Korean Spicy Popcorn Chicken With Gochujang Sauce

Korean Spicy Popcorn Chicken With Gochujang Sauce


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bersiaran petang ni.
Hari ni kaknoor nak kongsikan menu yang baru first time kaknoor masak.
Biasalah bila dah minat masak tu bila ada masa terluang cari-cari dalam Pinterest
Terjumpa resepi ni macam bekenan sangat sebab nak rasa kepedasan nya, tapi sebenarnya taklah pedas sangat tulah di tambah dengan hirisan cilipadi lagi..



Sila lah jamu mata ya pada yang suka nak try boleh lah ikut step by step, ni masa sedang ada mood nak ambik gambar, kalau time malas dan mood ke hutan dan kelaut....
Hmmm memang menyepi lah...



1 bahagian dada ayam yang telah dibersihkan, di potong kecil dan digaul dengan 2 sudu kecil parutan halia, 1/2 sudu kecil garam dan 1/4 sudu kecil lada hitam, perap dalam 30 minit dalam petiais.




Keluarkan dari petiais dan gaulkan dengan 1 cawan tepung jagung atau tepung ubi kentang, salutkan berulangkali supaya tepungnya lebih melekat pada isi ayam.




Kemudian gorenglah potongan ayam yang telah disalut tadi dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan dan agak garing, kemudian tos kan untuk mengurangkan minyak yang melekat pada gorengan tadi. Jangan terlalu banyak masukkan potongan ayam sebab nanti gorengan kita tak rangup, biarkan sedikit sedikit supaya mendapatkan hasil yang lebih baik dan crispy.




Untuk sos nya, masukkan 5 sudu besar cilisos *kaknoor letak cilisos extra pedas dalam kuali, 1 1/2 sudu besar sos Gochujang (Korean chilli paste) 2 sudu besar madu, 2 sudu besar brown sugar, 1 sudu besar kicap masin, 2 sudu kecil minyak bijan dan 1 sudu kecil bawang putih cincang.
Kaknoor tambah hirisan cilipadi untuk menambahkan lagi hot popcorn ni.




Ini lah Korean Chilli Paste tu, boleh didapati di supermarket yang besar lah, sebab kaknoor dah cari di kedai-kedai menang takdo..




Masak lah sekejab semua sos-sos tu sehingga mendidih dan berbuih, tutuplah api.




Kemudian gaulkan dengan popcorn yang telah di goreng tadi. Gaullah sehingga bersalut semuanya. Akhirnya taburkan bijan yang telah di sangai sekejab. Yess Korean Spicy Chicken kita dah siap untuk di hidangkan.  Yang nak lebih hot boleh lah tambahkan dengan hirisan cilipadi atau ciliflakes ke! terpulang selera masing-masing lah ya..





Kalau orang Korea makan Popcorn Chicken ni dengan Rice Cakes tapi memang susah nak jumpa Rice Cakes kat Brunei ni, jadi kita makan dengan Nasi Putih je lah kan, itu pun dah laris sangat oleh pelanggan dalam rumah kaknoor ni.



Boleh lah try pada yang suka masakan Koya ni, yang penting mesti ada sos Gochujang dulu, lepas tu sos yang lain kita boleh tambah ikut citarasa sendiri.


8 comments:

  1. Wah...Kak Noor...PH peminat Korean chicken tau! Kak Noor punya ada kick lah sebab letak cili padi. Tak tahan ni. Rasa2 nak masak Korean spicy popcorn chicken this weekend!

    ReplyDelete
  2. Assalam Kak Noor...fusion ni, ada cili padi..selalu gak tengok program Korean Food Made Simple, host dia suka sgt sos Gochujang ni...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wrmbth & Selamat pagi jumaat kak noor

    Wah dah pandai masak sendiri masakan korea

    Dah jimat banyak tu

    Mana yang ada tag korea automatik jadi mahal sekarang ni

    Mana tak nya

    Mee segera korea pun wow harganya sebungkus RM7

    ReplyDelete
  4. RESEPI MSKN KOREA MPK SEDAP BOLEHLH CUBA

    ReplyDelete
  5. lama tak singgah sini kak noor apa habaqqqqqqqqqqqqq
    semoga kak noor sentiasa mendapat keberkatan kehidupan olehNYA aminn
    sedap spicy popcorn tu

    ReplyDelete
  6. berselera nampak dgn arna merah menyala tu

    ReplyDelete
  7. Apa rasa sos kochujang tu KN?...
    Lebih kurang ayam bbq juga ye KN cara nak masak dia.

    Wah....pinggan pun hitam mmg betul betul mcm kat restoren Koya ni

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Kak Nor...
    Singgah sini..nak tengok resipi baru

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home