All About

Good Food

Asaalamualaikum dan selamat lagi
Hari ni hujan di London
Sedang menunggu bas utk ke airport Stansted lagi mengikut anak-anak ke Norway insya Allah.  Doakan kmi selamat sampai dan kembali semula ke London ya..

Assalamualaikum dan salam manis untuk yang masih sudi singgah sini.
Semalam cuaca agak panas di Bath ni jadi memang kami tak lepas peluang lah untuk keluar
Jalan-jalan ke park Royal Victoria ni . Lagipun park ni jugak didalam kawasan city of Bath jugak.
Lepas ambik angin kat park ni bila kita jalan je terus akan berjumpa dengan segala kedai lah
Anak-anak ni memang dah expert dah bawa mama ke jalan short cut jadi lah tak lah jauh sangat 
Yang best last nya berjumpa kedai kan haha...

Jom ikut kaknoor berjalan-jalan di park ni
Gambar-gambar semua nya dari awal Royal Victoria Park sehingga lah ending nya tengok kedai mixer haha kannn tkde lain mixer mixer mixer..


Ini lah papan tanda Royal Victoria Park tu


Terjumpa rumah yang di penuhi dengan bunga di depan ni makcik ni tak lepas peluang
Klik je kannn



Nampak pokok yang cantik ni sampai kebawah daun nya



Pantang jumpa bunga yang cantik mesti nak klik layan je lah kan



Ini lah laluan kaknoor dan anak kaknoor petang semalam ..



Ini ada lah Royal Crescent Bath sebuah bangunan yang unik berbentuk melengkung
Tempat kediaman golongan elit lah kita mampu ambik gambo je cukup lah



Dah masuk kawasan kedai dah itu yang best kan 



Kedai cincin gelang segala, memang cantik hiasannya buat kita tertarik nak masuk
Tapi tak masuk pun takut terpikat..



Ini satu lagi bangunan yg unik di Bath ni separuh melengkung



Dan ni sambungan dari bangunan separuh tu di pisahkan oleh jalanraya



Masih di kekalkan pokok besar di tengah kota. tak tau dah berapa kurun pokok ni besar gabak dah batang dan dahan nya.



Kami singgah post office untuk pos kan segala poskad buat kali ke2
Semoga poskad tu selamat sampai ke tangan yang empunya lah.
Alhamdulillah siapa yang bagi alamat pada kaknoor dah pun pos kan semalam.


Sedang berjalan-jalan ronda kedai terjumpa jugak kereta kuda ni, hanya sekeping je sempat ambik
Siapa kata kereta kuda ni lambat kan memang lajuuuu sangatt..



Lepas tu jumpa lagi payung-payung terbang yang berwarna warni ni.
Macam-macam je orang putih ni kan
Buatkan orang coklat ni tak senang duduk di rumah haha..



Cantik sangat dengan warna warna ceria payung tu..


Jamu mata saja ok..



Makcik blogger ni pun tak lepas peluang jugak nak bergambo
Dengan payung rona roni tu



Klau kat tempat kita budak-budak yang main buih, disini orang tua pun main buih tapi cara orang tua lah tak lah di tiup buih tu tapi di pakai tali dan di masukkan buih sabun dalam baldi dan di tarik macam-macam bentuk,



INgatkan kaknoor je yang jakunis ambik gambar orang main buih tapi geng yang main buih ni pun teruja sama, nampak tak diaorang pun sibuk fokas kann..



Buih- buih terbang menghiburkan hati orang yang lalu lalang


Last sekali jumpa lagi kedai mixer lawa tu 
Tapi kedai lain tau, harga nya lebih kurang je
450 pound agak-agak mahal ke murah ya..
Dalam hati sudah ada cinta sama ini mixer lah...



Semalam kaknoor tak jalan - jalan jadi aktiviti didapur lah jawab lah.
Salmon dah beli dua tiga hari, lepas tu teringat strawberry yang di beli kaknoor sorang je yang makan, budak-budak ni tak suka sangat pun.  Jadi terpaksa fikir cemana nak habiskan strawberry tu.
Maka jadi lah seperti resepi di bawah ni.




BAHAN PERAPAN SALMON
1/2 kg kepingan salmon dibersihkan
1 sudu lada hitam tumbuk ( bukan yg serbuk )
1 sudu besar  sos tiram
1 sudu kecil bawang  putih parut
1 sudu kecil halia parut
1 sudu kecil kicap manis
Semua bahan sos di gaulkan dengan salmon dan perap selama 30 minit.

Untuk lebih sempurna rasa boleh lah di tambah dengan daun rosemary atau pudina or selasih yang di racik halus dan di lumurkan pada salmon bersama bahan perapan, tapi jika ada yang tak suka wangian ketiganya cukup lah sekadar bahan asas perapan ya.

BAHAN SOS STRAWBERRY
5 biji buah strawberry
1 biji buah tomato merah
5-7 biji cili padi terpulang kepedasan nak lebih pun ok
2 ulas bawang putih
1 biji limau nipis ambil jus
garam dan sedikit gula
Semua bahan sos diblender campur sedikit air suam dan dimasak sekejab tambah garam dan gula ikut kesesuaian dan ketepikan.


CARA NYA.
Panaskan non stick kuali, masukkan kepingan salmon, masaklah lebihkurang 4 - 5 minit atau sehingga garing kulit nya.  Salmon sebenarnya tak perlu masak lama-lama sebab isi nya terlalu lembut. Jadi pandai agak lah kalau isi salmon kita tu terlalu tebal lebihkan sikit masa, dan kalau nipis boleh kurangkan masa memasak ya.  Bila dah masak letakkan di atas pinggan yang sesuai, taburkan hirisan strawberry dan perahkan limau nipis jika inginkan lebih masam dan tuangkan sos strawberry tadi.  Tadaaaaaaaa salmon baked with strawberry sauce dah siap untuk di nikmati.




Harga salmon disini agak murah jadi hari-hari makan salmon pun ok



Begitu jugak dengan harga strawberry yang taklah semahal kat tempat kita.
Cuma anak-anak disini tak suka makan strawberry mungkin dah jemu tak tau lah



Tapi bila di buat macam ni memang laku keras segala sambal strawberry dan ikan pun licin kejab aje apa lagi di lawan dengan nasi putih panas wowww......


Selamat malam ya untuk semua yang masih sudi singgah disini.
Jom tengok hasil jenjalan baru ni, dah lapo jadi nya masuklah
Sebuah kedai makan ni Sally Lunn's nama nya.
Memang boleh lah kita makan sebab memang disediakan roti dan kopi teh je
Yang best sekali roti nya tersangat lah lembut dan serve hot lagi
Macam tak cukup je roti yang besar tu utk sorang.






Kaknoor biasa lah pencinta kopi memang kopi lah bila order kat mana-mana pun



Nampak tak roti yang besar tu? Sorang sebiji dengan anak kaknoor
Tapi kaknoor yang habis dulu hahaha memang nyamss sangat
Padan lah dengan harga dia yang agak mahal lah jugak.



Ini pakcik ni jiran meja kaknoor haha
Sempat lagi tu sekodeng pakcik sedang makan
Nasib baik dia tak marah.



Ini makcik isteri pakcik tadi, duduk dekat sangat sampai tak penuh gambar geng kaknoor tu.
Memang kedai sini disediakan dengan berbagai jenis roti je
No no worries lah untuk makan.



Ini kopi tuan tanah tak larat nak habiskan secawan besar tu.
Sebab kat rumah memang minum secawan jugak tapi secawan kecikkk je
Ini secawan kopi besau serender maktok nak habiskan walaupun pencinta kopi.



Ini lah semua yang kami order
Dengan kopi dan teh susu ni.



Dan ini harga yang kami bayar..
Agak-agak mahal tak ?
Harganya 14 paun lebih lah
Disini kalau nak makan tak boleh di convert dengan duit kita, kalau tak memang terasa mahal bebeno
Jadi pejam mata je makan kan...



Selamat petang semua nya 
Dah penat-penat berjalan jom kita main masak-masak pulak yuk
MUMMY DEARIE ada bertanya pasal mee yang kaknoor beli dalam troli hari tu kan
Belum lagi sempat masak asyik dok jalannnn je
Jadi petang ni kaknoor tayangkan mi kolok yang dimasak semalam
  My doter minta mi kolok daging ni.
Resepi nya pun dah lama ada dalam blog jom semak semula 
Kot kot ada yang terbekenannn...


MI KOLOK ALA KAKNOOR

BAHAN NYA
1 peket mee mentah di rebus / tos kan dan gaul dengan minyak bijan.
200 gm daging / ayam di potong kecil
200 gm limpa jika suka di rebus sehingga lembut / tos kan hiris nipis
3 ulas bawang putih cincang
1 sudu minyak bijan
1 sudu minyak biasa
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap masin
air secukup nya
sedikit tepung jagung

BAHAN TABUR
Sedikit daun bawang, taugeh, limau kasturi, sambal kicap, sambal merah dan bawang goreng.

CARA NYA
1.  Panaskan minyak bijan dan minyak biasa tumis lah bawang putih sehingga wangi, masukan daging.
2.  Kacau sehingga daging kering air, masukan sos tiram, kicap manis, kicap masin dan sos ikan.
3.  Tambah air secukupnya ikut kepekatan sendiri.
4.  Bancuhkan tepung jagung dan masukan kedalam kuah, rasa lah ikut kesesuaian,boleh tambah apa-apa yang kurang.
5.  Cara menghidang, masukan mee yang telah di rebus dalam pinggan, letakan bahan sampingan dan kuah secukupnya.

Yang kat atas tu resepi asal lah ya, tapi yang kaknoor buat kat UK seadanya saja
ada jugak bahan yg kurang jadi terpaksa adjust lah sikit-sikit.




Nasib ada taugeh sebab taugeh memang fav tukang masak ni, limau kasturi di gantikan dengan limau nipis, sebab limau nipis banyak pulak disini, dan yang hijau tu kaknoor letak baby bayam



Ni mee kering yang jenis yang agak besar, kalau mee kolok asli Sarawak tu guna mee mentah yang lebih kecil dan bulat-bulat, syukur jugak dah ada mee besar ni kalau tak memang tak merasa nak makan mee kolok ye dak!!



NI sambal cilipadi nasib baik ada kedai Thailand yang berdekatan disini, dapat jugak beli cilipadi.
Kalau di supermarket disini hanya jumpa cili besar yang kurang pedas, tapi kalau nasib baik dan musim scotch bonnet memang tak lepas peluang beli cili terpedas ni.


Ini lah jadi nya mi kolok tu tu dah siap2 dalam mangkok di bawa naik kebilik untuk makan
Lebih selesa katanyaaaaaaaaa hahaa
Sambil buka laptop sambil makan lebih besttt kannn...



CLOSE-UP sikit mi kolok ni
ADA tak yang tergoda?
TAK SUSAH pun kan cer baca resepi betul2
DAN kalau nak short cut pun boleh jugak
POTONG Lah yang mana-mana suka 
SEBAB kita yang buat dia kannnn



Assalamuaalaikum dan salam manis untuk semua.
Hari ni kaknoor hanya nak tunjuk beberapa keping gambar dibawah ni
Rasa nya memang tak pernah jumpa kat negara kita
Orang ramai bersantai-santai dengan bantai di tengah-tengah bandar macam ni kan
Dah beberapa kali kaknoor datang ini lah kali pertama kaknoor nampak
Pihak bandar ni menyediakan beberapa kusyen atau bantal-bantal empuk 
Untuk mereka yang mahu bersantai dan berbaring kat carpet yang ala rumput
Yang berwarna hijau tu sebenarnya carpet yang seakan rumput.
Dan memang tak kotor lah kalau kita berbaring dan bersantai kat sana.



Masa kami sampai disini bantal ni baru saja di letak jadinya belum ada yang guna
Masih ada lagi yang kosong tu, tapi biasa lah 
Kita yang dah tua ni malu-malu lah nak join haha
Takyah lah kan kaknoor hanya mampu ambik gambar je lah



Mesti kenal kan tangan yang gebus tu hahaha



Sebelah menyebelah tu dan sepanjang  jalan adalah gedung membeli belah
Bestkan penat-penat berjalan dapat santai kat sini



Best kan kalau tempat kita ada disediakan macam ni
Ada bantal yang empuk macam ni
Buat hilangkan penat kaki tu
Tunggulah esuk-esuk klaau masih ada tingin jugak nak merasa ni
Itupun kalau tak malu lahhhhhhhhhh

OK cukup dulu utk kali ini ya.
jumpa lagi esuk lusa..


Assalamualaikum dan salam sejuk dari bumi 4 musim ni
Semalam di Bath Uk ni cuaca nya agak panas. makna nya panas tu ada pancaran matahari lah
Tapi hari ni Ya Allah dari dalam bilik pun dah terasa sejuk nya.
Tapi dek kerana takut kesuntukan masa terpaksalah kaknoor dan anak kaknoor keluar jugak ke citu hehee bukan apa nak beli barang lah tu kan, sejuk pun sejuk lah janji dapat barang ye dak!!
Lagipun hari ni kami ke post office untuk post kan poskad yg kaknoor janjikan.
Yang dah bagi alamat awal memang kaknoor post kan hari ni, tapi yang belum bagi alamat akan di post kemudian lah ya..


Ini ada lah kedai yang wajib kaknoor terjah setiap kali kesini, kalau masuk disini ni memang rambang mata semua nak beli, dari barang kecik sehingga barang besar-besar khusus barangan dapur yang berkualiti memang ada disini. Harga pulak memang lah agak mahal lah kalau kita bandingkan.
Jadi tak payah lah bandingkan dengan duit rm ke brunei ke, pejam mata kejab ambik je yg bekenan haha...



Ini salah satu mesin pemotong yang sangat mudah pada yang suka memasak dan memudahkan kerja-kerja dapur kita, sabo dulu yang ni sebab berat tunggu last day kalau ada rezeki haha



Ini pun di target jugak memudahkan kerja kita utk dalam microvawe, sabo dulu rileks kan hati kalau sangat-sangat perlu memang kena ambik lah ..



Nampak tak apa yang dalam gambar ni?? Yang minat buat cupcake memang teruja sebab paper cupcake ni macam-macam warna dan bentuk dan tomey-tomey semua nya..



Ini bahagian cake tin semua menarik minat, tapi ada jugak yg kurang perlu dibeli
Sekadar untuk simpanan je baik tak payah lah kan hehe



MIxer dan blender ni memang bekenan bangat cuma nya beratttttttt kalau nak bawa balik.
Sekadar jamu mata boleh lah kannn..



Target je tapi beli nya tunggulah bila-bila ye dak..


Steamer ni pun kaknoor teringin jugak ayoyo ini makcik kan semua barang yang di tengok semua nya terhinginnnnnnnn..



Hahaha ini je hasil tangkapan hari ni, yang kecik-kecik je 
Yang beso tunggu lah signal kiri kanan depan belakang baru lah boleh angkut..



Happy lah dah dapat barang walaupun kecik cuma kann, orang pompuan memang lah tak perlu barangan mahal pun asalkan barang tu dia suka murahan pun ok maaaaaaaaaa..



Old lady bergambar depan kedai The Old Green Tree



Makcik ni pantang sangat kalau jumpa bunga mesti nak berposing
Sampai dah senget-senget mampu lagi tersenyum haha kann
Oklah sehingga jumpa lagi di next entry..
Tunggulah belum tau nak letak apa utk esuk lusa
Sedang pikio ni...


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home