Ayam Lemon Masam Manis

Ayam Lemon Masam Manis

 Assalamualaikum dan salam jumaat adik-adik bloggers ya
Semoga semua nya didalam sihat walafiat hendaknya
Dua hari tak update blog macam dah lama sangat tak masuk sini kan
Jom tengok resepi hari ni yang jarang kita buat rasa nya kan




Pagi-pagi tadi tanya anak-anak nak masak apa?
Jadi ada yang bagitau ayam lemon lah mak! 
Ok jugak tu sebab dah lama tak masak ayam lemon ni..
Hari-hari masak memang buntu jugak tak tau  nak pilih yang fav seisi keluarga




BAHANNYA
  • 1 bahagian dada ayam di potong kecil
  • 1 biji lemon di parut atau di hiris kecil 
  • 1 biji bawang besar di potong bulat
  • 2 biji bawang putih di cincang halus
  • sedikit serbuk lada hitam
  • secukup nya capsicum apa warna pun ok
  • 2 sudu air lemon
  • 1 sudu tepung gandum di bancuh dengan sedikit air
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
  • 1 sudu planta
  • 1 kiub ayam dan sedikit gula
CARA
  • Ayam di bersihkan dan di perapkan  dengan lemon sekejab kemudian tos kan dan gaulkan dengan sedikit serbuk lada hitam dan garam kemudian goreng.
  • Panaskan planta dan tumis lah bawang putih sehingga wangi kemudian masukan bancuhan tepung gandum dan air lemon tadi.
  • Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
  • Masukan kiub ayam dan gula dan rasa lah ikut kegemaran masing-masing
  • Ayam lemon ni harus ada rasa masam dan manis baru sedap
  • Bila kuah dan mendidih boleh lah dimasukan ayam, capsicum, kulit lemon dan bawang besar.
  • Kacau sekejab saja dan boleh lah di angkat supaya sayuran nya tak layu.
  • Ayam lemon dah siap dan boleh lah di hidangkan masa panas-panas bersama nasi.


Anak-anak kat rumah kaknoor ni masak apa pun mesti nak yang ada kuah ala-ala banjir gitu
Jadi memang kaknoor letak air yang agak banyak lah sebab diaorang ni memang suka kuah untuk di gaul dengan nasi, tapi kalau ada yang tak suka kuah boleh lah kurangkan air dan masak sehingga kering gitu, sebab kita yang buat kan, pilihan di tangan sendiri lah..


18 comments:

  1. BOYCOTT AMERICAN WOMEN!

    www.BoycottBitches.com

    I am an American man, and I have decided to boycott American women. In a nutshell, American women are the most likely to cheat on you, to divorce you, to get fat, to steal half of your money in the divorce courts, don't know how to cook or clean, don't want to have children, etc. Therefore, what intelligent man would want to get involved with American women?

    American women are generally immature, selfish, extremely arrogant and self-centered, mentally unstable, irresponsible, and highly unchaste. The behavior of most American women is utterly disgusting, to say the least.

    This blog is my attempt to explain why I feel American women are inferior to foreign women (non-American women), and why American men should boycott American women, and date/marry only foreign (non-American) women.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Either American women are good or bad, who cares.

      Delete
  2. yummy...thanks for the recipe akk...xpernah lgi masak mcm ni...

    ReplyDelete
  3. salam jumaat noor...ayam masak gini sesuai sgt utk diet sbb kurang lemaknya tu..apapun janji sedap

    ReplyDelete
  4. Sedap ni, Kak Noor. Rasa masam manis selalu membuka selera. PH pun suka kuah, pakat hirup2 gitu.

    ReplyDelete
  5. sedap gak ni kak noor. boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  6. Oh nanti nak cuba gak ni Kak Noor, thank you kongsi Kak Noor.
    Cuba dengan Tahitian Lemon .

    ReplyDelete
  7. Betullah.. ada kuah lebih sikit boleh dibuat makan gaul dgn nasi KakNoor
    Sedap ada masam-masam lemon - kakak sukalah resepi ini.

    ReplyDelete
  8. Kenapa lah orang putih komen kat atas sekali tu mabuk dalam ni. Bini tinggalkan dia kot.

    ReplyDelete
  9. Terlupa saya nak komen tadi.

    ReplyDelete
  10. Saya ayam masak lemon tak pernah buat KN tp makan kat kedai rasanya mcm pernah...

    Saya baru menghabiskan lauk semalam KN. Rasanya dah jemu dah nak makan lauk pauk ni. Nak makan nasi putih jee

    ReplyDelete
  11. Hubby wa memang peminat lemon ni K Noor..nanti boleh cuba resepi k nor lak ..

    ReplyDelete
  12. Nampak menggiurkan la menu kak noor ni..tumpang tanya kak noor guna kamera jenis apa ye..cantik2 semua gambar...

    ReplyDelete
  13. Salam perkenalan kak noor.Nampak sedap.Nak cuba nanti

    ReplyDelete
  14. Bahan2 lain ada...tapi lemon jer takder..

    ReplyDelete
  15. ingatkan saya je yang guna perkataan kuah . tu yg kadangkala rasa mcm nak ke tak nak guna perkataan kuah . takut org x faham ... sedap resepi ni kak nor .

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home