Chicken Chop Mudah

Chicken Chop Mudah


Assalamualaikum
Rindu sangat dengan blog hari ni
Jadi kaknoor mencuri masa rehat tengahari untuk mengupdate
CHICKEN CHOP ni, dah lama buat sebelum umrah
Gambar pun masih banyak dalam draf ni jadi rajinkan diri di hari minggu ni.
Boleh lah try buat pada yang sudi lah
SEMPOI JE PUN SEBENAR NYA.



Bahan untuk perapan ayam
Beberapa ketul paha ayam 

Sedikit bawang putih cincang
Sedikit lada hitam tumbuk//kisar
Sedikit minyak masak

Sedikit sos lada hitam//sos tiram

Bahan untuk coleslaw
Kobis secukupnya dihiris kecil panjang
Carrot jugak dihirs kecil panjang
1/2 biji bawang besar hiris nipis
Mayonis secukupnya agak-agak je 2-3 sudu
Sedikit lada hitam 
Garam dan gula secukupnya

Bahan untuk sos
2-3 biji bawang putih di parut//tumbuk
1 biji bawang besar di parut //tumbuk
Sos lada hitam secukupnya
Sedikit tepung jagung di bancuh dengan air
Sedikit carrot di parut *optional kalau nak pekat kuah, tak nak pun ok
Sedikit air dalam 1/2 cawan ikut kepekatan yang kita mau 
Sedikit kicap manis untuk seimbangkan rasa
Sedikit butter//planta//minyak

Cara membuat chicken chop
Setelah di bersihkan ayam peraplah dengan semua bahan-bahan perapan
Biarkan selama 1 jam atau lebih, lebih lama lebih bagus
Tapi kalau nak cepat 1 jam dah memadai
Disini kaknoor guna air fryer masuk je dalam fryer setkan dalam 15-20 minit
Yang takde fryer boleh guna kuali biasa letakkan sedikit minyak dengan api perlahan masukkan ayam dan tutup, sekali sekala balikkan supaya masaknya sekata, dah masak angkat lah..

Cara membuat coleslaw
Campurkan semua bahan coleslaw gaulkan sebati, rasa lah boleh tambah apa-apa yang kurang
Nak sedap simpan sekejab dalam petiais
Nak dihidang baru keluarkan 
In Shaa Allah rasa nya lebih memikat selera

Cara membuat sos lada hitam
Panaskan sedikit planta, tumis lah bawang putih dan bawang besar tadi
Bila dah wangi masukkan sedikit air dan kacau sehingga mendidih
Kemudian masukkan lah semua bahan bahan sos, rasa lah ikut kegemaran keluarga masing-masing
Boleh tambah atau kurangkan air kalau nak sos yang lebih pekat atau cair.
Bila dah masak boleh lah dihidangkan bersama ayam dan coleslaw tadi.

Disini kaknoor guna kentang instant yang di jual di pasaraya, jugak di fryer sebab lebih cepat dan mudah, tukang masak pun kadang-kadang malas jugak haha...






Nampak tak sos ni agak pekat sebab di campur dengan carrot
Kalau tak suka pekat boleh saja di skip ok..




Coleslaw ni paling di minati anak-anak, tapi mama nya agak kureng lah
Biasalah selera orang tua tak sama dengan selera anak-anak




Dah siap Chicken Chop yang mudah boleh lah try anak-anak mama yang dekat atau yang jauh ya, yang serumah memang goyang kaki lah sebab semua nya mama yang buat
Cuma mama ni kurang bab ngemas lepas masak
Itu lah kerja budak-budak ni lepas mama masak sebab ada yang kemas dapur hehe..



Sekali sekala makan macam ni taklah berat sangat, macam ringan sikit perut tu
Tapi hanya sekali kalau tengahari makan macam ni, malam mesti nak cari nasikkk jugak
Perut nasi tak dapat kalau takde nasik sehari 
Berkeriuk je bunyi nya minta nasik nasik nasik...


15 comments:

  1. Sedapnya menu akak... Nampak menarik kuah tu.. :D

    ReplyDelete
  2. lengkapmenu chicken chop nor..sedap ni mkn bnyk baru kenyang.

    ReplyDelete
  3. sedap lah tgk sos chicken chop tu . lapar tetiba

    ReplyDelete
  4. sesekali mkn western style mcmni ok jgk kan kak....
    tp kenyang nih kalau siap ngn fries lg

    ReplyDelete
  5. memang selera budak2 ...anak saya pun suka makan CC

    ReplyDelete
  6. terliur pula saya melihatnya..mesti sedap tu

    ReplyDelete
  7. dah simpan resepi kak noor ni...ada masa nanti nak cuba

    ReplyDelete
  8. Kuah yg pekat tu tambah sedap kak noor..

    ReplyDelete
  9. perap ayam letak mayonis memang sedap..anak-anak suka..

    ReplyDelete
  10. Tukar selera Western pulak kan, Kak Noor. Sedap ni. PH suka chicken chop.

    ReplyDelete
  11. sedap2 kak nor. boleh cuba resepi kak nor ni, baru tahu boleh perap ayam dengan mayunis

    ReplyDelete
  12. Lama tak buat chiken chop. Tengok entri ni jadi teringin pulak

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home