Resepi Pau Sambal Gebu & Lembut

Resepi Pau Sambal Gebu & Lembut


ASSALAMUALAIKUM 
Selamat petang semua nya ya
Dah ada menu untuk minum petang?
Kalau masih mencari-cari jom buat pau sambal ni memang sedap
3-4 biji sekali hadap pun tak kisah ni.
Pau ni dah lama buat tapi tak sempat nak update biasalah orang sibuk kannn...
Resepi nya kaknoor intai dari blog
Izinkan kaknoor letak di blog akak ya akak copy paste je sebab nak mudah..



Resepi Pau Sambal Yang Gebu dan Lembut
Bahan adunan doh Pau:
  • 400 g Tepung gandum ( 4 cawan tepung)
  • 1/2 peket Yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam
  • 2 sudu gula pasir
  • 1 sudu majerin
  • 2 sudu susu tepung
  • Sedikit garam
  • Sedikit air untuk mencanai doh

Cara dan Petua Mudah Menyediakan Pau Yang Lembut dan Gebu
  • Sediakan setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir.Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih.
  • Masukkan tepung ke dalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.
  • Biarkan doh dalam 30 minit.Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin.Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.
  • Biarkan doh sampai mengembang sehingga seganda.
  • Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.
  • Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
  • Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.
  • Siap untuk dihidang.


Bahan-Bahan untuk buat Inti Pau Sambal:

  • 100gram cili kering yang telah digunting,direbus.***
  • 3 ulas bawang merah.***
  • 2 ulas bawang putih ( saya letak, resepi asal tak letak)
  • 1 sudu garam
  • 5 sudu gula pasir
  • 1 sudu asam jawa adabi
  • 1 sudu udang kering*** ( saya tak letak, tapi ganti dengan ikan bilis)
  • minyak masak untuk menumis
  • 1 ulas bawang besar potong dadu.( saya letak, resepi asal tak letak)


Cara memasak sambal Untuk Buat inti Pau
  • Blender bahan bertanda ***
  • Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.
  • Masukkan gula,garam,asam jawa.
  • Masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
  • Biarkan sehingga kering.
  • tutup api.






Memang sedap dan lembut jugak gebu pau ni
Makan pun tak jemu sebab pedas-pedas sambal memang memikat selera lah
Boleh try pada yang suka dessert pedas ni...
Daripada makan yang manis takut "terkencing manis"  biarlah yang pedas  kan haha


21 comments:

  1. Wah seh, Kak Noor! Terliur PH petang2 nih. Sedap lah pau yang goreng gitu. Ada inti sambal pulak, woot! woot! Tapi bab uli2 doh yang malas tu. hee..hee... Takpe, nanti kalau ada mood, PH pasti cuba sebab Kak Noor jauh, kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tk ramai yg mkn mesti malas nk buat kan Ph
      Tkpe beli je lah tngan tk kotor2 dah dpt mkn kann

      Delete
  2. Inilah salah satu kuih tradisi yg kakak suka KakNoor
    Tapi biasa kakak beli aje kat tempat kakak ni ada warung jual
    Tapi cara dia belah macam burger (tapi tak putus)
    Tengok KakNoor belah atas cantik pulak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie keje kan jadi mmg masa mmg terhad
      So beli mmg alternatif teebaik drpd buat
      Beli pun sedap cepat pulak tu dpt mkn

      Delete
  3. Eemmm dah lama tak buat pau goreng. Cantik kaknoor belah pau tu.
    Saya kdg2 letak intinya di dlm macam pau kukus tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KB anak2 suruh belah mcm ni katanya ikut roti mat salih belah cam ni jdi mama nya ikut je

      Delete
  4. Replies
    1. Wah kegemaran Syahmi dan Eady saja ke ni Wa
      Mesti Wa tk suka sbb pedas kannn

      Delete
  5. Pau goreng sambal bilis mesti sedap sgt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yg pedas mcm ni budak dirumah ni mmg suka sngt P

      Delete
  6. adoii kak nooorrr..sedapnya pau ni nak2 ada sambal
    ni mkn mau berpau2 repeat byk kali adohaiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann selalu mkn pau nnt muka pun jdi pau jugak El pau sana pau sini hahaa

      Delete
  7. aduh2 comeinya pau sambal kak noor...

    ptg2 ni msh kt opis lg kak noor, lps sampai umah kul 6 nnti baru mikir nk bt kudap2 apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kat Dana org keje
      Untung makan je kmi kt rumah ni sntiasa ngap ngap ngap all the time haha

      Delete
  8. Cik abang kita suka kuih ni KN...tp bininya tak pernah buat haha... pernahlah try dulu dulu....tp dalam tak masak pulak, sudahnya beli jerlah bang kalau nak makan haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali try tk kan dh merajuk Nom tk mau buat lgi
      Tk masak tu sbb goreng tk lama la tu
      Tkpe janji happy je beli pun beli lah kan

      Delete
  9. sedapnya kak noor.. kegemaran kami ni.. kalau beli tak cukup 4 huhu.. tp belah 4 mcm kak noor buat belum pernah jumpa lagi.. menarik!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home