Roti Gulung Telor Mayo & Beef Rashers

Roti Gulung Telor Mayo & Beef Rashers


Assalamualaikum 
Alhamdulillah dapat mengupdate satu lagi entry mudah kali ini.
Sebenarnya semua nya resepi ni adalah olahan ikut citarasa sendiri
Apa yang terlintas di hati pada masa itu
Alhamdulillah bila dah lapar tu memang sedap bila di santap




Bahan nya
Beberapa keping roti putih atau wholemeal di kukus sekejab dan di gelek supaya nipis
Beberapa slice beef rashers di panaskan dalam microwave atau kuali biasa pun ok
2 biji telur di rebus dan di hancurkan
2-3 sudu mayonis
sedikit serbuk lada sulah atau lada hitam ikut kegemaran lah
sedikit garam jika perlu

Cara Membuat Filling
Untuk membuat filling roti ni, campurkan telur yang telah di hancurkan bersama mayonis, serbuk lada sulah atau lada hitam dan sedikit garam atau perasa, kak noor suka campurkan sedikit gula perang untuk menambah rasa dalam filling ni, tapi kalau ada yang suka rasa sedikit manis tu takpe, ikut je citarasa sendiri ok.

Cara Menggulung Roti
1.  Letakkan roti yang telah di gelek nipis diatas papan canai atau pinggan (Guna nya kita kukus dulu roti ni ada lah supaya roti lebih lembut senang untuk di gelek, dan bila roti ni nipis mudah bagi kita menggulung berbanding roti biasa yang agak tebal, jadi menggulung akan sukar dan tak cantik hehe..)

2.  Susunlah beef rashers memenuhi roti tu, dan sudukan lah filling telur tu, jangan terlalu banyak filling nanti susah nak gulung. Gulung lah secantik yang mungkin ya. Buat lah sehingga habis roti dan boleh lah di potong dan di hidangkan.





Sorry agak comot sikit gulungan roti, tapi walaupun comot rasa nya tetap comey dan sedap. Tak percaya boleh cuba sendiri lah



SELAMAT MENCUBA 
UNTUK BREAKFAST ESUK PUN OK KALAU DAH CUKUP BAHAN

11 comments:

  1. wahhhhhhhh.. sy kalau makan ni 3 ketul tak cukup Kak Noor, nmpk sgt menyelerakan.

    ReplyDelete
  2. sedap nih kak.... trs rasa lapo lak nengok roti gulung inti tlr ngn beef akak tuh...

    selalu bt ala2 sandwish tp bila bt gulung2 nmpak sedap betul

    ReplyDelete
  3. menarik dan senang je. boleh cuba ni

    ReplyDelete
  4. Ha..senang nak buat lah untuk 3 budak cerdik kat rumah tu.. ;)

    ReplyDelete
  5. Kak Noor, makanan macam ni budak2 mesti suka. Actually, PH pun suka hee..hee..

    ReplyDelete
  6. boleh dicuba ni nmpk mudah sediakannya...tksh resepinya noor

    ReplyDelete
  7. Kebetulan roti saya pun banyak ni KN, tapi masalahnya beef rashers pulak tak de...Acane tu. Ater nak kena membeli ke hape ni

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Kak Noor,
    apa jua hasil air tangan Kak Noor pasti nampak menyelerakan!

    ReplyDelete
  9. Salam. Nampak sedap sangat ni Kak Noor! Kebetulan sejak 2-3 hari ni saya dah mula buatkan bekal untuk anak sulung lepas kes dia tak turun rehat (long story) dan berlapar sampai tengahari. Pening jugak nak sediakan bekal lain2 setiap hari (walaupun baru 2-3 hari dok membekal ekekeke)... boleh la sy try buat roti gulung ni. Jazakillah, Kak Noor!

    ReplyDelete
  10. nampak sedap, boleh laa pelbagaikan menu untuk sarapan lepas raya nanti..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home