Bunga Kantan & Awet Muda

Bunga Kantan & Awet Muda


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Weekend semalam berkempen dibelakang, bukan apa sebab nak ambik bunga-bunga kantan ni
Selalu dok fokas depan rumah je kan, dibelakang macam tak kena peduli
Rupanya dah banyak menjadi bunga kantan kaknoor..

Lately memang dah lama tak masak guna kantan pun, sebab bila di letak bunga kantan anak-anak macam kurang gemo, kalau buat kerabu ke, asam pedas ke, nasi goreng ke, kalau yang menggunakan bunga kantan memang ada menu lain untuk anak-anak supaya tak ada yang tarik muka masyam heehe, sebenarnya anak-anak tak tau bunga kantan ni sebenarnya banyak khasiatnya kan..




Antara khasiat nya yang kaknoor google cer baca mesti ada yang teruja nak makan lepas ni

Khasiatnya:

Menurut kata orang tua-tua zaman dahulu, jika anda mengamalkan dengan memakan bunga Kantan secara mentah-mentah, ia boleh menjadi ubat awet muda kepada kaum wanita, maka kaum ibu digalakkan memakan bunga Kantan secara mentah-mentah.




Bunga Kantan jugak dikatakan baik untuk digunakan untuk mengubati penyakit darah tinggi dan juga kencing manis.




Selain daripada itu, khasiat bunga Kantan dikatakan dapat menghilangkan rasa tidak bermaya jika selalu diamalkan memakannya. Jadi seandainya anda kurang berselera untuk makan, maka amalkanlah dengan kerap memakan bunga Kantan secara mentah-mentah ataupun dicampurkan dengan laksa ataupun nasi kerabu yang anda masak.




Berkesan juga untuk menghilangkan masalah badan yang berbau dengan cara merebus bahagian batang pokok Kantan dan air rebusan itu dibuat air mandian. Amalkan selalu, Insya Allah masalah bau badan yang tidak enak itu boleh berkurangan dari hari ke hari




Jom lepas ni siapa yang ada tanam Bunga Kantan kat rumah mesti dah tak mau semak-semak lagi, selalu bersihkan sekitarnya supaya Pokok Kantan ni ada mood untuk terus berbunga dan berbunga, dan makcik-makcik yang makan bunga kantan ni pun akan terus awet mudo gitu..
In Shaa Allah tak kisahlah tu kan janji kita sihat walafiat je dalam menjalani hidup yang dah tinggal sedikit ni dan dapat beramal dalam menuju ke "Alam Sana" yang lebih kekal abadi...

5 comments:

  1. sdapnya bunga kantan kalau buat ulam..:)

    ReplyDelete
  2. sedaplah bunga kantan ni saya suka, cantik2 bunga kantan kak noor tu

    ReplyDelete
  3. Cantik2 bunganya kak..SA suka hiris nipis2 pas tu buat nasi goreng...yaallah sedapnyaaaa...

    ReplyDelete
  4. sedapnya ulam bunga kantan. cantik bunga kantan kak noor... kt sini skrg bunga kantan sekuntum tuh mahal kak oi... mau rm3 ke rm4 sebatang tuh

    ReplyDelete
  5. Biasalah budak budak....ada citarasa sendiri...

    Bunga kantan ni dah jatuh kategori ulam ulaman sebab tulah banyak khasiatnya ....

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home