Masak Lemak Cilipadi Petai Tempoyak Pucuk Kayu

Masak Lemak Cilipadi Petai Tempoyak Pucuk Kayu


Assalamualaikum
Hari ni nak ulangtayang masak lemak tempoyak daun-daun ni
Sebab dha lama tak buat jadi teringin lah la pulak
Kebetulan banyak daun-daun keliling rumah yang tak di gunakan
Yang setiap hari di ambil hanya lah ulam-ulam segar yang tak perlu di masak je
Contohnya ulam raja, kacip fatimah, selom, pegaga, lemuni, sekentut ( haha jgn gelak tau ) memang original nama nya ni tau! daun betik bunga betik, cekur dan macam-macam lah hehe
Kalau siapa datang kat rumah kaknoor memang tak lari dari teringin nak ambik segala ulaman ni 
Itu belum lagi orang putih punya herbs..
Bukan apa kaknoor memang suka sangat tanam macam-macam benda ni supaya senang nak masak keluar je berlari ambik hahah...




BAHAN NYA
1 ikat pucuk ubi dibersihkan di potong kasar
10 - 15 tangkai pucuk kadok jugak di potong kasar
5 helai pucuk mengkudu yang muda dipotong kasar
2 papan petai di ambil isi
3 - 4 biji terung ulam di hiris kecil
4 helai daun kunyit di hiris kecil
Semua daun-daun tadi di rebus sehingga mendidih dan tos kan.

SEDIKIT TIPS
1.  Daun mengkudu tak boleh banyak sebab bila di rebus mengkudu akan jadi hitam jadi sayur kita tak cantik nanti.

2.  Pucuk labu jika ada boleh jugak di masukkan dalam masak lemak ni, pucuk kadok dan mengkudu kalau takde boleh guna pucuk ubi saja pun ok.

3.  Sebenarnya masak lemak tempoyak pucuk kayu ni memang tak guna bawang tau, jangan terkejut pulak atau cakap kaknoor lupa nak letak ke!!


BAHAN KISAR
20 biji cilipadi *nak lebih atau kurang terpulang selera lah
3 batang serai
1/2 cawan ikan bilis atau agak-agak segenggam
2 inci kunyit hidup

BAHAN LAIN
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
5 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping
sedikit garam dan gula untuk perasa

CARA NYA
1.  Masukkan bahan kisar dalam periuk dengan sedikit air dan masaklah sehingga mendidih.
2.  Masukkan santan, semua jenis pucuk, terung, tempoyak, asam keping masak dengan api perlahan.
3.  Selalu kacau biar semua nya masak sama rata dan jangan lupa masukkan petai ya..
4.  Bila sudah mendidih masukkan garam dan sedikit gula, jika perlu tambah air pada yang suka cair.
5.  Jika suka lebih pekat masaklah sehingga kering air dan santan nya tu.
6.  Akhir nya taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
7.  Dah cukup rasa boleh lah di hidangkan dengan nasi putih panas, memang tak nampak mertua lalu ni hahaha..







Tapi kalau makan yang ada petai ni mesti awas sikit toilet tu
Setiap kali masuk toilet mesti sediakan spray yang wangi-wangi tau...
Kalau tak pelanggan selepas tu dapat lah habuan wangian semerbak sangat...
Awwww tak sanggup den lah..



16 comments:

  1. rindunye nk mkn pucuk ubi.. hu3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leez kat mana ni tkde pucuk ubi mesti luar negeri ni kan

      Delete
  2. Senang noor nk masak tempoyak daun2 ni sbb semua bahan ada sekeliling rumah kan noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah untung berbudi dgn tanah P kan terasa nk masak pi ja ambik kann

      Delete
  3. menu yg digemari oleh golongan kita2 ja kan kak noor..yg anak2 tak ramai yg menyukainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui tu Kam budak2 hari2 daging ayam depa tk pernah jemu pun kita ja dh tk larat nk mkn ayam daging semua tu

      Delete
  4. Wah kegemaran Tukang Kebun ini.
    Kalau makan ni susah nak kurangkan.
    Tak capai terus azam 2017 nak kurangkan berat badan.
    Makin bertambah-tambahlah berat badannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diana gemukss ke ? Rasa macam kurus je lah tkyah nk diet kurus sngt tk cantik ooo hahaha

      Delete
  5. alaaaaa, merecik air liur kita.
    haha.

    ReplyDelete
  6. Kak Noor...nyum..nyum..nyum... Makan ni saja dengan nasi pun dah cukup berselera. Betul tu, lepas makan petai, toilet pun harum semerbak. hah..hah..hah...

    ReplyDelete
  7. masak lemak cili api kegemaran tapi petai tak pandai makan..hehe..

    ReplyDelete
  8. kalau duduk dengan kak noor, mesti diet hancur jadinya. asyik makan je. hihi

    ReplyDelete
  9. Ada petai tu yang tak menahan selera...telan air liur tengok gambar ni kak noor...

    ReplyDelete
  10. Last 2 week dh makan dah kak noor..so dh x rasa teringin dh..kalau nak kena mak yg masak..mak plak baru je sihat kan..mmg x bagi dia buat keja...

    ReplyDelete
  11. Macam ini punya hidangan kalau tak ada yg lain padankan dgn ikan kering dan nasi putih pun dah cukup membangkitkan selera KakNoor.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home