All About

Good Food

Assalamualaikum dan salam isnin
Jamu mata dipagi hari dengan mee rebus ala-ala Hj Wahid
Tak sanggup jugak nak membuat semua nya 
Sebab vitamen R tak cukup banyak dalam badan ni haha

 

Ini lah rupa nya mee rebus kaknoor 
Peminat mee rebus mesti ada yang meleleh dah kan
Makan ramai-ramai memang terangkat tinggi ni..

 
Udang kering yang kaknoor guna disini ada lah udang kering yang dibuat khusus oleh adik kaknoor, memang dia buat sendiri lah memang sedap guna homemade udang kering selamat tanpa was-was kehalalannya dan kebersihannya.

 
Tepung udang kering tu memang kurang rajin jugak nak membuat nya, walaupun dah ada udang kering, mungkin faktor umur jugak kot...

 
 

Wallah kan dapat makan panas-panas memang mmmmm lazatt, mesti U all tak rajin sangat nak membuat kan haha
Takpe di tempat u all dah banyak berjual takyah lah nak buat beli je..
 

Ini lah udang kering yang adik kaknoor buatkan khusus untuk kakaknya ini hehe, dia suruh testing sebenarnya, kalau adayang terbekanan dengan udang kering ni boleh lah bsgitau kaknoor ya hehe, dah siap blender kita cuma masak je terus..

 

Alhamdulillah kalau buat mee rehus memang makan seharian sebab membuatnya memang lambat, jadi berbaloii lah kalau makan seharian. Ok dah habis sessi jamu mata, giliran tuan rumah menjamu selera la pulak kannn.



Assalamualaikum 
Hari ni ternampak cikmat gebu kongsikan tips ni kat ig
Jadi kaknoor pun tak mau ketinggalan jugak 
Sebab ini bersangkutan denngan masakan seharian kita 
Jom baca elok- elok ok
 
 

Kalau kaknoor kat rumah untuk buat cili kisar mesti campurkan cili kering paprika dan cili kering besar sebab untuk kurangkan pedas dalam masakan tapi masih ada rasa kepedasannya.

 
Lepas tu terjumpa tips untuk sakit tekak yg kita boleh amalkan dari tumbuhan sekitar rumah kita, bolehlah try siapa yang sakit tekak hari ni ya

 

Jugak untuk kurangkan diabetes boleh jugak amalkan minum jus peria ni, ada berani ke!!!
Untuk jadi ubat oklah kan ..

 

Ini sengaja nak show pepagi tadi Mr. Boss tolong kupaskan kelapa yang di kasi oleh kawan kaknoor, dah nampak tumbuh sikit teruslah dia kopek je, nampak tak jari-jari halus  kat kelapa tu heheehee 

 

Ini gambar dari sisi macam kartun la pulak, tak ingat kartun apa dah yg hidung panjang macam ni kan 

Ok itu je perkongsian dihari minggu ni 
Selamat berbahagia hendaknya dan bersantai-santai ya
Jumpa lagiii πŸ˜„πŸ˜ŠπŸ˜‰..
Assalamualaikum dan happy weekend semua blogger kesayangan kaknoor. Dah hari sabtu kan sekejabnya masa berlalu. Resepi hari ni ada lah cottage pie yang lazat permintaan seseorang adinda di Brunei ni, jom tengok pada yang jauh tu ambik resepi buat sendiri tau!!

 

Mesti ada yang teruja kann, cer baca resepi ni mudah je pun nak buat, janji rajin πŸ˜‚ 

 

 

 

 

Kaknoor buat dua saiz kecik dan sedikit besar sebab tak cukup cup alluminium foil tu, so gohead je apa yg ada kat rumah ni. 

 

Sambil santai-santai tepi tingkap sambil makan cottage ni memang teruja U, nak pulak masa panas tu ...

 

Apa pun kalau ada cheese memang sedap kan, orang Brunei kalau teringin nak makan boleh aje order ya 
Text saja pada kaknoor ok 
Kalau nak dihantr pun boleh asalkan sampai qoutanya hehe 
Biasanya utk orang bandar di giant rimba meet point
Orang Kb boleh ambik sendiri kat rumah lah 
Whatsapp je kat sini ya + 673 8739160 
Utk sahabat maya hanya dapat tengok je lah ya hehe

Assalamualaikum dan salam jumaat 
Jumaat lepas bermusafir di Key El 
Jumaat hari ni dah berada di rumah sendiri
Cepatnya masa berlalu macam baru je balik dua tiga hari.
Itu lah dunia sekarang ni sangat terasa cepat dan pantas

Berbalik pada resepi hari ni 
Jom tengok kaknoor baru terjumpa resepi dari pinterest
Asalnya memang dari orang putih lah 
Kaknoor merajinkan diri translate harap bermanafaat ya

Homemade Churros
Bahannya
1cawan air
5 sudu besar mentega (kaknoor guna Anchor)
1sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam
1 cawan tepung gandum
3 biji telur gred C (kalau gred A cukup 2 biji saja)
1 sudu kecil esen vanilla
4 cawan minyak untuk menggoreng

Bahan salut
1/4 cawan gula caster
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis 

Caranya
Pastikan ada piping bag dan nozel churros ya.
Dalam periuk masukkan air, mentega, gula dan garam. Kacau sehingga mentega mendidih tutup api, masukkan tepung kacau lagi sampai jadi doh, masukan dalam mixer dan biarkan sejuk selama 5 minit.  Dalam mangkok lain pukul telur dan vanilla dalam 2-3 minit kemudian masukkan dalam mixer doh dan putar sehingga adunan licin. 
Masukkan adunan dalam piping yang bernozel, panaskan minyak kemudian tekan lah adunan churros tadi, ikut selera sendiri nak panjang ke atau nak sekadar bites supaya senang nak makan.  Gorenglah sehingga kekuningan angkat dan salutkan dengan gula yang telah dicampurkan dengan kayu manis.  Boleh jugak dimakan dengan coklat. 

 
Ini adunan yang telah siap dimasukan tepung, nampak kan agak kental lah..

 
Telur yang telah diletakkan sedikit vanilla (ini telur besar cukup 2 biji jgn lebih nanti lembik pulak)

 
Macam lah rupa nya adunan doh tu setelah diputar bersama dengan telur tadi. 

 

Dah siap churros kita kan, terlupa lah pulak nak ambik gambar masa sedang menekan dan menggoreng, biasa lah tu kan orang tua mudah lupa haha, kaknoor buat churros bites jugak sebab cucu kaknoor suka sangat, rasa nya lebih kurang Auntie Anne maka nya Iman suka dengan churros ni. 

 

Ini lah churros yang paling lembut dan sedap pernah kaknoor buat selama dok membaking ni, adik-adik mesti simpan resepi ni mana tau suatu hari yang rajin nak buat sendiri kan!! Confem lembut sehingga kepetang tau!!

 

Churros dan Min Kaffe tu digandingkan bersama alangkah bahagianya rasa hehehe

 

Model tak asing lagi untuk maktok hari ni Iman lah kan 
Peminat setia churros maktok, sampai satu mangkok churros bites ni dah masyuk dalam perut Iman πŸ˜‚ 
Ok lah happy weekend semua nya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Dua tiga hari lepas ternampak bihun polos/kosong kat wall
Rakan fb macam teringin nak rasa 
Hari ni terus buat sebab bahan utama memang dah ada

 

Bihun kaknoor rendam malam sebelum goreng
Campurkan sedikit warna pink
Dah pagi nya memang lembut dan tos kan je
Memang tak banyak guna bahan sangat bihun ni nama nya pun bihun kosong kan!!

 

Kaknoor hanya goreng dengan sedikit minyak jagung, letak bawang merah dan putih kemudian letak perasa dan sedikit lada hitam . Dah secukup rasa angkat. Sebenarnya kaknoor memang suka sayur mentah jadi kaknoor hiris nipis carrot, gaulkan dengan taugeh jugak fresh dan segar, dan akhir sekali gaulkan dengan bihun polos tadi. Jadi kita dapat makan bihun yang segar dengan sayuran. Nak lebih sedap goreng telor mata kemudian letakkan cili jeruk dan boleh lah dimakan dengan selera sekali pedas dan segar...

 

Resepi mudah dan cepat jugak fresh sayuran 
Suka sangat sayuran segar macam ni
Maka nya dirumah kaknoor hari- hari ada ulaman
Untuk digandingkan dengan nasi jugak sambal.
Jom breakfast yuk!!

 

Oh terlupa nak kongsikan dah lama tanam bawang merah dan bawang putih ni, bawang merah di tepi kiri dan kanan, dah dapat tuai 3x untuk dimasukan dalam mee, bawang putih tu ditengah2, baru tumbuh bawang putih sedangkan tanam nya sama waktu. Rupa nya bawang putih tu memang amik masa lama utk tumbuh berbanding bawang merah. Nasib baik kaknoor tak cabut bawang putih tu hahaha kalau tak memang rugi lah dia tengah nak tumbuh kita cabutlah pulak. Alhamdulillah kadang2 kita hanya perlu sedikit saja daun-daun bawang ni kalau kita tanam senanglah berlari je kat luar, takyah kelam kabut kekedai ye tak!!!

Aduh banyaknya kanoor tulis hari ni 
Ok happy 😊 🍳 breakfast ya utk semua.


Assalamualaikum dan salam rabu
Terus ke resepi ya
Menu pertama lepas balik dari KL 
Tukang masak memang tak dapat lari dari dapur
3 hari tinggalkan dapur kini ku kembali beraksi haha

 

Sayangkan terung pipit tu terus teringat nak buat sambal lagi, kali ni dengan udang pulak, resepi asal dibawah ya, kita boleh ubahsuai ikut citarasa dan barangan dapur apa yg kita ada. 

 

 

3 hari tinggalkan dapur bawang putih pun dah tumbuh daaa, tapi kalau ditanam betul-betul susah sangat nak tumbuh kan bawang putih ni.

 

Tadaaa dah siap sambal udang petai kaknoor, ada yang teruja  tak ni?? Atau ada yg tak suka busyuk-busyuk macam ni!! Kata orang makan petai dengan terung insya Allah mulut tak berbau, maka nya kaknoor masukkn terung pipit disini. 

 
 
Ini daging goreng lada hitam ala hentam-hentam je, kaknoor campurkan daging dan peparu sekaligus dalam noxxa rebus dulu baru potong nipis .

 

Sambal goreng dan ulaman segar untuk Mr. Boss sebab my boss tak suka busyuk2 ni jadi kaknoor buat sambal goreng takde belacan sebab belacan pun 'dia' tolak haha..

 

Nah ini dia sambal goreng tu
Hanya kisar cilipadi + sikit bilis + tomato + bawang putih + bawang merah + garam dan gula, kemudian tumis letak minyak agak2lah semua nya, pastu rasa lah dah cukup orait tutup api dah boleh dihidangkan.



ASSALAMUALAIKUM
Semoga sihat walafiat hendaknya adik-adik kaknoor ya
Hari ni kaknoor nak kongsi lagi resepi kacang pool ni
Tapi dah nama nya orang yang dah tak muda ni kan..
Terlupa la pulak nak buat telor mata tu jadi kena lah buat sendiri kalau ada yang nak ikut resepi ni
hahaha




Resepi Kacang Pool
Bahan-Bahan:
1 tin kacang foul/pool
400gm daging kisar @ 2 keping daging burger
2 sudu minyak sapi atau butter
1 sudu serbuk kari daging
1 biji bawang holland (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
garam, gula dan air secukupnye
Bahan Hiasan –
1 batang cili merah atau hijau
daun sup hiris 

telur mata separuh masak
Cara Membuat:
1. Hancurkan kacang panggang yang telah dibuang air.Suka kacang bulat-bulat so tak hancur pun.
2. Panaskan minyak sapi atau butter hingga cair. Kemudian, tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari dan kacau. Kalau suka boleh jugak letakkan serbuk cili untuk pedaskan inti ni.  Gaulkan bersama daging kisar dan kacau sehingga daging masak.
4. Masukkan kacang panggang bersama garam dan gula. Selepas itu, masukkan air secukupnya jikalau nak berkuah lebihkan air.
5. Tunggu sehingga masak. Seterusnya, pecahkan telur dan masak telur sehingga menjadi separuh masak.
6. Hidangkan bersama cili, daun sup, dan juga roti bakar.



Takde telur mata pun dah sedap kacang pool ni, maka nya maktok terlupa nak letakkan telur mata
Ok jugak tu sekurangnya taklah terlebih kolestrol kan..




Makan roti ni kena santai-santai waktu panas selepas siap terus santap
Memang terlajak laris ni dua keping memang tak cukup rasa nya ni..




Lagi pedas lagi best ni sebab tulah kaknoor letak variety of chillies disini..







Alhamdulillah dah kenyang ni, ada yang belum breakfast ke ni!!
Meh lah singgah rumah kaknoor ya boleh jugak merasa kacang pool yang takde telur ni
Salam ceria dari kaknoor :) babaiii...


Assalamualaikum dan salam isnin
Hari jumaat lepas kaknoor ke KL bersama anakanda Faizah
Hajat  memang nak cari barangan untuk majlis besar nanti
Alhamdulillah ALLAH permudahkan
Selama 3 hari 2 malam kat Cheras
Ronda - ronda kotaraya sana sini sinun 
Dapatlah barangan dihajati 
Jom layan  gambar disana sini yuk!!

 

Alhamdulillah dari airport dah ditunggu oleh kakak dan dua orang adik kaknoor.

 

First destination kmi ke Jakel, memang banyak pilihan lah, sampai rambang mata, macam-macam nak beli. 

 

Aktiviti hari ke2 kami ke GM Kelang mencari soviner
Pun rambang mata dibuat nya semuanya cantik belaka

 

Alhamdulilllah Allah permudahkan semua barangan yang di order dapat dihantr ke Brunei tapi kena tambah cikit kos penghantran lah, rasanya lebih senang daripada mengankat sendiri kan..

 

Lepas dari GM Kelang dan sekitarnya kami menjamu selera di Restoren Rebung Chef Ismail, masa tu dah pukul 2 petang banyak ruang-ruang dipenuhi oleh pelanggan, sehingga kami terpaksa mencari tempat paling belakang, tak kisahlah tu janji ada tempat ye dak!! Rupanya sebelah belakang nya ada kebun-kebun ulam, jadi lah kan dapat menjamu mata jugak selera disini.

 

Makanan nya Alhamdulillah memang menepati selera kampong kami semua, semuanya dok puji cakap sedap sedap sedap, sari makanan tengaharinya yg pelbagai sehingga kemenu dessertnya memang terbaiklah...

 

Sebelum balik sempat lagi berposing dibahagian dessert restoren Chef Ismail ni.

 

Ini je yang kaknoor makan, nasi minyak, nasi ulam, rebung masak lemak dengan babat, ulaman dan budu sebab sambal nya dah habis, memang sedap lah tu kan sebab tu cepat habis haha. 

 

Sebelum masuk lift untuk turun ada replika chef Ismail kat luar restoren tu, so jangan lepas peluang ye dak!! Takde yang original pun replika macam ni pun ok lah ..

 

Dah kenyang perut kami bertolak ke bakeri shop BAGUS, banyak jugak kaknoor borong kat sini sampai salesgirl terpaksa kena anto ke kereta kami.

Alhamdulillah selesai urusan shopping moping ni kami pun terpaksa lah pulang kan!! Posing dulu dari apartment puncak baiduri sebelum ke airport.

 

Walaupun dah last minute update berada kat KL kat Fb sempat jugak rakan fb datang berjumpa di airport haha peminat lah tu konon nya kann, alhamduillah hari ni memang dah berada dirumah sendiri dan bersantai dilaman sendiri πŸ˜„πŸ˜‰πŸ˜€ 



Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home