All About

Good Food


Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang sudi singgah disini
Hari ni hari sabtu dah hari terakhir tahun 2016 ni
Esuk dah masuk tahun 2017, yang lahir bulan January tu memang tak lama lagi tambah usia
Pada lahir pertengahan dan ujung tahun masih lagi senang hati belum bertambah usia 
Tapi usia jugak tidak mengenal tua muda
BIla tiba waktu nya kita di panggil oleh YANG MAHA ESA
Kita terpaksa REDHA UNTUK MENEMUI NYA
Jadi sementara masih ada usia ni ELOKLAH KITA MENCUKUPKAN
BEKALAN KITA DI SANA NANTI, SEMOGA ALLAH SENTIASA MENYEDARKAN KITA DALAM BERAMAL DAN BERIBADAH AMENN.




BAHAN RENDANG KERANG
1 mangkok kerang yang telah di rebus dan di kopek
2 cawan santan
1 sudu besar kerisik
4 sudu besar cili kisar
garam dan sedikit gula
2 helai daun kunyit
Boleh kurangkan santan kalau tak mau berlemak dan berminyak ya 
Sebab selera di tangan sendiri

BAHAN MESIN
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai

CARA NYA

1.  Masukkan bahan mesin dalam kuali masak sehingga wangi dan kering air
2.  Tambahkan cili kisar dan santan dan masak lagi sehingga mendidih dengan api sederhana
3.  Bila dah pecah minyak  tambahkan garam  gula dan kerang
4.  Masak lagi sehingga agak kering tambahkan dengan kerisik dan daun kunyit.
6.  Dah secukup rasa boleh di tutup api dan hidangkan bersama pulut atau nasi putih atau roti


Rendang kerang ni kalau kita masak betul-betul kering dapat di simpan lama tau.
Kak noor biasa nya kalau masak macam ni akan masak banyak dan bahagikan dalam bekas kecil
Masukkan dalam frezer bila nak makan keluarkan je 
Dah save time kita bila time malas tu hanya keluarkan masuk microvawe dan makan 
Cepat sangat kan, tapi kena bersusah dahulu bersenang kemudian lah..




Kalau ada ketupat atau kelupis memang sedap ni makan dengan rendang
Kadang-kadang kita bosan makan asyik rendang ayam dan daging
Boleh lah try rendang kerang ni memang sedappp utk yang suka seafood.



Selamat malam untuk semua nya
Hari ni kaknoor merajinkan diri buat nasi kerabu kelantan ni
Biasa nya menunggu customer order baru kami pun turut menumpang buat lebih
Tapi kali ni sebab lama dah tak makan anak-anak teringin nak makan
Jadi kena lah rajinkan diri membuat nasi kerabu ni
Petang semalam dah siap-siap buat kuah nya
Pagi ni sediakan nasi dan eksesori yang lain lah



Memang lambat menyediakan nasi kerabu ni, dari solok lada nya, sambal kelapa nya, penyedian ayam dan daging nya, sayurannya aduss kalau tak kuat hati memang tak jadi hari ni kan..
Pada yang rajin macam kaknoor WAH!!!!!!!!!!! sila lah ikut resepi di bawah ni ya dan buat memang berbaloii buat sendiri..





Nasi Kerabu Kelantan

Nasi
Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula 
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 


Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal Kelapa
1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam dan gula dan sedikit lada hitam

Goreng kelapa dan semua bahan didalam kuali, sentiasa kacau supaya tidak hangit. Tumbuk bahan goreng tadi kalau perlu, kalau nak cepat tak tumbuk pun ok jugak, campurkan garam dan gula dan lada hitam.
Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh
Hiris halus kesemua ulam ulaman.

Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula 
Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis. 

Lauk pauk
Telur masin 
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar 
 Ayam goreng 
Keropok atau keropok lekor
Solok lada

Solok lada
Bahan nya
Beberapa biji lada merah atau hijau dibuang biji
1/2 cawan kelapa parut
3 ekor ikan kembung ambik isi
5 biji bawang merah
1/2 inci halia
5 biji cili padi 
sedikit lada hitam
garam dan gula secukupnya

Cara nya
Tumbuk semua bahan - bahan kecuali cili besar, rasa lah ikut kesesuaian keluarga masing-masing, sumbatkan bahan tumbuk didalam lada besar tadi dan kukus lah sehingga masak

Cara Menghidang
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman, sambal kelapa, kuah tumis, budu dan sambal.Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, dan solok lada.
Nasi kerabu Kelantan sedia untuk di santap.




Kantan fresh dari kebun belakang rumah tau, lari lari pergi ambil dan terus potong, nampak kan "kefreshan" kantan ni heheee bahasa baru tu jangan tak tau..




Disini ayamnya kaknoor goreng je, daging pun sama sebab dah malas jugak berlama-lama kat dapur tu biasalah orang veteren ni kan, kalau orang muda tu lain lah..



Solok lada pun cili fresh dari kebun jugak, kebetulan ada cili hijau berlari-lari jugak pergi ambil kat luar, masuk dan terus korek segala isi nya dan masukkan isi ikan dan kelapa.
OK malam ni masih ada ni kalau ada yang nak singgah makan hehee
SELAMAT MALAM SEMUA NYA YA
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU JUGAK DAH TAK LAMA LAGI NI..



Assalamualaikum dan selamat petang
Mesti semua nya dah santai masa ni kan
Terutama surirumah lah, yang bekerja pun dah petang gini
Tak stress sangat dah kan!!
Jom lah kita minum teh dengan cekodok dan bingka susu ni
Kaknoor dah tuangkan tu teh tunggu minum je lagi
Cepat siapa cepat dia dapat hahaa




Cekodok ni mesti semua dah tau resepi kan
OKlah tu takyah lah kaknoor letak lagi kan
Tapi kalau nak jugak boleh rujuk disini



Kalau makan cekodok ni mesti tak cukup sepiring tau hahaha
Confem mulat lepas makan ni 




Lebihan bingka susu boleh jugak dijadikan minum petang ni kan
Resepi nya tunggu dulu sebab belum puas hati dengan resepi ni
Nak cari lagi yang betul-betul bekenan dihati baru kaknoor letak ok
Oklah jom jangan lambat siapa cepat dia kenyang ni hihi...


Alhamdulillah akhirnya tercapai hasrat nak makan cencaru bakar
Sejak PH buat entri cencaru bakar, hati bagai di garu untuk merasai nya hahaha
Baru ni kaknoor ke pasar Jerudong di Brunei ni memang banyak jumpa ikan cencaru
Cari punya cari punya takde yang kecik yang ado hanya yang besar bagang ni
Dah teringin sangat buat saja lah yang besar ni pun
Memang agak susah nak siangkan sebab besar semuanya keras belaka
Lepas tu sambal pun terpaksa banyak untuk isikan dalam perut ikan yang besar ni kan
Adoii sabo jelah, tapi sedap jugak yang besar ni tulangnya pun besar mudah kita asingkan
Bila nak makan kan..

Resepinya kaknoor intai dari blog Che' Nom Iresepi
jom semak yuk!!

Bahan-Bahan:

Bahan untuk memasak:
  • 4 ekor ikan cencaru kaknoor guna seekor je cencaru sebab besar sangat
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit
  • minyak untuk menggoreng tak muat kuali kaknoor bakar je haha
  • 1 senduk minyak masak, untuk menumis sambal kisar
Bahan untuk dikisar atau ditumbuk halus:
  • 5 biji cili kering, dibuang biji dan rebus ATAU 3 sudu besar cili kisar kaknoor letak lebih sebab suka pedas
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar jus pekat asam jawa
  • 1 batang serai, optional letak lebih sebab suka wangi serai
  • 1 sudu besar gula pasir atau gula melaka
  • garam secukupnya
  • tambah limau purut utk tambah wangi ikan tu

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk memasak:
  1. Bersihkan cencaru dengan cara belah belakang, tanpa belah di hadapan atau bahagian perut.
  2. Lumurkan garam dan kunyit ke atas ikan.
  3. Sumbatkan sambal yang dimasak ke dalam perut ikan secukupnya.
  4. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
Cara-cara untuk masak sambal:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pekat dan pecah minyak. Angkat dan sejulkan.


Gambar atas tu belum di bakar nampak tak besar gabak ikan ni kan..



Kaknoor bungkus lagi dengan daun pisang lepas tu baru masuk oven agak-agak je dalam 20 - 30 minit ya




Dah siap ikan bakar buka daun pisang aisssshhh wangi nya




 Kaknoor tak buat air asam lagi sebab sambal kaknoor ni dah pedas dan secukup rasa dah
Wah angkat bakul lagi sehingga ketulang hitam cencaru ni kami terokai haha..
Sedapp bangat...




ALHAMDULILLAH baru dapat mengupdate kisah perkahwinan anak saudara hubby kaknoor
Walaupun anak saudara tapi segala persiapan memang kami kena ikut serta sebab family terdekat
Maka nya kaknoor terpaksa lupa kan sekejab blog kesayangan ni.
ALHAMDULILLAH semua nya dah settle
Baru lah dapat berehat sikit dan bertugas semula di dapur selepas ni.

JOM BIAR LAH GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH NI MENCERITAKAN SEGALA NYA YA
BERMULA DENGAN MAJLIS AKAD NIKAH, KEMUDIAN MAJLIS BERBEDAK DAN YANG AKHIR MAJLIS BERSANDING









GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH NI ADA LAH SEMASA MAJLIS BERBEDAK
KALAU KAT MALAYSIA MAJLIS BERINAI BEGITU LAH KOT..













SEMUA GAMBAR DIBAWAH PULAK ADALAH MAJLIS BESAR NYA IAITU
MAJLIS BERSANDING DAN KEMUNCAK MAJLIS









Alhamdulillah semua nya berjalan lancar.
Majlis nya memang di buat dirumah sendiri bukan di dewan sebab kawasan rumah adik hubby ni agak luas untuk tempat parking kereta jadi why not di sewa dewan kan!!

Assalamualaikum dan salam sabtu 
Tetiba teringin nak makan pulut kukus ni
Biasa nya kalau majlis kenduri di Kedah dulu-dulu
Memang menu macam gini lah dihidangkan 
Diwaktu pagi utk yang datang tolong-tolong dalam majlis tu
Memang nostalgia sangat 
Hatta sekarang ni pun masih ada yang buat macam ni 

 

Memang mudah sangat pun hanya rendam pulut dlm 1/2 jam
Kukus lah bawahnya lapik daun pandan utk wangikan pulut
Goreng pekasam yang sedia ada tu
Ikan masin pun sedap jugak makan dengan pulut ni
Acar buah tu teringin nak try buat
Tak cukup syarat sangat pun 
Tapi boleh lah kalau suka kan hehe

 

 

Oklah sapa teringin bolehlah masak sendiri ya
Memang takde jual kat kedai ni rasa nya haha
Menu dulu - dulu
Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas 
SEDAPPP I TELL YOU...


Assalamualaikum dan salam jumaat
Sedikit tazkirah untuk kita sama-sama renungkan
Dipagi jumaat yang mulia ini 

 

CABANG-CABANG IMAN

Oleh

Al-Ustadz Yazid bin ‘Abdul Qadir Jawas حفظه الله

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ، أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً، فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ : لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الْإِيمَانِ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata, “Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih, atau enam puluh cabang lebih. Yang paling utama yaitu perkataan Lâ ilâha illallâh, dan yang paling ringan yaitu menyingkirkan gangguan dari jalan.Dan malu itu termasuk bagian dari iman.



Sumber: https://almanhaj.or.id/6055-cabangcabang-iman.html

 


 

Semoga hari ni membawa sejuta kebahagian dan keceriaan  pada semua sahabiah yang sudi singgah di sini Ameen..
 

ASSALAMUALAIKUM 
Selamat malam untuk semua nya
Kesibukan dengan majlis kawin anak saudara Pak Haji membuatkan kaknoor terpaksa 
Stop sekejab mengupdate blog ni, biasalah kalau majlis kawin ni kan
Banyak benda nak kena settle apa lagi tentang bab makan
Tukang masak lah yang paling busy walaupun masaknya tak seberapa kan..

Resepi yang di kongsi hari ni agak simple sangat asalkan anak-anak kenyang dan gumbira oklah
Eggroll ni dapat di makan dengan nasi goreng, nasi lemak atau di ratah pun sodap.




BAHAN NYA
2 keping seaweed ukuran 8x8 atau lebih besar lebih ok
2 biji telur di dadar
sedikit alfalfa sprout atau taugeh biasa pun ok
sedikit cili flakes optional

CARA NYA
Bentangkan seaweed didalam pinggan leper
Letak telur yang telah didadar
Letakkan lagi sekeping seaweed
Taburkan ciliflakes jika suka pedas
Taburkan dengan alfalfa sprout ni
Gulung lah kemas dan potong, susun dan boleh lah dimakan
Makan dengan nasi lemak pun sedap atau di ratah begitu pun lagi sedap haha




Dalam telur dadar tu letak sedikit perasa atau garam, jika suka boleh letak sedikit mayonis kat dalam telur tu lebih sedap dan lebih kalori nya heheee..




Tips untuk buat telur dadar supaya senang di gulung adalah jangan terlalu lama masak telur dadar ni cukup sekadar seminit dua, asalkan bahagian atas tu masih lembik kat bahagian atas tu dan tak payah di terbalikkan ok..
BIla dah overcook  atas tu keras memang susah nak gulung dan akan terbuka



Ok selamat mencuba untuk semua nya ya
Resepi mudah dan sangat senang, cepat di makan dan cepat jugak licin pinggan


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home