Butter Prawn // Udang Mentega Sure Tak Dapat Tolak!!

Butter Prawn // Udang Mentega Sure Tak Dapat Tolak!!


ASSALAMUALAIKUM 
Alhamdulillah berkesempatan lagi hari ni untuk berbicara disini
Resepi ulangan yang menjadi kegemaran anak-anak bila bila masa saja
Asal beli udang mesti ingat nak masak butterprawn saja selain dari cucur udang..
Masih setia dengan resepi yang sama cuma 
Kaknoor tambah telor kuning menjadi 3 biji sebab nak lebih floss nya, ikut selera masing masing lah kalau nak lebih banyak boleh tambah lagi dan lagi telor kuning tu ok..




Butter Prawn

Floss
2 biji kuning telur
sesenduk butter/margerin
secawan minyak

Bahan –bahannya
12 ekor udang saiz besar dibersihkan
sedikit garam  
sedikit lada sulah
minyak untuk menggoreng

3 ulas bawang putih cincang
8 biji cilipadi dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
sedikit butter / margerin untuk menumis
sedikit serbuk lada hitam/putih jika suka
sedikit garam

Cara memasaknya
1.  Pukul ringan telur, boleh gandakan kata Shiela nak lebih floss tu, tapi kaknoor pun takut tak jadi guna ikut sifu gak.
2.  Panaskan butter dan minyak, guna senduk bulat dan pusing2kan senduk tu laju2 buat bulatan.
3.  Baru tuangkan telur sedikit2 kalau boleh agak tinggi supaya jatuhnya halus, terus pusingkan senduk kita tu tau.
4.  Buat sampai  habis telur dan berwarna kekuningan boleh lah di toskan dan penapis santan ke atau apa2 penapis yg ada lah ya.
5.  Goreng udang yg telah digaul dgn lada sulah dan garam dengan minyak panas sehingga kekuningan dan angkat.
6.  Panaskan butter dan tumislah bawang putih, cilipadi dan daun kari sehingga wangi.
7.  Masukan susu cair dan masak sekejab dan masukkan udang dan gaul sebati.
8.  Masa nak hidangkan taburkan floss yang telah goreng awal tadi, sedappp di ratah atau dimakan dengan nasi putih.






Untuk masak butterprawn ni kaknoor lebih suka tambah sedikit gula, supaya lebih terasa sedap, terpulanglah nak letak brown sugar atau white sugar, tapi lebih sihat kita letak brown sugar lah ya, selagi ingat jaga lah kesihatan kita ok, makan tu makan jugak kan...



Kalau udang nya besar memang sedap sangat buat butter prawn ni, manis dan mmmm kolestrol pun senyum je tengok, tapi pandai-pandai  control lah ya pada ada K ni, jangan selalu amalkan, sesekali tu takde masaalah lah kan untuk melepaskan GERAM!!!

14 comments:

  1. cantik jadinya flossnya...memang kesukaan masak udang cara gini.

    ReplyDelete
  2. trs rasa lapo tgk udang akak tu

    cantik je floss2 akak t, klu dana bt entah jd entah tak

    ReplyDelete
  3. Favorite ni, KakNoor. Kalau tak disebabkan kolestrol, memang hari-hari nak makan butter prawn tau. Cantiklah KakNoor buat floss tu. Tang tu yang sedap ratah dengan udang. Hai, nikmatnya!

    ReplyDelete
  4. terima kasih kaka noor share resepi ni !! Sebenarnya dulu2 pernah buat butter prawn tapi resepinya hilang huhuhu

    ReplyDelete
  5. Sedap ni Kak Noor. Kalau makan besar kat restoran, yang ni lah yang direbut-rebut dan cepat habis!

    ReplyDelete
  6. UDANG BUTTER SDP MMG XMMPU NK TOLAK

    ReplyDelete
  7. Suka baca celoteh Kak Noor... ada2 aje ideanya nak geletek hatri oprang hihihiiii....

    ReplyDelete
  8. Paling sedap kalau dapat udang laut... mcm terasa-rasa manisnya. saya kalau udang bela tu mmg tak makan.

    ReplyDelete
  9. Kak..saya tetap tak berjaya buat habuk-habuk dia secantik mcm akak buat.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya (^__^) Kalau hatt ni memang tak akan tolak punya lah. hehehee

    ReplyDelete
  11. emm, terbyg udang dlm peti ais tu buat butter prawn, sedapnya!

    ReplyDelete
  12. Kak Noor, saya dah 2-3 kali cuba buat buttered prawn ni tapi floss tak jadi halus2 cam Kak Noor buat. Sangat kekurang skill di situ =D. InsyaAllah akan terus mencuba sbb suka makan lauk ni tapi kalau mkn di luar mahal!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home