Resepi Cheesetart Gebu

Resepi Cheesetart Gebu


ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah dan syukur pada ALLAH kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menulis sepatah dua kata di sini, takde lah apa yang istimewa sangat pun, dah lama sebenarnya nak letak resepi ni tapi masa tak mengizinkan dan terlalu mencemburui. 
ALHAMDULILLAH hari ni dapat lah sedikit ruang untuk membuat entry ni.
Ramai yang bertanya mengenai resepi ni tapi kaknoor tak terbalas dan terrespond jadi bila dah ada dalam blog ni boleh lah baca dan buat ya adik-adik kaknoor semua, ini pun kaknoor copy dari orang jugak tapi ALHAMDULILLAH menjadi..


Inilah koleksi yang pernah kaknoor buat




BLUEBERRY CHEESE TART
Sumber : Azita Zain

Kulit Tart

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan tart 

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.







Cream Cheese
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Kaknoor tambah 2 sudu besar whipp cream untuk buncitkan tart ni.

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan dua sudu whipp cream dan putar lagi sehingga kembang
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Adunan jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras.

Masukkan filling ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses untuk melorek atas cheese tart tadi.
Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yang kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. Jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidak secantik yang kita inginkan.
Untuk corak bunga ni, masukkan adunan cheese yang telah diwarnakan ke dalam piping bag dan gunting hujungnya kecil aje. Kemudian buatkan corak bunga dengan warna merah jambu dan hijau untuk daun. Untuk tangkainya, gunakan lidi yang halus, celupkan hujung lidi dalam coklat emulco dan tarik dari kudup bunga ke bawah. Tarik lembut-lembut aje




Cheesetart ni kalau lepas keluar dari oven biarkan suam suam kuku memang sedap dimakan, apa lagi kalau banyak cheese yang muncit muncit tu lagi lah tak sedar beberapa biji dah masuk mulut.


8 comments:

  1. cntiknya kuih tu terbentukk. dan pastinya sedap!

    ReplyDelete
  2. Salam kak Noor, lama tak dengar khabar berita... lepas terima menantu baru ni, mcm sepiiiii jer.

    owh! whipcream yang membuatkan cheese tu naik buncit dan gebu...ok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmusalm Sweetie, ada ni cuma busy saja lately takde kena mengena dengan menantu pun mungkin kebetulan saja kot lepas tu jadi sibuk sangat 😄

      Jangan kedekut letak blueberry jugak sebab kalau banyak bila letak cheese dia tak mudah turun jugak Sweetie..

      Delete
  3. tu dia, memang gebu sungguh aih kak noor

    ReplyDelete
  4. cantiknya cheese tart kak noor.. tiba-tiba lapar nak makan cheese tart.. lama tak makan..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home