Cucur Manis Kembong Yang Viral Sangat Tu

Cucur Manis Kembong Yang Viral Sangat Tu


ASSALAMUALAIKUM 
Salam sejahtera untuk semua yang masih sudi singgah disini
Hari ni kak Noor nak share resepi yang dah viral sangat kat FB
Semenjak dua menjak ni, orang kata jangan dok bekunun sangat
Jadi Kak Noor pun buatlah..
Resepi nya kak Noor intai dari blog Buat Orang Lapo thanks dear sudi berkongsi resepi ya..




Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung
  • 2 cawan air panas
  • 3 sudu besar gula
  • Sedikit garam

Cara-cara :

  1. Masukkan tepung, gula dan Garam ke dalam bekas besar. Kacau rata.
  2. Masukkan pula air panas. Kacau sehingga sebati. Tunggu sehingga adunan sejuk sikit.
  3. Bulat-bulatkan adunan. (letak air sikit di tangan supaya tak melekat)
Kak Noor buat separuh letak jagung manis, dan separuh cucur manis biasa, kebetulan masa kaknoor buat cucur ada seketul jagung manis, jadi nak jugak merasa kan, mana tau terlebih manis pun best jugak.

        4. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga keperangan.




Ini yang separuh yang telah di gentel bulat-bulat menunggu untuk di goreng




Wah yang jagung pun best jugak kan sebelum goreng ni macam rasa tak cukup je




Sesudah digoreng dan di letak dengan icing sugar..




Sessi posing posing sebelum kena santap..




Ini lah rupa nya Cucur Manis Kembong tu, Sejujur nya setelah di rasa tak lah menepati selera kaknoor sangat sebab di dalam nya agak lembut, kalau didalam nya rangup sama macam di luar tu, memang akan di ulang tayang membuat, tapi bagi siapa yang suka lembut-lembut di dalam tu boleh lah try ya, mungkin kalau kasi kemek dan leper dapat kurangkan sikit lembut tuuuu..


20 comments:

  1. Assalam kak noor, pernah buat jaman viral tahun lepas..Saya pun sependapat dgn kak noor..tidak menepati anak tekak kami.
    Buleh la cuba sebab mudah kan?tapi untuk repeat tu idok ler..
    Lebih sedap rcp cucur kembong sifu kak Fida tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslam Lina, itu lah kan selera kita serupa lah tu Lina
      cuma nak try sebab tengok bolat2 tu
      rupa saja boleh tahan tapi rasa nya hmmmmm....

      Delete
  2. adunan dia kna lembik kn k.noor.. sy buat hari tu xjadi sgt..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah lembik sangat Nor adunan nya sebab kita boleh pegang untuk bolat2kan

      Delete
  3. Wah wah dah manis bertambah manis

    Hehe

    Takut tengok gula atas cucur tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jugak tak letak gula atas tu, so tk payah takut sangat ok... hahaa

      Delete
  4. betul tu kak. kurang suka yang kembung isi lembik macam tak masak dalam dia. saya suka lagi yang adunan letak yis sikit. kembung gak dia. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti akak pun nak try yang ada yis tu Ain..

      Delete
  5. el pun x suka cucur viral ni kak noor..lebih suka lagi cucur yang biasa kita buat..anak2 pun x suka..sbb isi dlm lembik..anak2 tgk pun semacam jer.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betuiii yang dulu2 kita buat dikampong lagi sedappp kan El

      Delete
  6. apasal nmpak menggoda sgt ccr jagung kak noor nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak je Dana menggoda tu tapi rasa nya agak kurenggg lah

      Delete
  7. cucur kembung ni pernah viral dan sejuk suatu masa dulu. masa tu sy cuba jugak ternyata citarasa kita sama Kak Noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Seri tak sama yang kita buat dulu2 tu kan lebih terasa enak dan rangup

      Delete
  8. Replies
    1. nak cari kelainan tapi tak lah menjadi snagat P

      Delete
  9. mcm buat cucur biase..biar nipis jnji rngup

    tapi gambar akak ni menggoda:)

    ReplyDelete
  10. Bila kena sentuhan tangan chef jadi cantik pulak cucur viral ni!
    Betul tu KN....lagi lagi kalau kita goreng dgn minyak panas, tepung dalam tu mcm tak masak kan....Kena goreng api tak kuat sangat KN, baru tak jadi lembik sangat dlm tu.

    Tapi yelah... selera masing masing...

    ReplyDelete
  11. Neida, akak syorkan takyah buat lah tak sedap sangat punnnn

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home