Resepi Recyle Ayam Tumbuk Pedas

Resepi Recyle Ayam Tumbuk Pedas

Assalamualaikum 
Alhamdulillah hari ni ada sedikit kesempatan untuk mengupdate blog kesayangan ni
Kali ni kaknoor nak kongsi resepi Recyle yang cepat dan mudah
Kadang-kadang bila masak terlebih mesti sayang nak buang kan...
Simpan sampai esuk lusa kadang tu dah masuk petiais lupa pulak nak keluarkan
Sebenarnya kaknoor guna lebihan ayam nasi ayam 
Alhamdulillah bila di buat macam ni sangat sedap dan laris
Resepi ni pun kaknoor copy dari seseorang jugak
Lepas ni apa saja lebihan ayam mesti nak buat macam ni terlebih laris..

Jom semak resepi jom!!



Bahan nya
Ayam bekas gorengan di ambil isi nya saja dan ditumbuk sedang - sedang hancurnya
(tak mau terlalu hancur ok)
1 labu bawang besar di hiris kecil
2 ulas bawang putih di hiris kecil
sedikit serbuk kunyit
sedikit daun ketumbar
sedikit daun kari
sedikit jintan putih
sedikit capsicum untuk mewarnai masakan (hijau, kuning dan merah pun ok)
1 sudu serbuk kari
1 sudu cili flakes ( boleh kurangkan jika tak suka pedas)
sedikit minyak bunga//minyak zaiton untuk menumis (terpulang apa yang ada kat rumah lah ya)

Cara nya
1.  Panaskan kuali dan masukkan minyak pilihan agak-agak saja berapa banyak ayam yang kita guna
2.  Tumis lah bawang besar dan bawang putih sehingga layu dan beraroma
3.   Masukkan serbuk kari, serbuk kunyit, jintan putih dan cili flakes kacau rata.
4.  Kalau terlalu kering masukkan sedikit air panas dan masukkan ayam yang telah di tumbuk tadi.
5.  Rasa lah ikut kesesuaian keluarga sendiri, boleh tambah garam ke kicap ke atau sos cili
6.  Bagi kaknoor hanya letakkan sedikit kicap manis dan sos cili je.
7.  Akhirnya tambahkan capsicum dan daun kari jugak daun ketumbar.
8.  Kacau sebati dan boleh lah di tutup api nya dan dihidangkan bersama nasi panas.





Kalau kita menggunakan ayam lebihan yang telah berempah, tak perlu lah letak serbuk kari lagi ok sebab rasa ayam tu dah terasa rempah nya, disini sebab kaknoor guna ayam lebihan nasi ayam yang agak kurang rasa jadi boleh lah ditambah dengan serbuk kari, terpulang selera masing-masing lah ya sebab kita yang mengolahnya, capsicum pulak kat rumah kaknoor suka yang agak keras jadi lepas letak capsicum dan boleh di tutup api nya.



Penggunaan coriander atau ketumbar tu jika ada yang tak gemar wanginya, bolehlah ditukar ke daun sadri atau daun sup atau daun bawang, tapi kaknoor suka coriander, anak-anak je kurang gemo sikit, tulah kaknoor potong agak panjang supaya budak-budak ni nampak boleh "kuis" tepi mama nya yang ambik lagi hehee...

11 comments:

  1. sedapnya bila dh di oleh semula tuh kak noor oi...

    lauk lbihan ni mmg jgn dibuang, kalau di olah semula jd lauk yg menyelerakan jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau tk di olah rasa nya mmg tk kena sentuh sbb dah keras kejung haha

      Delete
  2. Salam Kak Noor...xde pembaziran disitukan...Alhamdulilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmuslm betul tu Atie alhmdulillah semuanya langsai ...

      Delete
  3. Menang sedap ni Nor boleh la cuba bila ada lebihan ayam nanti

    ReplyDelete
  4. Sedap juga lauk recycle macam ni, KakNoor. Mudah pun nampak mudah. Kalau sayalah suka letak semua bahan tapi lepas tu sayalah yang membebel letak tepi pinggan apa bahan yang tak makan. Bukan apa, nampaklah meriah sikit menu tu kan kalau letak apa selagi ada bahan ^_^

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kaknor...wah sedapnya tengok...:)
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  6. Ha a sayangkan KN. Kadang ayam dah simpan peti ais mmg keras. Elok sangatlah ditumbuk sikit mcm daging dendeng hihi...

    ReplyDelete
  7. Bagus resipi macam ni. Tak membazir.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home