Kari Ikan Rempah Kisar

Kari Ikan Rempah Kisar


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua nya 
Tenggelam timbul tuan tanah ni, itulah kehidupan yang di laluii..
Ada kalanya kita santai dan rilek saja dirumah
Tapi ada masa nya kita macam lipas kudong kesana kemari..
Alhamdulillah hari ni ada sedikit ruang di berikan Allah untuk menulis di blog ni.





Kari Ikan Rempah Kisar
Olahan : Kak Noor


BAHAN

3-4 ketul ikan dibersihkan *apa-apa ikan pun boleh kecil ke besar
1 1/2 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
Sedikit halba campur
sedikit daun kari
sedikit air asam jawa
1 biji timun/ ubi keledek/ bendi/terung
Terpulang apa yang ada di dalam petiais rumah sendiri lah

BAHAN KISAR

3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 inci halia
1/2  inci lengkuas

1 sudu ketumbar goreng tanpa minyak
1 sudu jintan manis goreng tanpa minyak
1 sudu jintan putih goreng tanpa minyak
15 biji cili kering direbus dulu
1 inci kunyit hidup

CARA

Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis lah bahan kisar bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas sehingga wangi, masukan halba campur dan daun kari, dan biarkan sehingga beraroma baru masukan bahan kisar ketumbar, jintan putih, jintan manis, cili kering dan kunyit, kacau lagi sehingga pecah minyak, kalau perlu masukan pati santan dan perlahankan api biarkan rempah ni merenih dan betul-betul masak.
Masukan timun yang telah di potong bersama dengan lebihan santan dan air asam jawa dan garam, bila timun dah empuk baru masukan ikan, ikan tak ambil masa yang lama untuk masak, jadi bila dah agak ikan tu dah masak, boleh lah di angkat dan di hidangkan dengan nasi panasss atau roti canai ke, roti bom ke, terpulang selera masing-masing lah..



Idea nak masak kari rempah kisar ni adalah sebab dah bosan dengan rempah ready made tu, biasa lah tuan tanah ni kadang-kadang banyak songeh, banyak complain asyik tak sedap jee, jadi dengan sedikit kerajinan maka jadi lah kari ikan rempah kisar ni.
Alhamdulillah memang tak mengecewakan tak sedar bertambah-tambah nasik..




Sayuran untuk sampingan kari ni, terpulang lah pada chef yang nak masak tu ya, dan kalau ada yang tak suka nak letak sayur pun ok saja, tapi bagi kaknoor  ikan dalam kari ni tak suka sangat nak makan sebab dia dah agak lembik, kaknoor lebih suka makan sayuran dalam kari ni, jadi sebab tu lah kaknoor suka letak samaada timun, ke, keledek, terung, bendi atau apa saja pilihan sendiri. 




Kalau ada kepala ikan pun best jugak di masak kari rempah kisar ni, kebetulan masa teringin nak makan kari, cek dalam frezer hanya beberapa ketul ikan ni je yang ada, jadi ikan ni lah jadi sasaran, nama ikan ni sorry, kaknoor memang tak tau sangat nama nya, tau makan saja hehee...


8 comments:

  1. WAH GULAI LEMAK BERLINANG REMPAH KISAR SEDIRI LAGI MESTI SEDAP SGT..TERIGAT DULU2 GUNA REMPAH GILING SENDIRI UTK GULAI

    ReplyDelete
  2. menarik..tertarik..mencengkam kalbu...sedapnyaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Noor.
    Sedap nyaaaa... rempah buatan sendiri. Rasa asli lebih terasa kan.
    Dulu masa kecil, pernah tolong emak sediakan rempah sebegini untuk masak kari ikan.

    ReplyDelete
  4. msti lg semerbak harum bau nya kan kak noor... dana tak penah pun bt rempah sendiri hhehehe...
    almaklum org rajin

    ReplyDelete
  5. orang Kedah memang terror bab buat rempah kisar ni kan, terliur sy tengok gulai kari kak noor, hihi

    ReplyDelete
  6. Nak try lah, Kak Noor. PH tak pernah masak kari ikan. Mesti ada first time, kan?

    ReplyDelete
  7. Ada beza rupanya ya kalau kita pakai rempah kisar ni

    Biasa pakai rempah yang ada kat kedai tu je

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home