Resepi Kuih Nona Manis Sedap

Resepi Kuih Nona Manis Sedap


ASSALAMUALAIKUM
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi nona manis yang di intai dari blog 
ABANGBRIAN memang sedap dan lemak manis, boleh try pada yang suka.



Sebelum ni kaknoor pernah buat sekali kuih nona manis ni tapi kurang menjadi, tapi alhamdulillah kali ni menjadi dan sedap




Bahan A
  • 1/2 Cawan Gula Kastor
  • 1 biji Telur Gred A
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
Bahan Bahagian Luar (Warna Hijau)
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air pandan
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • perisa kelapa pandan emulco
  • pewarna hijau
Bahan Inti
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sb tepung gandum
  • 1/2 st garam
Cara Penyediaan Bahan A
  1. Pukul telur hingga kembang.
  2. Dalam bekas berasingan, satukan gula, tepung gandum dan santan.Kacaukan.
  3. Tuangkan campuran tepung ke dalam telur dan kacau sehingga sebati.
Cara Penyediaan Bahagian Luar (Warna Hijau)
  1. Ambil 6 helai daun pandan dan kisar bersama setengah cawan air. Kemudian tapiskan.
  2. Campurkan air pandan tadi bersama dengan gula, santan, tepung jagung, garam, pandan emulco dan pewarna hijau.
  3. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul.
  4. Kemudian masak campuran ini sehingga kelihatan berkilat.
  5. Satukan Adunan Bahan A dan Bahagian Luar (Warna Hijau)
Cara Penyediaan Bahan Inti
  1. Satukan kesemua bahan inti dan masakkan sehingga menjadi likat.
  2. Apabila sudah masak, biarkan suam kemudian masukkan ke dalam piping bag.
Cara Penyediaan Kuih Nona Manis Secara Keseluruhan
  1. Sediakan periuk kukus dan kukus air sehingga periuk panas.
  2. Tuangkan Adunan yang berwarna hijau tadi memenuhi 3/4 acuan kuih lompang.
  3. Masukkan adunan untuk inti yang telah dimasukkan ke dalam piping bag tadi ditengah-tengah acuan.
  4. Balut periuk kukus dengan kain supaya tiada air tidak menitik.
  5. Kukus selama 7 minit.



Rasa nya lepas ni mesti nak kena try lagi resepi ni sebab sedap sangat, cuma agak rumit lah membuat, sebab ada dua warna tu kan, tapi kalau hati dah suka mesti takde masaalah hehe...


19 comments:

  1. salam singgah dan salam kenal kak noor.. tak pernah buat kuih nona manis ni.. nanti nak cuba jugak la... :)

    ReplyDelete
  2. oo..kuih nona namanya..pernah rasa, mak saya asik ckp kuih lompang..

    ReplyDelete
  3. Assalam kak noor,
    Cantik sungguh kejadian nona manis tu..saya xpernah buat dan xpernah makan kuih ni.nak buat terasa cam renyah huhu

    ReplyDelete
  4. kat sini jarang dpat yang sedap kuih nona nie

    ReplyDelete
  5. salam kak noor. cantik semua gambar tu sampai buat orang meleleh air liur

    ReplyDelete
  6. nak letak inti tu memang berlubang macam lompang ke kak noor?

    ReplyDelete
  7. sedapnya k noor... dana suke mkn tp tak reti msk hehehhe

    ReplyDelete
  8. Masyallah masyaallah lah KN sedapnya.... hari tu saya beli Nona manis ni KN, 2 paket saya sorang yg makan haha... anak anak saya bagi satu cukup.... Zalim tak mak macam ni haha....
    Sedap part dalam dia tukan KN masin masin lemak

    ReplyDelete
  9. Cantiknya ona manis sedap sangat nampaknya tu

    ReplyDelete
  10. Cantik kuih ni, Kak Noor. Mesti sedap. PH tak pernah rasa, sedihnya :(

    ReplyDelete
  11. Cantik la kak Noor kuih tu...ogy belum pernah buat...tapi pernah makan...manis manis lemak dan masin...sedap.

    ReplyDelete
  12. dah lama dok teringin nk makan tp tak jumpa2 lagi..nak buat sendiri agak renyah

    ReplyDelete
  13. Cantik pun cantiklah KakNoor kuih ni
    Ada aje idea KakNoor nak buat kan.
    Suka tengok:)

    ReplyDelete
  14. sedap dia sebab manis berlemak kan kak nor. mmg terliur lah

    ReplyDelete
  15. Kak Noor...saya pun dah cuba buat hari ni macam resepi ni juga,tapi tak menjadi(Bukan-salah-resepi).Nanti nak cuba lagi.Practise make perfect.

    ReplyDelete
  16. Simple jer resipinya. Tapi tu lah... Nak buat tu ☺☺

    ReplyDelete
  17. Senang je rupenye nk buat. Kemaain lg igt lepas masak kene korek lubang masukkan yg putih bagai hehe๐Ÿ˜

    http://ninafarhanawm.blogspot.my

    ReplyDelete
  18. aduh kak noor saya suka kuih ni, tapi tak pandai nak buat

    ReplyDelete
  19. Dulu masa muda2 makchaq langsung tak minat kuih manih.. karipap, coq badak, popia..ja makan..

    Tapi sejak dah maktok2 ni.. dah kencing manih pun dok jengok2.. suka pulak kuih manis2, bubur2..

    Nampak ni memang telioq la...tapi renyah jugak rupanya.... rajin sungguh kak Noor buat..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home