Apam Nasik Warna Warni

Apam Nasik Warna Warni



Assalamualaikum adik adik blogger dan siapa saja yang masih lagi sudi untuk singgah di blog kaknoor ni, biasa lah tuan tanah tenggelam timbul sebab nak bereskan banyak urusan, dah tak muda ni memang banyak yang perlu difikirkan, lain lah dengan orang muda-muda..

 

Kak Noor buat separuh je dari resepi ni, dapatlah dalam 30 biji, sebab biasa nya kalau buat satu adunan selalu tak habis, dah buat separuh adunan cepatlah pulak larisnya..

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula boleh tambah atau kurang ( pada tekak kak Noor dah ok manis )
1 peket yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air
Kelapa parut putih secukupnya


Cara nya
Masukkan semua bahan2 kedalam mangkok besar kecuali nasi dan air,gaulkan dan ketepikan kejab
Kisar nasi hingga betul2 hancur dan campurkan dengan bahan2 yang di gaul tadi dan biarkan sebati
Letakkan warna warna kegemaran masing masing ok
Perapkan selama 3 jam, tapi kalau yis baru tak sampai 3 jam pun  adunan dah  naik dan ber awan
Panaskan kukusan terlebih dahulu
Masukan adunan dalam acuan dan kukuslah selama 10 ke 15 minit untuk acuan yg kecil tapi kalau guna tray yang besar lebihkan masa kukusan lah
Dah masak gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan sedikit garam
Lepas tu boleh lah dihidangkan dengan kopi Tenom yang wangi tu..

 

Untuk adunan ni kaknoor perap hanya 1 jam setengah je dah naik mungkin sebab yis pun baru jugak terus cepat berawan adunan nya..

 

Testing testing letak 3 warna dalam satu acuan, bukan apa just nak tengok hasilnya, tapi not bad lah kan... 

 



Masa kaknoor menulis ni apam ni sebenarnya dah habis lama, nasib baik cepat tuan tanah ambik gambar, kalau tak memang gigit kelapa saja lah jawab nya..

SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA
IN SHAA ALLAH MENJADI DENGAN IZIN ALLAH


6 comments:

  1. Cantiknya kejadian apam yang berwarna-warni itu. Enaknya dimakan bersama kelapa parut. :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kakcik cukup laris apam kali ni sampai tk sempt nk tengok sudah licin

    ReplyDelete
  3. comelya apam kecil molek semulut mkn satu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maka nya cepat habis ni P sebab semulut satu hehe

      Delete
  4. Kak Noor, comelnya apam yang kaler2 ni. Kalau mood muram, nampak jer apam ni, terus rasa ceria :)

    ReplyDelete
  5. Resepi apam nasi kak Noor ni dah selalu sangat saya buat... bila tengok nasi banyak tak habis mmg simpan buat apamlah.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home