Tapi kolestrol pun besaw lah jugak kannnn


Assalamualaikum adinda-adinda blogger!!
Alhamdulillah semalam kaknoor menerima berita yang cukup menggumbirakan iaitu anakanda sulung kaknoor sudah menerima panggilan untuk bekerja sebagai pensyarah di universiti di Brunei ni.

Memang sejak habis PhD tahun lepas baru kini dipanggil untuk bekerja.  Syukur Alhamdulillah diatas rezeki Allah ini, sebab sekarang ni di Brunei memang agak susah untuk mendapat kerja walaupun lulusan luar negara. Syukurlah pada Allah diatas nikmat ni.

Semoga anakanda mama Dr Noor Faizah lepas ni menumpukan sepenuh perhatian pada bidang pekerjaan pulak, lagipun dah 21 tahun dok belajar saja bermula dari sekolah rendah hingga ke PhD ni, kalau kaknoor memang dah fenin tu terlalu banyak belajar hehe.

Oklah cukup dulu utk kali ini jumpa di lain entry ya, salam manis tanpa gula dari kaknoor.


ASSALAMUALAIKUM 
Salam rabu untuk siapa saja yang sudi kesini.
Semenjak dua menjak kaknoor memang busy dengan kelas membaking.
Jadi masa nya sangat terhad untuk mengupdate blog dan berceloteh panjang jugak berkunjung di blog adik-adik semua.
Insya ALLAH lepas ni boleh lah meronda ke blog adik-adik semua.
Jom nak pekena nasi lemak dulu jom dah kenyang baru best jenjalan kan....







 Sambal Bilis

1 cawan ikan bilis yang sudah digoreng
3 sudu cili kering kisar
5 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
sedikit belacan
1 sudu air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Caranya
Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan tumbuk sehingga wangi masukan cili kisar
Kacau sehingga cili pecah minyak masukan air asam jawa, belacan, garam dan gula.
Dah secukup rasa masukan ikan bilis goreng tadi
Sedia untuk dihidangkan dengan nasi lemak tadi

 Nasi lemak pandan
6 ke 7 helai daun pandan di kisar bersama air utk di campur dengan santan.
Kak Noor kisar  bawang besar 1 biji, halia 1/2 inci, dan 1/2 inci lengkuas, campur semua bersama santan dan air daun pandan,  sukat lah beras, kak Noor guna 2 cawan beras wangi, jadi santan nya antara 2 1/2  ke 3 cawan lah, dan masak lah macam biasa masukan dalam rice cooker dan jangan lupa garam tau!!

Ayam goreng rempah
1/2 ekor ayam di potong besar di bersihkan
3 batang serai *
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
1/2 inci kunyit hidup *
1 biji bawang besar *

Cara
Kisar bahan yang bertanda * dan lumurkan pada ayam bersama dengan garam dan sedikit gula merah, peraplah dalam dua tiga jam kemudian gorenglah sehingga garing dan masak dan sedia dihidangkan bersama dengan nasi.



Untuk telur dadar tu hanya kaknoor campurkan telur, susu dan kacang panjang dan perasa, pastu gorenglah dalam kuali tak melekat dan gulung-gulung saja. Makan dengan nasi lemak memang sedapp sehingga bertambah-tambah nasi U...

Assalamualaikum dan selamat malam.
Hari ni memang seharian dalam kelas membaking dari cef Aini dari Singapore tu.  Entry sebelum ni ada kaknoor bagitau attend  kelas baking kan, memang tak sempat kalau sehari jadi kaknoor ambil dua hari.  Jadi ini lah hasil pembelajaran tu, jamu mata saja ok !!!
Kalau ada yang nak menempah insya Allah bolehh !! tapi resepi tak boleh bagi lah hehe sebab attend kelas pun bayar ratusan jugak ni untuk belasan resepi kek lapis dan roll.
Tapi konfem kek lapis dan roll resepi dari chef Aini Salim ni memang sedap sangat lembut giler U, tak puas makan...

Insya Allah sebelum chef balik Singapore kaknoor akan attend satu lagi kelas tau tungguuuuu gambar- gambar nya nanti tau!!!


ASSALAMUALAIKUM 

Salam sabtu untuk semua nya, ni kari pagi tadi anak-anak teringin nak makan dengan roti canai, jadi kaknoor buat lah kari takde santan ni, rupa nya yang takde santan ni lebih wangi tau, kalau basuh tangan tu walaupun guna sabun masih terasa rempah-rempah yang terkandong di dalam tu.
Tak percaya kena buat sendiri.  Sesekali kita simpan lah santan tu dulu kan, rasa nya the next time kalau buat kari mesti tak mau guna santan lah sebab lebih sedappp dan power, lain kali try buat kari ayam ke, daging mesti lebih sihat tanpa santan kan...




Kebetulan rakan Fb kaknoor baru je buat kari takde santan ni itu lah macam teringin je nak cuba, bila dah cuba memang terlajak sedap.


Ini gambar dari Fb kawan kaknoor tu


Ini jugak gambar dari Maslinda


Ini pun tau

Kari Ayam Nasi Kandar ( tanpa santan)
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam - di potong ikut citarasa dan dibersihkan
2 biji bawang besar dihiris (untuk tumis)
2 sudu besar pes bahan kisar~~~ halia (1 inci) + bawang putih (3 ulas) + bawang merah kecil (5biji)
2 biji cili hijau @ cili merah - di kerat 2
2 biji tomato - setiap biji dipotong 12
2 tangkai daun pudina
2 helai daun pandan
4 tangkai daun kari
2 biji kentang sederhana besar, di kopek dan di potong 4
Air secukupnya (anggaran 1.5liter) atau ikut citarasa kepekatan yang anda diperlukan
1/2 cawan minyak masak untuk menumis
1 kiub pati ayam
1 sudu kecil asam jawa adabi
Sedikit gula
Garam secukup rasa

Bahan2 rempah
5 sudu besar serbuk rempah kari babas
1 keping kayu manis ( anggaran 2 inci )
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kas2 - optional
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk garam masala

Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga, bila dah naik bau, masuk daun pandan....perlahankan api dapur...
- Masukkan hirisan bawang, goreng sehingga hirisan bawang bertukar kepasa warna keemasan, masukkan pes halia bawang putih & bawang merah kecil...
- Bila campuran ini mula keluarkan bau wangi, masukkan pes rempah (pes rempah ini boleh disediakan dengan adunkan rempah kari ayam, serbuk kunyit,jintan putih, kas-kas dan cili serbuk dengan sedikit air dan jadikan pes)...
- Masukkan ketulan ayam dan kacau serata untuk rempah disaluti ketulan ayam dalam 3-4 minit...Proses semua campuran ini digoreng hingga warna kekuningan....
- Masukan bahan perencah bersama sedikit air...Kacau aduan sehingga sebatian ini mengeluarkan bau yang harum...
- Masukan daun kari di ikuti dengan ketulan ayam sehingga ketulan ayam tadi sebati dengan bahan rempah...Dalam proses ini api dapur mestilah kecil supaya rempah ini tidak hangus.
- Masukkan air dan diikuti ubi kentang dan tomato... Kemudian masukkan juga garam, pati ayam, pes asam jawa & sedikit gula...Besarkan api dapur dan biarkan kuah kari anda mendidih selama 20 minit....
- Kecilkan api dapur dan biarkan kari dalam keadaan mereneh selama lebih kurang 15 minit lagi atau sehingga ubi kentang dan ketulan ayam anda masak sempurna...Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kehilangan dari dagingnya...
-Sekiranya kuah anda pekat dan ingin cairkan jangan gunakan air biasa tetapi gunakan air yang panas mendidih...Bila gunakan air biasa kari anda akan wujudkan dua lapisan, dengan rempah kari akan terapung di atas permukaan atas dan air dibawah.
- Masukan tomato, cili hijau @ cili merah dan garam masala dan garam... Kacau rata supaya minyak tidak terapung di atas permukaan kari....
- Bila kuah kari anda mula mendidih semula, matikan api dapur dan kari dah siap untuk di hidangkan...
- Taburkan daun pudina di atas kari dan hidangkan..

Tips:
1. Kepekatan kari anda bergantung berapa lama anda masak kari anda dan biasanya faktor yang memekatkan kari anda adalah gelatin yang dihasilkan oleh collagen dalam ayam semasa proses renehan kari....Collagen yang banyak terdapat dalam ayam ialah bahagian kaki dan leher.... Jadi, untuk hasil yg lebih sedap gunakan kaki ayam dan leher dalam masakan kari...
2. Sekiranya anda ingin bubuh santan boleh juga.. Untuk seekor ayam lebih kurang 1/2 cawan santan pekat dah memadai..


Terimakasih banyak untuk Maslinda yang sudi kongsi resepi ni, memang sedap sangat, sesuai bangat untuk di cicah dengan roti canai, capati atau seumpama nya. Anak-anak bagi 10 markah oklah tu memang mama nya kembanglagi dan lagi lah kan...


Selamat malam semuanya.

Hari ni seharian membaking dengan chef Aini, Alhamdulillah banyak dapat tips dan secret membaking kek lapis.

Bukan senang jugak nak berdating dengan chef ni, alhamdulillah kali semasa chef Aini di Brunei sempat kaknoor belajar dengan chef yang sangat banyak pengalaman dalam dunia lapis melapis kek.

Sebab itu kek lapis ni mahal harga nya, telur yang digunakan utk sebijik kek ni ada yang hampir satu tray means 30 biji jangan terkejut pulak tau!!!

Maka nya kek lapis ni sedap dan lembut jugak tahan lama sebab bahan yang digunakan memang terbaik lah. Lepas ni boleh lah try baking kek lapis pulak hehe
Mudahan lah menjadi yee..

Oklah cukup untuk malam ni
Happy weekend lagi ya
Macam sekejab je esuk dah weekend pulak!!


Assalamualaikum dan selamat malam untuk semuanya.
Hari ni takde resepi ya, hari ni jom kita renungkan amalan-amalan sunnah yang seharusnya kita lakukan, samaada lelaki atau perempuan.  Semoga ia nya berfaedah untuk semua yang sudi menbaca nya. Sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu dari kelemahan kaknoor sendiri 
WALLAHUAKLAM.





Sunnah-Sunnah Secara Umum Yang Dilakukan Pada Hari Jumaat 


1. Memperbanyak Sholawat Nabi
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumat, maka perbanyaklah sholawat kepadaku di dalamnya, karena sholawat kalian akan ditunjukkan kepadaku, para sahabat berkata: ‘Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?’ Nabi bersabda: ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.” (Shohih. HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)
2. Mandi Jumat
Mandi pada hari Jumat wajib hukumnya bagi setiap muslim yang balig berdasarkan hadits Abu Sa’id Al Khudri, di mana Rasulullah bersabda yang artinya, “Mandi pada hari Jumat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.” (HR. Bukhori dan Muslim). Mandi Jumat ini diwajibkan bagi setiap muslim pria yang telah baligh, tetapi tidak wajib bagi anak-anak, wanita, orang sakit dan musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat sholat Jumat. Adapun tata cara mandi Jumat ini seperti halnya mandi janabah biasa. Rasulullah bersabda yang artinya, “Barang siapa mandi Jumat seperti mandi janabah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
3. Menggunakan Minyak Wangi
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Barang siapa mandi pada hari Jumat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu sholat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulai khotbah, ia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumat ini sampai Jumat berikutnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
4. Bersegera Untuk Berangkat ke Masjid
Anas bin Malik berkata, “Kami berpagi-pagi menuju sholat Jumat dan tidur siang setelah sholat Jumat.” (HR. Bukhari). Al Hafidz Ibnu Hajar berkata, “Makna hadits ini yaitu para sahabat memulai sholat Jumat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang, berbeda dengan kebiasaan mereka pada sholat zuhur ketika panas, sesungguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian sholat ketika matahari telah rendah panasnya.” (Lihat Fathul Bari II/388)
5. Sholat Sunnah Ketika Menunggu Imam atau Khatib
Abu Huroiroh radhiallahu ‘anhu menuturkan bahwa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda, “Barang siapa mandi kemudian datang untuk sholat Jumat, lalu ia sholat semampunya dan dia diam mendengarkan khotbah hingga selesai, kemudian sholat bersama imam maka akan diampuni dosanya mulai jum’at ini sampai jum’at berikutnya ditambah tiga hari.” (HR. Muslim)
6. Tidak Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhotbah
“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahwa Rasulullah melarang Al Habwah (duduk sambil memegang lutut) pada saat sholat Jumat ketika imam sedang berkhotbah.” (Hasan. HR. Abu Dawud, Tirmidzi)
7. Sholat Sunnah Setelah Sholat Jumat
Rasulullah bersabda yang artinya, “Apabila kalian telah selesai mengerjakan sholat Jumat, maka sholatlah empat rakaat.” Amr menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahwa Suhail berkata, “Apabila engkau tergesa-gesa karena sesuatu, maka sholatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.” (HR. Muslim, Tirmidzi)
8. Membaca Surat Al Kahfi
Nabi bersabda yang artinya, “Barang siapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jumat maka Allah akan meneranginya di antara dua Jumat.” (HR. Imam Hakim dalam Mustadrok, dan beliau menshahihkannya)

Demikianlah sekelumit etika yang seharusnya diperhatikan bagi setiap muslim yang hendak menghidupkan ajaran Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika di hari Jumat. Semoga kita menjadi hamba-Nya yang senantiasa di atas sunnah Nabi-Nya dan selalu istiqomah di atas jalan-Nya.




Assalamualaikum 
Salam kamis nan indah dari Brunei Darussalam
Apa kabar agak nya adik-adik blogger semua hari ni ya.
Resepi hari ni resepi lama lagi ni entahlah sekarang ni suka pulak dengan resepi lama
Hari-hari dok teringat nak try resepi lama mungkin sebab tukang masaknya dah lama
Jadi nya keinginan pun yang lama-lama jugak.
Oklah tu kan kata orang se iring usia jangan orang lama tapi taste masih muda kan
Malu kat anak cucu hihi kannnnn....

Mudah sangat resepi sebab tak guna telur masak pun kejab je, resepi terjumpa kat Fb tak ingat yang sapa punya, tapi halal kan lah ya siapa punya resepi tu kaknoor letak dalam blog ni sebagai rujukan anak-anak dan rakan-rakan yang lain.


KEK BATIK MILO

Bahan nya
200 gm milo
250 gm mentega
1/2 tin susu pekat manis
1/2 peket roti merie
sedikit serbuk koko

Cara nya
1.  Cairkan mentega.
2.  Masukkan milo dan serbuk koko dan kacau sehingga sebati dan tutup api.
3.  Patahkan biskut merie masukkan dalam adunan dan kacau perlahan-lahan.
4.  Bila dah sebati tuangkan adunan dalam bekas yang telah di lapis plastik.
5.  Tekan dengan senduk kayu supaya adunan padat.
6.  Taburkan dengan serbuk milo di atas nya dan boleh lah di sejukkan selama 2-3 jam
7.  Kek batik kita sudah boleh di potong dan di nikmati.




Resepi ni kaknoor lebihkan biskut merie tu sebab sayang di tinggalkan memang tak habis di makan, jadi masukkan je, bila biskut banyak kek ni jadi agak crunchy sikit dek biskut tu. Tapi kalau ada yang suka lembab-lembab boleh lah ikut sukatan yang di bagi tu.



Dulu-dulu pernah try tapi yang bertelur memang kena pukul lebih sikitlah , mudahnya yang tak bertelur ni lebih cepat siap hahaha


Bunga raya bunga dedap
Pohonnya pendek tak guna galah
Anak-anak kata sedappppp
Mama pun apa lagi kembang lah

He He He....
Jangan marah....
Jawab kalau ada yang berani!!!

ASSALAMUALAIKUM 
Selamat pagi dan semoga sejahtera hendaknya.
Pagi ni kaknoor nak kongsikan sekali lagi resepi ubikayu, al maklum lah bila dah banjir dengan ubi kayu dah tak tau nak buat apa dah.  Teringat dah lama tak makan pengat ni, maka hari ni jadi lah menu pengat ubikayu manis menawan ni, resepi nya mudah sangat pun...




BAHAN NYA
2 batang ubikayu di rebus sehingga masak, potong kecil
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 ketul gula melaka, nak kurang atau lebih terpulang selera masing-masing
3 helai daun pandan
sagu secukupnya di rendam dengan air sejuk
sedikit garam

CARA NYA
Masukkan santan cair, daun pandan, sagu, gula melaka dalam periuk. Masaklah sehingga mendidih denga api yang sederhana.  Tambahkan dengan sedikit garam, ubikayu dan santan pekat. Pastikan kita selalu kacau supaya santan tak pecah minyak.  Kalau santan dah pecah minyak pengat kita dah tak cantik dan rasa pun menang kurang lemak sebab santan dah jadi minyak hehe kan. Pengat ni sedap dimakan di waktu bila-bila masa saja yang kita rasa nak makan walaupun tengahmalam takde yang melarang kan....



Ini ubikayu jenis kuning, kata orang Brunei ubi mentega, memang sedap dan lembut sangat.



Dah tersedia sesudu tu ada tak yang minta di suap kan!!!


Memang lemak manis dan sedap sangat pengat ubi ni, lagipun ubi ni baru di korek, pastu terus masak adoiii cakap pun tak guna lah, Jamu mata ok wahai adinda-adinda kaknoor semua.





ASSALAMUALAIKUM 
Salam selasa untuk semua nya.
Semalam kaknoor buat rendang pucuk ubi ni, dah tayang kat FB memang malatop you!!
Kak noor masak rendang ni bahan nya sama saja dengan rendang daging atau ayam cuma digantikan dengan pucuk ubi.  Pucuk ubi tak payah di rebus dulu tau! terus saja masuk setelah di cuci, baru lah rasa nya original dan masih ada rasa pahit-pahit pucuk ubi tu, kalau kita rebus, memang dah rasa macam tak manis lah sebab air nya dah kena buang kan...



RENDANG PUCUK UBI

BAHAN NYA
Pucuk ubi secukupnya dibersihkan dan dibuang tangkai nya.
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1/4 cawan kerisik agak-agak dalam 4-5 sudu
1 sudu besar jintan putih di sangai dan tumbuk
sedikit garam dan gula jugak asam keping

BAHAN KISAR
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
15 biji cili kering

CARA NYA
1. Masukkan bahan kisar, jintan putih, santan cair dan satu cawan santan pekat dalam kuali.
2. Kacau selalu supaya kuah tak melekat di kuali dengan api sederhana.
3. Bila dah agak kering sedikit masukkan pucuk ubi bersama satu cawan lagi santan pekat dan kerisik
4. Kacau rata biar sebati, kemudian masukkan asam keping, garam dan sedikit gula.
5. Masaklah dengan api yang kecil sehingga pucuk ubi lembut dan kering.
6. Kaknoor suka yang agak lembab pucuk ubi tu jadi taklah lama sangat menunggu.
7. Terpulang selera lah kalau nak rendang yang lebih kering, kena kerja keras sikit lah.
8. Sedap dimakan dengan nasi panas, keropok lekor, roti ke terpulang apa yang terlintas di fikiran.




Kalau tak habis makan, rendang ni dapat di simpan dalam frezer dalam bekas yang bertutup, bila nak makan hanya perlu panaskan saja. Atau pada yang ada microwave boleh masukkan je dalam micro tu kejab seminit dua dah boleh dinikmati semula.



Assalamualaikum dan salam isnin untuk semua nya.
Dah habis cuti ke belum ni ??
Kami kat Brunei dah lama habis cuti tau, Cny kat sini hanya 1 hari saja haha
Jangan gelak pulak tau..
Hakikat nya Negara Brunei Darussalam gitu lah
Tak kisah lah tu kan jom hari ni nak belanja sambal hitam Pahang ni.
Kalau ada yang bekenan boleh try resepi ni dari kawan Fb kaknoor



Sambal Hitam Pahang
Bahan2:
1 mangkuk belimbing buluh yg dah rebus- ( cara2 merebus ada tulis kat bawah ye)
3/4 mangkuk cili padi - saya suka guna cili api yg masak/merah.. (ikut kepedasan masing2 kalau suka pedas boleh lebihkan)
2 mangkuk ikan bilis yang telah dikopek - basuh bersih2 & tos keringkan
25 ulas bawang merah ( 7 ulas ditumbuk, 18 ulas dihiris nipis )
garam secukup rasa - jgn letak banyak2 sangat dulu, sbb ikan bilis dah masin, manakala belimbing dah terasa garamnya..
gula secukup rasa
Pak aji - optional
3 cawan minyak masak

Cara2 Menyediakan Belimbing Hitam:
-Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2. Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok...Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok...
-Saya biasa buat banyak juga rasanya lebih dari 3kg belimbing buluh segar... Saya ambil masa lebih kurang 5 jam merebus belimbing sehingga dapat hasil belimbing yg bewarna kehitaman... Saya pernah rebus belimbing sebanyak 11kg..dan ambil masa 14 jam untuk dapatkan hasil belimbing hitam...
-Belimbing hendaklah dicuci bersih. Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR , bubuh garam kasar segenggam ( untuk 3-4 kg belimbing ye..) dan rebus dengan menggunakan api yang PALING KECIL.....
- Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut. Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit....Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang paling kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap/hitam....

PERHATIAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 20biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja. Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan...
Cara2 penyediaan Sambal Hitam:
- Tumbuk/kisar cili padi sehingga halus...
- Tumbuk/ kisar 7ulas bawang merah sehingga lumat...selebihnya di hiris nipis2..
- Tumbuk/ kisar juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat... ( biasanya saya gunakan chopper machine untuk kisar ikan bilis sambal hitam ni..sbb saya suka hasil kisaran chopper machine yg sedang elok hancurnya, tak terlalu lumat)
- Tumbuk/ cincang belimbing buluh juga separa lumat...
- Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris & juga bawang yg telah di kisar, sehingga wangi @ separuh garing..
- Masukkan cili api.. Kacau2.. Diikuti ikan bilis & seterusnya belimbing hitam.. Kemudian tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga)...sekali sekala harus di kacau ye.. Takut sambal hangit di bahagian tgh.. Api perlahan ye..
- Tambahkan garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (agak2 hampir seperti serunding gitu)...
- Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.
- Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok. Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati... Sedap yang teramat... Dengan telur mata kerbau buh kicap je pun sedap..dan sekiranya nak buat sedikit sahaja sambal pun takde masalah.. Buah belimbing yg telah di rebus boleh disimpan dalam peti sejuk beku.. Bila nak guna lagi keluarkan dan defrost je.. Then boleh masak sambal hitam mcm biasa..




Masa belimbing sedang banyak ni boleh lah buat, sebab dapat di simpan lama dalam petiais
Bila-bila nak makan ambik je kan takyah nak buat lagi sebab proses membuat ni taklah mudah sangat, jadi kalau kita buat banyak sekali berbaloi lah sikit kepenatan tu kan.



Agak-agak ada tak yang tak kenal buah belimbing ni?? hahaha
Tu kaknoor dah close up sikit tu mesti ramai yg dah tau kan.
Memang sedap sambal ni dapat makan dengan nasi, ubi, roti ke atau apa saja yang terlintas dek fikiran kita tu cicah je dengan sambal hitam pasti sedappp.


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home