Kerepek Kadok Rangup & Berkhasiat Mesti Cuba

Kerepek Kadok Rangup & Berkhasiat Mesti Cuba


Assalamualaikum
Alhamdulillah masih sempat berbicara lagi disini di hari jumaat yang mulia ini
Resepi mudah lagi yang kaknoor ingin kongsikan
Hanya goreng je kadok yang banyak kat belakang rumah tu, kalau ada adik-adik semua yang banyak kadok kat rumah boleh lah try goreng macam ni, sedap dan berkhasiat lagi..
Antara khasiat kadok yang kaknoor sempat google cuba tengok kat bawah ni ya..

KHASIAT DAUN KADUK
  Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan. Daun kaduk sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi. 
Daun kaduk mempunyai khasiatnya tersendiri terutamanya dalam bidang perubatan melayu. 
Daun kaduk sesuai digunakan untuk mengubati sembelit, sakit gigi, demam malaria, cacing, lemah badan dan lenguh tulang, batuk dan juga panau. cara rawatannya ialah dengan merebus terlebih dahulu daun kaduk tersebut dan air rebusan tadi diberi minum kepada mereka yang mengalami masalah dan penyakit yang disebutkan di atas.
 Daun Kaduk Mengurangkan Keputihan. Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada di makan mentah atau di celur, daun yg tua saya akan rebus, sejukan dan di buat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid. Khasiatnya ialah dapat menjadikan awet muda, mengurangkn keputihan, menghilangkan gatal dan kerengsaan pada bahagian sulit.

Boleh baca disini untuk banyak lagi khasiat kadok



Beginilah jadi nya gorengan kerepek kadok dan pegaga tu, sungguh rangup krup krap krup krap
Mesti cuba baru tau kelazatan kadok ni




Sayangkan kadok yang banyak kat belakang rumah, terfikir nak goreng lah pulak, sebab biasa nya kita selalu goreng bayam je kan, kadok pun sedap tau..




Pucuk kadok yang telah siap di cuci dan di lapkan supaya kering lebihkurang 20 - 30 helai, bila dah kering nanti senang nak salutkan dengan tepung, lagipun  mudah untuk bancuhan tepung tu melekat..




Bahan-bahan yang kaknoor guna, campuran tepung jagung dan tepung gandum, sedikit jintan putih, lada hitam, kunyit, garam dan cili flakes, semua bahan ni di bancuh dengan air sejuk dari petiais yang betul-betul sejuk, di kacau rata, agak-agak lah jangan terlalu pekat nanti banyak tepung yang tersalut jadi kurang rangup, dan jangan terlalu cair nanti takda pulak tepung yang tersalut, bila kita goreng jadi cepat hangus, sedang-sedang lah bancuhan tepung tu ok..




Bila dah di gaul rata, panaskan kuali dengan minyak yang agak banyak, kemudian masukkan sesudu besar minyak panas dalam campuran tepung tadi, kacau rata, kemudian baru celupkan daun kadok tadi dan gorenglah sehingga kekuningan dan rangup, dan buatlah sehingga habis daun dan bancuhan tepung.




Dah siap kerepek kadok kita, cantik dan lazat, tak terasa makan kadok, tapi macam makan kerepek biasa je, maksudnya langsung takde bau kadok bila di goreng macam ni..



Boleh dimakan begitu saja atau dicicah sos, campuran sos cilipedas + sos cilimaggi + mayonis
kacau rata dan cicah dengan kerepek ni memang terangkat, tak sempat nak ambik gambar sos tu sebab cepat sangat licin..

Daun apa-apa pun boleh sebenarnya di buat kerepek macam ni, disini kaknoor selit jugak daun pepaga tapi taklah banyak sangat sebab pegaga tu kecik jadi nya lambattttttt, kalau kadok ni kan besar cepat lah siap kerja kita hehe..


41 comments:

  1. biasa mkn kerepek daun bayam... ni kalau try ok jgk... berkhasiat kan daun kadok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah Dana try nanti mesti wangi kadok tu memikat selera

      Delete
  2. Wah..menarik tu kak Noor. Kat kampung pokok kadok ni subur..penuh merayap. Boleh la try nanti buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Sue memang sayang tengok daun kadok yg menghijau tu maka nya kaknoor goreng je hehe

      Delete
  3. pokok kadok eh, bentuk mcm sirih..hihi..
    kang cik timm tersilap amik daun sirih kang, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun sirih bau nya lain sikit Timm, bentuk nya memang hampir serupa jangan tersilap pilih dan digoreng wallahuaklam tak tau apa jadi hehe

      Delete
  4. Kak Noor, cantik kerepek ni. PH suka makan kerepek. Nak cuba tapi tak ada daun kadok. Jiran sebelah ada, tapi segan nak mintak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah dengan jiran pun segan ke PH hehe, kaknoor nak kasi pun jauh sngt ni nanti layu je bila dah sampai kat Ph

      Delete
  5. AAAA...Tak pernah tahu kopok kadok !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaknoor tau Wa memang tak makan benda ni kan!! Orang muda memang tk gemo ni

      Delete
  6. Kak Noor, sy suka kerepek sayur, tapi tak pernah try kadok, terasa rangup tu, krup krap bunyinya sampai ke sini, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat krup krap Seri disebabkan nipisnya daun kadok tu kena lapik tisu tu kalau makan kalau tak memang berterabur U, sila lah try memang wangi mulut ..

      Delete
  7. salam Kak Noor..dolu dolu masa muda muda rajin lah jugak buat keropok bayam..tapi sejak menginjak tua ni memang tak pernah buat..keropok kadok ni memang tak pernah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullah Nekcik
      Kaknoor pulak tak pernah buat keropok bayam, bermula denngan kadok dulu ni, sebab bayam selalu buat sayor je, kita sama saja Nekcik menginjak usia emas dah pun

      Delete
  8. Salam Kak Noor...lama tak singgah sini. Kaduk kat rumah banyak sangat. Bolehlah cuba nanti. tengok gambar macam dah rasa nak makan krup krap krup krap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalm warahmatullah Mala
      Memang sedap kadok ni pada yg suka ulam
      Kaknoor suka sbb kadok ni wangi bila kita goreng
      Apa lagi kalau rangup krup krap memang cepat je licin

      Delete
  9. time goreng tu kena goreng satu2 la ek kaknoor? pernah makan spinach goreng, kadok tak pernah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kuali besar boleh jua dua or tiga Rai, kadok ni daunnya lebar jadi tak dapat banyak sekali goreng, minimun 3 keping lah sekali goreng kalau kaknoor lah

      Delete
  10. First time tau ni kak noor...SA x pernah rasa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti cuba SA baru tau rasa nya macamana..

      Delete
  11. BOLEH CUBA RESEPI NOOR NI..KADUK SAYURN BRKHASIAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul P sesekali jadi vegetarian kita makan sayuran la pulak lebih sihattt kan

      Delete
  12. Boleh lah mencuba...sebab kat rumah mil ada tanam daun ni... tq Kak Noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa nya orang orang tua memang suka tanam daun kadok ni Mar bolehlah try lagiipun kalau tak cuba kita tak tau rasa nya macanana ye dak!!

      Delete
  13. Replies
    1. Pada kaknoor memang sedap ni Nora kalau keropok lain heehe

      Delete
  14. ulam kadok pernah makan.. buat kerepek macam ni tak pernah lagi.. boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih sedap dari buat ulam biasa tu Eyda try lah mesti tak menyecewakan In Syaa Allah

      Delete
  15. Nampak sedaplah kak.
    Amy tak kenal daun ni kak, ingatkan daun sirih... heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap Amy
      jangan salah ambil Amy nanti, memang tak jauh beza sangat dari segi bentuk nya
      cuma wangi je lain sikit kalau kadok ni bagi kaknoor sedap wangi nyaaa

      Delete
  16. Sedap ni ranggup krup krap krup krap.

    Salam lebaran Kak Noor.

    Lama tak dengar khabar.

    Moga sihat hendaknya dalam kemeriahan raya ini.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri.

    Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebaran pun dah habis Diana
      Maaf ya memang masa sangat mencemburui sepanjang ramadhan dan syawal
      Alhamdulillah dah kurang sibuk sekarang
      Terimakasih sudi bertanya kabar
      Semoga Diana jugak dalm rahmat Allah hemdaknya, Allhumma Aamiin

      Delete
  17. Salam lebaran knoor, lama knoor menyepi, knoor tk nak menulis lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Zimah lebaran pun dah lama meninggalkan kita, menunggu kehadiran raya haji lagi ni, In Shaa Allah jjka ada kesempatan dan kesihatan akan sentiasa menulis disini, terimakasih sudi bertanya kabar ya ..

      Delete
  18. Selamat Hari Raya maaf zahir batin KN...
    Yelah .... nak makan daun ni mcm tu aje liat sikit, mmg elok sangat kalau dikeropokkan ye KN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak termakan kalau gitu je Nom, tapi kalau dikeropok pasti ramai yg minat nk makan

      Delete
  19. Assalamualaikum.. Rose tak pernah tahu sebelum ni tentang kerepek daun kadok.. Yang tahu cuma sayur bayam.. Nampak menyelerakan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslam warahmatullah cik rose, boleh lah try rose lepas ni bila dah tau ni kannn

      Delete
  20. wahhh., mcm menyelerakan., xde erk org jual kepek daun kadok ni kat warong tepi jalan., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang takde rasanya orang berjual kepek kadok ni, kena kutip dan goreng sendiri lah gamaknya

      Delete
  21. susah nak jumpa daun kaduk dekat sini,kalau kat kampung dulu memang ada je di tepi rumah

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home