Acar // Salad Warna Warni Sedap & Sihat

Acar // Salad Warna Warni Sedap & Sihat


Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Hari ni di Brunei Darussalam masih 30hb Zulkaedah 1438 Hijrah.
Rasa nya kat Malaysia hari ni dah 1hb Zulhijjah kan? Dah boleh puasa sunat awal Zulhijjah
Selamat berpuasa pada yang mula berpuasa hari ni ya
Brunei Darussalam In Shaa Allah esuk lah bermula puasa pada siapa yang mampu..
Banyak sangat ganjaran yang diberi oleh ALLAH pada siapa yang dapat beramal 10 hari pertama Zulhijjah ni, di bawah ni ada petikan dari post Dr Khalid Basalamah yang menunjukkan betapa pemurahnya ALLAH pada hambaNYA yang beramal di awal Zulhijjah ini, jom baca petikan ni semoga sama-sama kita beramal dan beroleh REDHO ALLAH 

Sepuluh hari terakhir Ramadhan telah berlalu. Janganlah bersedih, wahai sahabatku, karena kasih sayang Allah Ta’ala begitu besar untuk hamba-Nya.
Sebentar lagi, hari-hari istimewa yang lain akan menyapa kita, 10 hari pertama bulan Dzul Hijjah. Rasulullah salallahu ‘alayhi wasallam mengingatkan bahwa pahala amal-amal saleh waktu itu akan dilipatgandakan. Tidak ada yang bisa menandingi keutamaannya kecuali mati di medan jihad.
Jika engkau tahu pasti bahwa engkau akan mati menjemput kesyahidan dalam jihad pada hari-hari itu, majulah! Karena, amalan sunah pada hari-hari itu lebih mulia daripada pulang dari jihad membawa kemenangan dan ghanimah.
Ya Allah Ta’ala, sampaikanlah kami pada sepuluh hari pertama bulan Dzul Hijjah. Amin!


Berbalik pada resepi hari ni, yang sangat mudah dan cepat di sediakan.
Pada yang suka meratah sayur dan suka merasa kerangupan acar jom ikut kaknoor kedapur !!!



Kita hanya perlukan, apple hijau, mangga muda, timun, nenas, lobak merah, tomato masak, jagung bakar *optional kalau ada lah, bawang merah dan cili padi.
Kesemua sayuran dan buahan di potong dadu kecil, ikut lah pilihan keluarga masing-masing, nak potong besar pun ok je, tapi kat rumah kaknoor memang suka potong macam ni lah.
Bawang merah tu kaknoor sangai kejab atas api supaya taklah terasa sangat bau bawang tu.
Kemudian semua sayuran dan buahan tu dimasukkan dalam mangkok besar dan tambahkan garam dan sedikit gula, gaul sebati. Rasanya yang masam manis dan rangup tu memang membuka selera pada yang rasa tak sedap badan,  dan yang dah sedia sedap badan pun boleh lah menikmati dengan nasi atau di ratah begitu saja pun best...




Masa kaknoor buat salad ni, kebetulan ada lebihan nasi Biryani jadi memang kena sangat lah, first day buat nasi Biryani tak sempat nak buat acar jadi dah second day baru lah terbuat acar ni.  Begitulah rutin surirumah sentiasa sibuk entah apa-apa...



Macam-macam warna ada disini kan!! Teruja tak adik-adik semua nak makan ni..
Kalau teruja anytime boleh buat, sebab semua sayuran dan buahan memang sentiasa ada dalam petiais di rumah kan..


SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA
PADA ANAK MAMA YANG BUSY SANGAT LATELY TU JAMU MATA LAH DULU OK..


10 comments:

  1. Besarnya bawah merah dalam acar buah kak noor ni

    hehe

    Takut saya nak mengunyahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar ke? tapi dah dibakar tu lembut tau! Maz, tapi kalau bawang nya mentah boleh lah dipotong kecik terpulang selera lah ya

      Delete
  2. Kak Noor, berwarna-warni salad ni dan amat menyelerakan! Tak ada dressing, cuma garam dan gula. PH pun nak cuba buat macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak gemo dressing Ph lebih suka garam dan cikit gula sihat gitu hehee

      Delete
  3. Rajinnyalah kak noor memotong buah2an dan sayur2an tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa sedang rajin Sweetie kalau tak memang tak jadi jugak..

      Delete
  4. Aduh KN ...satu pun tak ada dlm esbok saya hihi...
    Menarik jugak ni KN...ohh tak payah buh apa apa perasa lagi ye KN, cuma gula dan garam je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti esbok ornag rajin memasak sebab semua nya habis kan Nom.....
      try lah Nom boleh buat ratah2

      Delete
  5. tgk warna warni pun dh membuka selera lg kak noor... bila dpt rasa lg lah layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari mata turun ke hati lah tu Dana kan...

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home