All About

Good Food


ASSALAMUALAIKUM
Masak cuka ikan lebih sinonim dengan masakan belah utara 
Seminggu sekali mesti nak masak cuka ni, lagi-lagi kalau ada ikan fresh.
Selalu kaknoor guna ikan tongkol untuk masak cuka ni, tapi kali ni kaknoor guna ikan patin.
Lebih sedap rasa nya sebab lebih lembut dari ikan tongkol.
Boleh tengok resepi di bawah ni ya.





Ikan Patin Masak Cuka 
Bahan-bahan:

§  1 ekor ikan patin dipotong kecil digaul garam dan kunyit dan digoreng
§  7 ulas bawang merah dihiris tebal
§  5 ulas bawang putih dibelah dua
§  1 inci halia dihiris kecil memanjang
§  ½  sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
§  ½ sudu jintan manis ditumbuk kasar
§  ½ sudu jintan putih tumbuk kasar
§  2 sudu cuka atau lebih
§  2 cawan air atau lebih
§  4-5 biji cili hijau dibelah
§  ½ sudu biji sawi
§  ½ sudu kunyit serbuk
§  Garam gula dan minyak


Cara membuat:

1.    Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia kacau biar sampai wangi .
2.    Masukan bahan tumbuk, kunyit, biji sawi kacau sekejab sampai biji sawi wangi bolehlah masukan cuka, air,garam dan gula dan ikan patin yang siap digoreng tadi dan masaklah sampai mendidih.
3.    Kemudian masukan  dan cili hijau. Masak cuka ni rasanya ada masam-masam manis sikit gitu.
4.    Sedap disediakan sehari awal baru rasa nya lebih meresap dan sedap.




Assalamualaikum dan selamat petang.
Hari ni kaknoor busy lagi dengan tempahan rainbow macarons ni.
Sila pandang-pandang dulu ok
Lepas ni sessi letak filling pulak and packing.  Memang rumit tapi dah customer nak, customer ni memang repeat order dah banyak kali hehee sedap lah tu kann

Assalamualaikum semuanya ya
Kekangan masa hari ni jom layan gambar cucunda Iman malu tapi mahu!!!







Assalamualaikum
dan salam pagi untuk semua

Di sini Kak Noor ada sedikit pengumuman:
Disebabkan ada sedikit permasalahan teknikal di dalam blog Kak Noor ni,
jadi Kak Noor terpaksalah tukar blog URL Kak Noor
dalam masa yang terdekat tak lama lagi.

Kalau dulu blog URL:
nooriahnaim.blogspot.com

Tak lama lagi akan bertukar ke blog URL baru:
bicarakaknoor.blogspot.com

Jadi kalau nanti bila rakan-rakan blogger nak tengok blog Kak Noor, dan tiba-tiba tak boleh bukak. Jangan sedih pulak. Itu ertinya Kak Noor dah tukar ke blog URL yang baru. Taip sahaja bicarakaknoor.blogspot.com, inshaAllah pasti dapat tengok semula blog Kak Noor. :)

Assalamualaikum dan salam sabtu.
Tergoda dek kawan Fb yang post kan kuih talam ni dua hari lepas terus kaknoor mencari ubikayu.
Perasaan ingin nak buat dan nak rasa semakin membara bila tengok orang punya talam ubikayu.
Bila dah dapat ubikayu memang tak tunggu lama dah suruh bibik sagat ubi kayu.
Dok bersilat lama jugak kat dapur maka jadi lah talam lapis pelangi ubikayu ni.
Mesti ramai yang tergoda kan...




Resepi talam lapis ni kaknoor cari kat blog KAK WAN sebab disana memang banyak kuih-muih asli ni, untuk KAK WAN izinkan saya letak kan kat blog usang ni jugak ya. Memang terbaik resepi kakwan, lembut je talam lapis ni.
Penggemar ubikayu mesti jangan lepas peluang untuk buat ni tau



Talam Lapis Pelangi Ubikayu

Bahan A
1kg ubi kayu
(di cuci dan di potong kecil kemudian kisar dengan secukup air hingga halus, tapis dengan penapis di dalam sebuah bekas, biarkan selama 20-30 minit, ambil isinya, keluarkan air jernih dari bekas, tinggalkan mendapan pati ubi kayu dan gaul bersama isinya.  Gaul dengan bahan di bawah.
300gm tepung ubi kayu
400ml santan pekat KARA
100ml air

Bahan B
340gm gula pasir
1 sudu kecil garam halus
2 helai daun pandan
700ml air
200ml santan KARA

Bahan C
Pewarna merah, hijau dan kuning

Bahan D
1 biji kelapa parut muda dan sedikit garam (gaulkan dan kukus sekejap)

Cara-cara :
1.  Panaskan kukusan, gris loyang 10x10 dengan minyak di sekelilingnya, Alas dasar loyang dengan daun pisang atau plastik, sapu sedikit minyak di atasnya.

2.  Sebatikan bahan A.  Gaul rata.

3.  Satukan bahan B, masak di dalam kuali besar hingga mendidih, keluarkan daun pandan.  Masukkan bahan A tadi, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga menjadi kental.

3.  Angkat dan bahagikan kepada 3 bahagian (+-800gm setiap lapisan) dan warnakan setiap bahagian kepada merah, kuning dan hijau.

4.  Tuang lapisan warna hijau, ratakan dan kukus selama 8 minit.  Kemudian ambil lapisan warna kuning ratakan di atas lapisan hijau tadi (tidak perlu mengangkat loyang, terus tuangkan), kukus selama 5-8 minit dan akhir sekali tuangkan lapisan warna merah, ratakan dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 20-25 minit.

5.  Biarkan adunan betul-betul sejuk baru di potong dan di golek dengan kelapa parut muda.

*** Talam ini agak lembik, terutama di bahagian bawah, dasar loyang perlu di alas dengan daun pisang atau plastik.

*** Guna pemotong plastik, apabila mengangkat kuih sisipkan pemotong tadi di bahagian bawah kuih baru di angkat keluar.
*** Potong kuih sederhana besar, gaulkan dulu dengan kelapa parut baru di potong kepada bahagian yang lebih kecil.
*** Untuk hidangan keluarga gunakan separuh adunan saja, adunan ini agak banyak.



Siapa yang dekat-dekat umah kaknoor boleh lah singgah ambil talam lapis ni.
Nak bagi free je heheee, pada yang jauh sorry dorry strawberry ya.
Boleh pandang-pandang~
Jangan pegang-pegang~




Assalamualaikum dan salam jumaat yang barakah.
Alhamdulillah ini lah hasil dari berbudi dengan tanah.  
Walaupun hanya ada 8 pokok saja jagung ni sebab ruangan tanah yang terhad, hasilnya 
Alhamdulillah setiap pokok ada 2 tongkol jagung. Kalau di darab dengan dua memang banyak jugak lah tu kan. Pertama kali jugak kaknoor mencuba tanam jagung ni. 
INsya ALLAH rasa nya tambahkan lagi space untuk jagung lain kali sebab sedap sangat jagung tanam sendiri petik terus buat cucur jagung macam kat bawah ni 
TERBAIK YOU..

Resepinya selalu dah kaknoor letak, cuma kali ni di tambah dengan jagung manis fresh mresh ni lagi lah bertambah sedap cucur udang jagung carrot ni kan.


Buah sulung ni cantik tak kak ton??




BAHAN NYA
2 cawan tepung gandum
20 ekor udang dibersihkan *nak kurang atau lebih terpulang pada kolestrol masing-masing ya
1 biji bawang besar dihiris
1 biji cili merah 
3 tongkol jagung
sedikit daun kucai atau daun bawang di hiris panjang 1" kaknoor ganti carrot sebab takde stok kucai
sedikit serbuk kunyit
sedikit baking powder
sedikit cili flakes
air secukupnya
minyak untuk menggoreng,garam dan gula sikit

Campurkan kesemua bahan-bahan  dan agak-agak lah bancuhan tu, biar agak kental sikit, jangan terlalu cair, untuk meranggupkan cucur udang tu semasa minyak sedang panas tu, masukan sesudu minyak panas dalam bancuhan, dan gaulkan biarkan rata baru digorengkan dengan menggunakan sudu atau senduk terpulang lah, sehingga kekuningan dan agak  memang sedaplah kalau time panas-panas tu dihidangkan, apa lagi di gandingkan dengan secawan kopi kaw-kaw punya terbaikkk lah.



Kebetulan ada udang jadi kaknoor letakkan udang sikit lah, tapi kalau takde udang pun cucur jagung ni dah sedap sangat pun, ada udang tambah sedap dan tambah kolestrol jugak lah ...



Saje nak tayang udang tu kot-kot ada yang teringin sila lah ya
Jangan malu-malu buat macam rumah sendiri hahaha....
Happy weekend untuk semua nya.



Assalamualaikum dan salam kamis untuk semua yang selalu kesini.
Jutaan terimakasih di atas kesudian singgah di blog kaknoor ni ya
Pada pagi jumaat ni kaknoor nak kongsikan satu resepi yang jarang sebenarnya kita buat.
Resepi ni kaknoor  dah minta izin dari Puan nya untuk letakkan dalam blog kaknoor. Kawan kaknoor ni ada lah dari Setiawan Perak yang sangat mahir memasak.
Jom semak resepi jika ada yang teringin nak buat ya.





Jeruk Limau Nipis
Bahan nya
10 - 12 biji limau nipis
3 cawan gula- dilarutkan dgn sedikit air panas..
1 1/2 cawan garam
1/2 botol cuka (kecil)
Cara nya
1.  Limau nipis dibersihkan terlebih dahulu, dikikis sedikit  kulitnya dgn menggunakan belakang pisau.
2.  Rebus limau dengan air mendidih anggaran 2 minit setiap kali rebus buang airnya. Ulangi proses          merebus hingga 4 atau 5 kali (setiap kali menggunakan air baru)
     Ini bertujuan menghilangkan pahit kulit limau...
3.  Toskan limau, tunggu limau yang direbus tadi sejuk sedikit, belah 4 (jangan putus) dan lumurkan          dengan  campuran garam dan gula..
4.  Sapukan garam kasar & gula dicelah2 potongan limau, masukkan kedalam botol ( seboleh2nya sila      gunakan botol kaca ye) masukkan sedikit cuka, jemur seketika (1 hari) ditengah cuaca yang panas        setelah  dijemur masukkan balance cuka tadi.
 5. Tutup dan bolehlah di perap selama 1 - 2 minggu ditempat gelap, selepas itu boleh digunakan utk         buat acar atau makan dgn sambal belacan. Boleh disimpan dalam peti sejuk dan lebih tahan lama..
    Jngn lupa ye,kacau 2,3 hari sekali sebelum jeruk cukup masa peraman, Biar rasanya sekata
    Sedap dimakan bersama sambal belacan atau pun boleh dibuat acar limau.
    Ada beberapa petua org lama yg boleh diguna pakai untuk menghilangkan pahit limau.. Disini saya       letakan 2 diantaranya..
1 . Semasa merebus limau untuk acar, masukkan beberapa keping syiling 1 sen ke dalam rebusan limau nipis... InsyaAllah limau akan hilang pahitnya dan bertambah lembut..
2 . Rebus limau yg dibelah 4 dengan daun jambu batu atau daun kapal terbang.. InsyaAllah pahit limau akan hilang...





Boleh cuba pada siapa yang nak buat makan masa puasa nanti.  Memang sedap ni makan time sahur atau masa berbuka di cicah sambal belacan. Juga boleh di buat acar limau memang terbaik.

Assalamualaikum dan salam rabu rakan-rakan blogger
Semua sihat sejahtera disamping tugasan.
Alhamdulillah semalam 22.3 ulangtahun kelahiran Maisarah mama//ummi Iman.
Acara kecil-kecilan je pun kaknoor hanya buat tart cheese, itupun sebab dah ada shell nya.
Kemudian satay kambing// ayam// mee tomyam// ambuyat.
Ambuyat tu makanan tradisi orang-orang Brunei, tapi kaknoor sampai sekarang tak reti nak makan.
Cuma membuat untuk anak-anak dan hubby je suka sangat diaorang ni.




Nampak tak S tu bermakna Sarah lah tu kan 
Kek malas nak buat maka nya tart pun jadi lah



Ini satay ayam dan kambing Madura, pada yang teringin nak buat boleh 
Memang laris satay nya biasalah kan buat sendiri di tanggung kebersihan dan kehalalan nya hehe



Ini antara sambal-sambal yang di gunakan untuk cicah dengan ambuyat tu
Sambal kicap, Sambal belimbing, Sambal mangga belacan.
Sambal mangga ikan bilis, Sambal hitam, Sambal belacan.
Memang untuk cicah ambuyat ni banyak jenis sambal digunakan terutama kalau kat restoren.
Ini kaknoor buat ala-ala restoren lah hehe perasannnnnnnn kan..


Yang belum tau, inilah ambuyat tu, tepung sagu yang di bancuh dengan air panas.
Dikacau cepat-cepat supaya likat dan pekat macam gam ni.
Kegemaran anak-anak dan hubby tapi tidak pada kak Noor hehee
Dah 30 tahun kat Brunei tapi masih tak reti nak makan ambuyat.
Tengok je diaorang makan oklah tu janji happy sebab mama dah buatkan ambuyat
Mama tak makan tu belakang kira lah...



Cucunda Iman belum pandai makan ambuyat jadi makan mee je lah kan
Dengan kuah tomyam



Iman pun sibuk nak potong kek dengan ummi nya.



Hari ni birthday sorang lagi anakanda mama, tapi mama tak dapat nak masak sedap-sedap untuk Madihah, tunggu mama ke UK insya Allah mama masak ok yang nyaman2 
Semoga kedua anakanda mama Maisarah & Madihah didalam pemeliharaan Allah hendaknya.
Jaga diri jaga peribadi.
Jadilah insan mulia dan merendah diri



ASSALAMUALAIKUM 
Salam selasa untuk semua nya.
Breakfast apa agak nya adinda-adinda semua.
Yang simple terbaik kan ye dak!!
Kak Noor hanya breakfast apam pisang yang gebus gebas ni je
Jom semak resepi mudah sangat-sangat...



BAHAN NYA
1 cawan pisang di lenyek
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam.

CARA NYA
Satukan semua bahan dan gaul sebati supaya tak berketul. Perap lebihkurang 1/2 jam.
Panaskan kukusan biarkan sehingga mendidih. Griskan acuan lompang dengan planta atau minyak.
Masukkan 3/4 adunan dalam acuan jangan terlebih pulak nanti jadi macam kaknoor punya tu, dah terlebih naik sampai dah jadi menara condong lah pulak.
Kukus lah selama 15 minit. Insya ALLAH sedap dan lembutt,




Letakkan sedikit planta atau minyak ya supaya tak melekat bila kita keluarkan nanti.



Kalau boleh kurangkan sikit adunan tu bila ada yang nak try sebab nanti bila dah naik terlebih  tinggi tu cuba tengok gambar bawah tu



Nampak tak ada yang macam menara condong tu sebab teelebih adunan mungkin lain kali nak cantik kena letak 1/2 saja adunan kot.



Cornfirm sedap!!! tengoklah tekstur nya macam kek je lembut sangat dimakan panas terbaik U boleh try kalau tak percaya hehee..

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Hari ni pepagi ada tetamu kat rumah kaknoor hanya ini je yang mampu dihidangkan jom layan gambar je ok.


ASSALAMUALAIKUM 
Salam hari minggu semua nya.
Resepi ulangan lagi hari ni, nasi lemak pandan sukar di tolak.
Anytime pagi petang tengahari malam boleh saja di layan.
Resepi nya masih sama DISINI kalau ada yang nak mencuba.
Kali ni kaknoor goreng ikan kecik yang putih tu di belah belakang dan di gaul tepung.
Memang rangup krup krap ikan ni.


Boring jugak kalau selalu nasi lemak mesti nak goreng ayam.
Kali ini goreng ikan la pulak lagi besttt...



Kacang panjang  segar yang ditanam di luar rumah dapat jadi ulam untuk nasi lemak ni, apa lagi kacang nya muda dan aduhhh ranguppp..



Sambal ni kaknoor selain dari cili kering kaknoor tambah cili scotch bonnet yang pedas tu, memang melatop pedas sambal ni, buat makan pun memang bertambah-tambah.



Acar timun biasa saja hanya potong timun, carrot, bawang dan cili. Gaulkan bersama garam, gula dan sedikit cuka. Dah siappp boleh di santap.
Jom layan seharian ni dengan nasi lemak je..

Assalamualaikum dan salam sabtu.

Pagi tadi kaknoor dan hubby bergegas ke airport Bandar Seri Begawan kerana menghantar sahabat yang telah lama tinggal dan berkhidmat dengan kerajaan Brunei.  28 tahun suatu masa yang agak lama, sampai Pak Ustaz pun dah pandai bercakap seleng Brunei, kak noor sendiri pun masih belum lulus kalau ada exam untuk cakap Brunei sedangkan kaknoor dah 30 tahun di Brunei, malu kan!!!
Mesti ramai yang tertanya yang mana satu Pak Ustaz tu kan!! kalau ada yg nak meneka sila kan hehe, yang pasti isteri nya yang bertudung hijo tu.  Geng kaknoor selama diaorang disini. Majlis apa-apa kat rumah kaknoor mesti jemput ustaz Hj Kassim ni.  Tapi sekarang tinggal kenangan .  Semoga Allah panjangkan umur dapat berjumpa lagi di Kedah bila balik nanti Insya ALLAH.

Cukup dulu untuk kali ini happy weekend untuk semua nya.  Selamat bercuti ya yang ada anak-anak sekolah tu.  Di Brunei baru mula cuti hari ni...tapi kaknoor tak kemana pun tunggu ujung bulan April akan bercuti panjang Insya Allah.










Assalamualaikum dan salam jumaat semua nya ya.
Dah tak berapa rajin nak buat yang complicated sangat. 
Jadi ternampak resepi ni kat blog FARAH terus teringin nak buat sebab dah ada pastry puff.
Cheddar cheese pun memang selalu ada stok, jadi kaknoor gulungkan je.


Resepi nya sangat mudah asalkan puff pastry dan cheddar cheese hanya dua barang je yang kita gunakan untuk buat ni.



Mula-mula letakkan pastry puff di atas papan pencanai, gelekkan sedikit supaya rata, kemudian taburkan cheese cheddar yang telah di parut di atas pastry dan gulung lah, kemudian potong kecil dan bakarlah dalam oven sehingga kekuningan.



Sedap dimakan bersama sos cili, mayonis yang di campur dengan seaweed atau apa saja sos pilihan, gerenti tak cukup sepotong....
Nak makan sedap mesti kena rajin ok !!


Assalamualaikum dan selamat pagi.
Hari ni bermula dengan resepi dessert yang manis dengan gula melaka ni.
Ada yang suka tak? Tapi jangan lebih-lebih manis tau yang sederhana itu ada lah 
TERBAIK YA DAK!!
Resepi ni kaknoor intai dari KAK ROSE sebab tengok mengancam sangat. Untuk Kak rose izinkan kaknoor letak resepi diblog kaknoor ya halal tau..




BUBUR SOM-SOM
by : Kak Fida
Rujukan : My Resepi

100 g tepung beras 
100 g tepung jagung 
1,600 ml santan - 500 ml KARA+ air 
100 ml air pandan atau 100 ml air + pandan pes
1 sk garam atau secukup rasa 
sedikit pewarna hijau - opt 



SIRAP GULA MELAKA 
500 g gula melaka 
1000 ml air 
2 helai daun pandan - disimpul 

Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan. 
Satukan kesemua bahan-bahan untuk som-som dalam periuk dan gaul rata.
Masak hingga pekat dan kilat, hingga adunan meletup-letup. 
Tutup api.
Sediakan loyang atau acuan.
Oleskan dengan sedikit minyak
Tuangkan som-som dalam acuan atau loyang
Sejukan hingga keras
Siap di hidangkan dengan sirap gula Melaka





Biarlah gambar ni berbicara ya betapa sedap nya bubur som-som pandan ni.
Kalau air gula pekat-pekat lagi best manis memikat sangat.
Tapi awas jangan terlebih manis tau..

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home