Baked Popcorn Chicken Yang Crispy

Baked Popcorn Chicken Yang Crispy


Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua yang sudi singgah disini
Hari ni 12 Dzulhijjah 1438 Hijrah di Brunei, kalau di Malaysia rasa nya hari ni 13 Dzulhijjah dan hari Tasyrik terakhir untuk menyembelih korban, tapi bagi Brunei masih ada satu hari lagi ni...
Salam Aidiladha untuk semua yang sahabat Muslim disini, semoga segala amalan baik kita diterima Allah hendaknya ALLAHUMMA AAMIIN..





Berbalik pada resepi yang ingin kaknoor kongsikan hari ni, ada lah Baked Popcorn Chicken, nama pun baked kan, memang tak menggunakan minyak lah, tapi walaupun tak menggunakan minyak ia nya tetap crispy tau!!!Resepi ni kaknoor terjumpa di Pinterest sebab nampak cantik dan anak-anak kaknoor mesti suka sebab crispy..

Ok jom kita tengok bahan-bahan nya ya
Sorry kalau  kaknoor translate kurang sedap di baca hehe...

BAHAN NYA
2 bahagian  dada ayam di potong 1" atau sesuka hati lah 
1/4 cawan buttermilk ( kaknoor masukkan 1 sudu teh perahan lemon dalam susu segar untuk jadikan buttermilk)
1 sudu kecil parsley kering
2 biji telor
1 cawan tepung gandum
1 cawan breadcrumbs
1 sudu kecil paprika
1/2 sudu besar parutan lemon
sedikit lada hitam dan garam
sedikit minyak untuk spray wire wrack

CARA NYA
1/   Panaskan oven dengan kadar suhu 150'C ikut kepanasan oven masing masing
2/   Gaulkan potongan dada ayam dengan buttermilk, parsley, garam dan sedikit serbuk cili (jika suka pedas )ketepikan..
3//  Dalam 3 bekas asingkan telor, breadcrumbs dan tepung.
4//  Untuk breadcrumbs campurkan paprika, lemon zest, parsley dan sedikit garam, dalam bekas tepung letakkan sedikit garam dan lada hitam, dan akhir sekali dalam bekas telur campurkan dengan sedikit garam dan lada hitam dan gaul rata.
5//  Spray wire wrack dengan sedikit minyak.
6//  Dengan tangan yang kering, celupkan potongan ayam satu demi satu dalam campuran tepung, gaul rata, kemudian masukkan dalam adunan telur gaul, golek golekkan biar semuanya bersalut, dan akhir nya golekkan dalam campuran breadcrumbs. 

Pastikan tangan kering sebab kalau tangan kita basah breadcrumbs akan berketul ketul dan tak mudah bersalut dengan ayam.

7//  Buatlah sehingga habis perapan ayam dan pindahkan ke wire wrack yang telah di spray.
8//  Bakar lah selama 12-15 minit sehingga ayam kekuningan dan crispy.
9//  Sedap diratah begitu saja atau dimakan dengan nasi putih.




Kaknoor tambah sedikit ciliflakes dalam campuran ayam tu, sebab dalam rumah ni semua nya suka yang agak pedas, tapi boleh jugak abaikan cili flakes pada yang tak suka berpeluh peluh tu..
Sedap di cicah dengan sos yang di campur mayonis, tapi dah tak tak sihat lah, sebab ayam dah bako tapi dicicah sos yang bermayonis lagi kan..






Ini ayam yang telah di salut dengan dengan semua bahan-bahan dan tunggu untuk di bakar.
Untuk mendapatkan lebih crispy kena lah potongan ayam tu agak nipis ya..



Ini ayam yang sudah siap di masak, nampak kan lebih keperangan dan crispy gitu ..



Close-up sikit crispy diluar lembutttttt di dalam mesti ada yang teruja nak buat ni kan..



Tak tau lah gandingan Baked Popcorn Chicken ni sesuai ke tak dengan yang dalam pinggan kat atas tu, tukang masak ni ikut selera dia saja kan, makan dengan sambal tumis polos, telur dadar dan segala ulaman sesedap tekak je..


11 comments:

  1. Kak Noor, PH suka resipi ni. Lebur dalam oven jer lagi senang berbanding deep frying. Sedap cicah dengan sos cili.

    ReplyDelete
  2. Dah agak dah PH memang fav ni sebab menepati citarasa misi nak berdiet kan!!! Yes cicah sos cili extra pedas memang terangkat

    ReplyDelete
  3. salam aidiladha kak noor..thanks share resepi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ucapan yang sama jugak Nor, boleh lah cuba nanti resepi sihat niii

      Delete
  4. RESEPI NOOR SEMUANYA SEDAP XRUGI DICUBA

    ReplyDelete
  5. waduh2 mkn gitu je pun layan ni kak.... mkn ngn nasi pun layan siap ngn ulam2 lg terangkat

    ReplyDelete
  6. Menarik nampaknya ni. Boleh cuba...
    Terima kasih resipinya Kak Nor

    ReplyDelete
  7. Wauuu. Tak payah goreng ya kak nor.

    Mama nak cuba lah

    lagipun pakai dada ayam saja kan

    ReplyDelete
  8. Kagum dengan Kak Noor ni tau..semua pun pandai masak ;)

    ReplyDelete
  9. Agak2 kalau letak dlm air fryer boleh tak kakNoor?

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home